Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 51: Melayan Dalam Injil Anak-Nya
Mesej 50: Tubuh Daging Dan Roh
Mesej 52 & 53: Pelantiktentuan & Keanakan Dalam Buku Roma
Mesej 51: Melayan Dalam Injil Anak-Nya
2021-09-03 | 0 Komen
A- A+ Simpan

MELAYAN DALAM INJIL ANAK-NYA

Ayat-ayat Bible: Roma 1:9, 3-4, 16

Kajian-hayat: Mesej 51


Bacaan Bible:

Roma 1:9 Kerana Tuhanlah saksiku, Dia yang aku layan dalam rohku dalam injil Anak-Nya, bagaimana aku tidak henti-henti menyebut kamu selalu dalam doaku.

 

Petikan Bacaan:

            Banyak orang Kristian menganggap bahawa injil sekadar merupakan berita baik tentang bagaimana Kristus menjadi Penyelamat untuk mati bagi pendosa-pendosa agar mereka dapat diampuni dan pergi ke syurga pada suatu hari nanti. Akan tetapi, injil lebih kaya dan mendalam daripada ini. Injil dalam 1:9 merangkumi seluruh buku Roma.  

INJIL DALAM BUKU ROMA

            Dalam ayat yang pertama dalam buku Roma, Paulus mengatakan bahawa sebagai abdi Kristus dan yang dipanggil, dia telah “diasingkan kepada injil Tuhan”. Hal ini menunjukkan bahawa tujuan Paulus menulis buku ini adalah untuk berbicara tentang injil; injil ialah tema Surat ini.   

DIJANJIKAN DALAM WASIAT LAMA

            Perkataan “injil” bermakna berita baik, atau berita yang menggembirakan. Jika kita ingin memahami isi kandungan injil sebagai berita baik, kita harus mengenali Wasiat Lama. Wasiat Lama bukan sekadar catatan berkenaan penciptaan dan sejarah. Dalam Wasiat Lama, sesetengah elemen penting yang berkaitan dengan injil diwahikan.

            Elemen penting yang pertama didapati dalam Kejadian 1:26; ayat ini memberitahu kita bahawa manusia dicipta menurut imej Tuhan. Imej Tuhan ialah sebahagian daripada isi kandungan injil. Betapa ajaibnya kita manusia tanah liat dapat mempunyai imej Tuhan! Betapa mengagumkannya berita baik ini! Hal kedua yang berkaitan dengan injil didapati dalam Kejadian 2. Di sini kita melihat bahawa manusia yang dicipta Tuhan diletakkan di hadapan pohon hayat.

            Dalam Kejadian 3, ular menyusup masuk untuk menggoda manusia makan pohon pengetahuan baik dan jahat. Akan tetapi, bab ini juga memberitahu kita berita baik. Ayat 15 mengatakan bahawa benih perempuan akan mencederakan kepala ular. Meskipun ular telah menyusup masuk, namun ayat ini bernubuat bahawa benih perempuan akan datang untuk menanggulangi ular.

BERKENAAN SEORANG PERSONA YANG AJAIB

            Dalam 1:3, Paulus mengatakan bahawa injil adalah berkenaan Anak Tuhan, Yesus Kristus Tuan kita. Injil terutamanya bukan untuk mengampunkan dosa-dosa atau menyelamatkan jiwa atau menyelamatkan pendosa untuk pergi ke syurga. Injil ialah Persona Kristus, Anak Tuhan. Injil bukan suatu doktrin atau ajaran atau agama. Injil merupakan seorang Persona yang ajaib.

            Persona yang ajaib ini mempunyai dua sifat, yakni sifat divin dan sifat insani. Melalui inkarnasi, Anak Tuhan menjadi seorang manusia, yakni keturunan Daud menurut tubuh daging. Ayat 4 mengatakan bahawa Dia “dilantik tentu sebagai Anak Tuhan dalam kudrat menurut Roh kekudusan daripada kebangkitan orang mati”. Melalui inkarnasi, Kristus sebagai Anak Tuhan telah menjadi seorang manusia dalam tubuh daging, tetapi melalui kebangkitan, sebagai seorang manusia dalam tubuh daging, Dia dilantik tentu sebagai Anak Tuhan menurut Roh kekudusan.

            Kristus dilantik tentu sebagai Anak Tuhan menurut Roh kekudusan adalah berbeza daripada hakikat bahawa Dia merupakan Anak Tuhan dalam keabadian. Sebagai Anak Tuhan yang abadi, Dia tidak mempunyai sifat insani. Akan tetapi, perihal Dia dilantik tentu sebagai Anak Tuhan dalam kebangkitan amat berkaitan dengan sifat insani-Nya. Yesus Kristus, yakni seorang manusia dalam tubuh daging, dilantik tentu sebagai Anak Tuhan. Mesej utama dalam buku Roma ialah orang yang berdosa dan bersifat tubuh daging dijadikan para anak Tuhan dan dikonform kepada imej Anak Tuhan.

ANAK YANG BANYAK DIKONFORM KEPADA IMEJ KRISTUS

Tiga bab yang pertama bagi buku Roma mewahikan keberdosaan kita; bab empat mewahikan justifikasi kita. Bab lapan mewahikan bahawa kita dikonform kepada imej Kristus, yakni Yang Sulung dalam kalangan dikbang yang banyak. Kristus dilantik tentu sebagai Anak Tuhan, dan kita juga dilantik tentu sebagai anak Tuhan yang banyak. Inilah butir utama injil.

Dalam bab satu terdapat model, teladan, manakala dalam bab lapan terdapat penghasilan besar-besaran. Dalam bab satu terdapat seorang Persona dalam tubuh daging yang dilantik tentu sebagai Anak Tuhan; akan tetapi, dalam bab lapan terdapat banyak orang dalam tubuh daging yang dilantik tentu sebagai para anak Tuhan. Oleh itu, akhirnya Anak Tuhan akan menjadi Yang Sulung, Dikbang sulung, dalam kalangan dikbang yang banyak.

KUDRAT TUHAN

            Dalam 1:16, Paulus mengatakan bahawa injil ialah kudrat Tuhan. Injil begitu berkudrat kerana keadilbenaran Tuhan diwahikan dalamnya. Pada suatu hari, saya melihat bahawa saya diselamatkan bukan hanya kerana kasih Tuhan dan kerana kurnia Tuhan, tetapi kerana keadilbenaran Tuhan. Saya boleh berkata kepada Tuan dengan yakin, “Tuan, tidak kira sama ada Engkau berasa gembira dengan aku atau tidak, Engkau terikat dengan keadilbenaran-Mu untuk menyelamatkan aku. Biarpun Engkau tidak mengasihi aku, Engkau tetap harus menyelamatkan aku kerana Engkau adalah adilbenar. Kasih-Mu abadi, tetapi asas penyelamatanku bukan kasih-Mu. Asas penyelamatanku ialah keadilbenaran-Mu.” Haleluya, inilah kudrat injil! Oleh sebab Tuhan adilbenar, Dia terikat untuk mengampuni kita jika kita datang kepada-Nya menerusi Kristus, tidak kira apa perasaan-Nya terhadap kita.  

Soalan Kajian:

1. Selepas membaca mesej ini, huraikan apa yang anda faham berkenaan “injil”.   

2. Injil Tuhan berkudrat untuk menyelamatkan orang kerana injil Tuhan mewahikan keadilbenaran Tuhan. Berdasarkan kenyataan ini, jelaskan asas penyelamatan kita. 

Mesej 50: Tubuh Daging Dan Roh
Mesej 52 & 53: Pelantiktentuan & Keanakan Dalam Buku Roma
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)