Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 50: Tubuh Daging Dan Roh
Mesej 49: Meraja Dalam Hayat Atas Syaitan
Mesej 51: Melayan Dalam Injil Anak-Nya
Mesej 50: Tubuh Daging Dan Roh
2021-08-31 | 0 Komen
A- A+ Simpan

TUBUH DAGING DAN ROH

Ayat-ayat Bible: 7, 8

Kajian-hayat: Mesej 50


Bacaan Bible:

Roma 5:17 Kerana jika, melalui kesalahan satu orang, maut telah meraja menerusi satu orang itu, maka lebih-lebih lagi mereka yang menerima kelimpahan kurnia dan kelimpahan berian keadilbenaran akan meraja dalam hayat menerusi Satu orang, Yesus Kristus.

 

Petikan Bacaan:

        Dalam mesej-mesej sebelum ini, kita telah melihat bahawa kita perlu meraja dalam hayat atas dosa, maut, dan Syaitan, yakni tiga musuh utama kita. Beban dalam mesej ini adalah untuk menunjukkan ba-hawa tiga musuh utama-dosa, maut, dan Syaitan - berpusat dalam tubuh daging manusia. Dosa, maut, dan Syaitan berhimpun dalam “tempat perhimpunan" tubuh daging kita. 

MASALAH FUNDAMENTAL KITA

        Segala masalah kita berpunca daripada tubuh daging. Kita mungkin mengingini Tuan menghapuskan tubuh daging kita. Namun jalan Tuan bukan jalan kita. Jika Tuan mengambil pergi tubuh daging kita dan membiarkan kita kosong, kita tidak akan dapat memelihara diri kita murni dengan lamanya. Syaitan, yang licik itu, akan beransur-ansur menyusup masuk. Kita harus melihat bahawa masalah utama kita bukannya tubuh daging, tetapi kekurangan Roh itu.

        "Tubuh daging" dalam bab tujuh menandakan bahagian kita yang berdosa dan durjana, bahagian yang dihuni dosa secara dalaman. Roma 7:18 berkata, "Kerana aku mengetahui bahawa dalamku, iaitu dalam tubuh dagingku, tidak ada apa yang baik huni." Tubuh daging kita ialah tempat tinggal hal-hal jahat. Orang Kristian perlu mencari Tuan, beraspirasi untuk menjadi rohani, dan jayeng atas semua hal negatif. Namun demikian, kita terhalang dan kecewa akan campuran yang berdosa: Tubuh daging kita yang bercampur dengan dosa, maut, dan Syaitan. Terlampaulah sukar untuk menanggulangi campuran yang jahat ini. Campuran ini bukan sahaja berada dalam kita; campuran ini sebahagian daripada diri kita.

TERDESAK UNTUK BERPALING KEPADA ROH

        Mungkin kamu tertanya-tanya, sama seperti saya pada masa dahulu, mengapa Tuan tidak mengambil sahaja campuran yang berdosa ini daripada kita. Tuan adalah arif dan mengetahui apa yang dilakukan-Nya. Walaupun tubuh daging itu berdosa dan hodoh, Tuan sengaja enggan mengambilnya pergi. Tuan bukan meninggalkan tubuh daging bersama dengan kita untuk mengecewakan kita secara berterusan. Dia membenarkan tubuh daging kekal di situ untuk memaksa kita mencari bantuan-Nya. Jika bukan kerana tubuh daging, kita tidak akan begitu terdesak untuk menyeru nama Tuan. Jika bukan kerana masalah tubuh daging, saya ragu-ragu bahawa kita akan banyak berdoa. 

        Kita semua mesti bersungguh-sungguh mencari untuk meraja atas dosa, maut, dan Syaitan. Akan tetapi, sungguhpun kita mungkin cuba sedaya upya meraja dalam hayat atas ketiga-tiga musuh ini, kita akan mengalami kegagalan lebih daripada kejayaan. Janganlah kecewa. Asalkan kamu mengasihi Tuan dan mencari-Nya, malah Dia akan menggunakan kegagalan kamu untuk menggarapkan diri-Nya dengan lebih banyak lagi ke dalam kamu. Kegagalan kita telah mendesak kita kepada Tuan dan menjadikan kita terdesak untuk masuk ke dalam roh. Akhirnya, dengan berpaling kepada roh dengan cara yang sebegini terdesak, kita akan ditepui sepenuhnya oleh Tuan.

        Disebabkan dosa, maut, dan Syaitan mengadakan perhimpunan yang berterusan dalam tubuh daging kita, akhirnya kita semua akan menjadi terlampau terganggu bahkan meluat terhadap tubuh daging. Namun Tuhan adalah maha penentu. Jika kita mencari-Nya, campuran tubuh daging yang berdosa ini pun akan menjadi bantuan kepada kita untuk beroleh Tuan. Disebabkan kita selalu gagal, kita terdesak masuk ke dalam roh, dan dengan cara ini, kita beroleh lebih banyak Roh itu. Ini bukan perkara kejayengan; inilah perkara beroleh Roh itu.

        Dalam pengalaman Kristian kita, kita memerlukan waktu malam dan juga waktu siang. Atas sebab ini, Tuhan membenarkan kita gagal. Baik semasa waktu siang mahupun semasa waktu malam, Tuhan bekerja dalam kita. Roma 8:4 berbicara tentang bergerak-hidup menurut roh dan bukan menurut tubuh daging. Memang mudah untuk berbicara tentang ini, tetapi tidak begitu mudah untuk mengamalkannya. Kita perlu melalui banyak pengalaman kegagalan untuk masuk ke dalam realiti ayat ini. Kemudian, kita akan mendapati diri kita lebih berada dalam roh. Satu-satunya jalan untuk menanggulangi tubuh daging dan diselamatkan daripada pengaruhnya ialah masuk ke dalam roh.

        Tidak ada cara untuk menanggulangi kegelapan melainkan kita membuka suis lampu. Tidak kira betapa banyaknya kita menanggulangi kegelapan, kegelapan kekal di situ sehingga cahaya masuk. Menurut prinsip yang sama, kita tidak dapat menanggulangi tubuh daging jika kita kekurangan Roh itu. Semakin kita menanggulangi tubuh daging kita dengan terpisah daripada Roh itu, tubuh daging menjadi semakin kuat dan semakin aktif. Kita tidak dapat mengatasi tubuh daging dengan pergelutan kita sendiri. Satu-satu caranya untuk terselamat daripada tubuh daging ialah berpaling kepada roh dan masuk ke dalam roh.

        Dalam ketentuan-Nya, Tuhan mempunyai jalan untuk menggunakan tubuh daging dalam penggenapan tujuan-Nya. Dengan ketentuan-Nya, Dia menguruskan setiap hal yang berkaitan dengan kita untuk melaksanakan ekonomi-Nya. Demi ekonomi-Nya, Tuhan menggunakan tubuh daging kita yang berdosa dan hodoh untuk memaksa kita berpaling kepada roh kita supaya kita dapat beroleh lebih banyak Roh. Alangkah arif dan betapa agungnya ketentuan-Nya!

Soalan Kajian: 

Setelah membaca mesej ini, sila kongsikan mengapa Tuhan tidak mengambil pergi tubuh daging kita yang hodoh tetapi membiarkan kita menemui kegagalan disebabkan tubuh daging kita.

Mesej 49: Meraja Dalam Hayat Atas Syaitan
Mesej 51: Melayan Dalam Injil Anak-Nya
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)