Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 52 & 53: Pelantiktentuan & Keanakan Dalam Buku Roma
Mesej 51: Melayan Dalam Injil Anak-Nya
Mesej 54: Pelantiktentuan Melalui Kebangkitan
Mesej 52 & 53: Pelantiktentuan & Keanakan Dalam Buku Roma
2021-09-10 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PELANTIKTENTUAN & KEANAKAN DALAM BUKU ROMA

Ayat-ayat Bible: Roma 1, 8

Kajian-hayat: Mesej 52&53

Bacaan Bible: 

Roma 1:3-4 Berkenaan Anak-Nya yang dilahirkan daripada benih Daud menurut tubuh daging, Yang dilantik tentu sebagai Anak Tuhan dalam kudrat menurut Roh kekudusan daripada kebangkitan orang mati, Yesus Kristus, Tuan kita. 

Roma 8:29 Kerana mereka yang dipraketahui-Nya juga dipratakdirkan-Nya agar dikonform kepada imej Anak-Nya, supaya Dia dapat menjadi Yang Sulung dalam kalangan dikbang yang banyak. 

Petikan Bacaan: 

Pemikiran utama buku Roma bukanlah pengutukan atau justifikasi, bahkan bukan pengudusan atau pemuliaan. Dalam 1:1 dan 3, Paulus mengatakan bahawa dia diasingkan kepada injil Tuhan berkenaan Anak Tuhan. Ini menunjukkan bahawa konsep utama injil Tuhan berkaitan dengan Anak Tuhan. Hasrat Tuhan ialah membawa anak yang banyak ke dalam kemuliaan.   

TUHAN BERHASRAT UNTUK MEMPEROLEH ANAK YANG BANYAK

Menurut Bible, keanakan membawa makna rohani bahawa anak ialah ekspresi bapanya. Tuhan berhasrat untuk memperoleh anak yang banyak kerana hasrat-Nya ialah diri-Nya diekspresikan secara korporat. Dia bukan hanya menginginkan ekspresi individu dalam Anak Tunggal, tetapi ekspresi Tubuh, iaitu ekspresi korporat, dalam anak yang banyak. Yohanes 1:18 berkata, “Tidak ada orang yang pernah melihat Tuhan; hanya Anak Tunggal yang ada di pangkuan Bapa, Dialah yang telah menyatakan-Nya.” Walaupun ekspresi Tuhan dalam Anak tunggal-Nya itu mengagumkan, namun Tuhan tetap menginginkan ekspresi dalam anak yang banyak. Hasrat-Nya ialah menjadikan Anak tunggal sebagai Yang Sulung dalam kalangan dikbang yang banyak. Sebelum kebangkitan Kristus, Tuhan hanya mempunyai seorang Anak; maksudnya, Dia mempunyai ekspresi individu. Namun melalui kebangkitan Kristus, Tuhan sekarang mempunyai anak yang banyak; maksudnya, Dia mempunyai ekspresi korporat. Inilah hasrat-Nya.   

KRISTUS IALAH MODEL DAN TELADAN

Anak tunggal-Nya ialah teladan, model, untuk menghasilkan anak yang banyak. Sebagai model, Kristus memiliki dua sifat: sifat menurut tubuh daging dan sifat menurut Roh kekudusan. “Kekudusan” dalam ayat 4 merujuk kepada esens, iaitu substan Tuhan. Sebelum inkarnasi-Nya, Kristus tidak memiliki keinsanan, iaitu sifat menurut tubuh daging. Menerusi inkarnasi Dia mengenakan sifat insani. Namun, ketika Dia mengenakan sifat insani, Dia tidak kehilangan sifat divin. 

Mereka yang bertanggungjawab menyalibkan Kristus tidak menyedari bahawa penyaliban ialah cara terbaik untuk Dia dilantik tentu, dimuliakan. Syaitan mengharapkan penyaliban Kristus akan menamatkan-Nya, tetapi Tuan Yesus tahu bahawa ini sebenarnya ialah permulaan, bahawa ini akan membawa kepada pelantiktentuan-Nya menurut Roh kekudusan daripada kebangkitan orang mati. Tanpa kematian, tidak akan ada kebangkitan. Haleluya, Kristus dilantik tentu dalam kebangkitan sebagai Anak Tuhan dalam kudrat! 

Sebagai Anak Tuhan yang dilantik tentu, Kristus tetap memiliki dua sifat, kedivinan dan keinsanan. Akan tetapi, keinsanan yang dimiliki-Nya sekarang bukanlah keinsanan alamiah, tetapi keinsanan yang ditinggikan dalam kebangkitan. Bahkan tubuh daging-Nya telah dilantik tentu sebagai Anak Tuhan. Dengan itu, Dia telah dilantik tentu sebagai Anak Tuhan yang mempunyai kedivinan dan keinsanan. 

DILANTIK TENTU MELALUI KEBANGKITAN

Melantik tentu sesuatu bermaksud menanda asing sesuatu, bukan sekadar melabelkannya. Sebagai para anak Tuhan, kita dilantik tentu melalui kebangkitan, iaitu melalui perubahan dalam hayat. Mari kita gunakan benih bunga teluki sebagai gambaran sekali lagi. Menurut cara hayat, benih bunga teluki dilantik tentu dengan ditanam ke dalam tanah sehingga dapat bertumbuh menjadi bunga teluki yang mekar. Ketika bunga teluki masih merupakan tunas kecil, sangat sukar untuk mengecam sama ada itu bunga teluki atau bukan, kerana tunas itu kelihatan sama dengan tunas lain. Namun semakin bunga teluki itu bertumbuh, semakin bunga teluki itu dilantik tentu. Akhirnya, melalui kemekarannya, kita semua dapat mengecam bahawa itulah bunga teluki. Dengan kemekaraanya, bunga itu dilantik tentu sepenuhnya sebagai bunga teluki.  

Menurut prinsip yang sama, kita dilantik tentu sebagai para anak Tuhan melalui perubahan dalam hayat menerusi proses kebangkitan. Hari itu akan tiba apabila kita mencapai tahap “kemekaran penuh”. Itulah masa penebusan, pemuliaan tubuh kita, yakni keanakan penuh (8:23). Hayat Anak Tuhan telah ditanam ke dalam roh kita. Sekarang kita, seperti benih bunga teluki yang disemai ke dalam tanah, harus melalui proses kematian dan kebangkitan. Ini menyebabkan manusia luaran dihancurkan, tetapi membolehkan hayat dalaman bertumbuh, berkembang, dan akhirnya bermekar. Inilah kebangkitan. Puji Tuan kerana setiap hari kita dimatikan supaya kita dapat berbahagian dalam kebangkitan Kristus secara praktikal. Haleluya, kita akan dilantik tentu sebagai para anak Tuhan melalui kebangkitan!

Soalan Kajian: 

1. Jelaskan hubungan antara pelantiktentuan dengan keanakan. 

2. Huraikan proses kita dilantik tentu melalui kebangkitan. 


Mesej 51: Melayan Dalam Injil Anak-Nya
Mesej 54: Pelantiktentuan Melalui Kebangkitan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)