Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 48: Meraja Dalam Hayat Dalam Maut
Mesej 46: Meraja Dalam Hayat Melalui Kurnia
Mesej 49: Meraja Dalam Hayat Atas Syaitan
Mesej 48: Meraja Dalam Hayat Dalam Maut
2021-08-25 | 0 Komen
A- A+ Simpan

MERAJA DALAM HAYAT ATAS MAUT

Ayat-ayat Bible: Roma 1:3-4; 8:29

Kajian-hayat: Mesej 48


Bacaan Bible:

Roma 8:2 Kerana hukum Roh hayat telah membebaskan aku dalam Kristus Yesus daripada hukum dosa dan maut.

Roma 5:21 Supaya sebagaimana dosa meraja dalam maut, begitu juga kurnia dapatmeraja menerusi keadilbenaran membawa kepada hayat abadi menerusi Yesus Kristus, Tuan kita.


Petikan Bacaan:

KERJA MAUT PADA MASA SEKARANG

    Bible mewahikan bahawa maut datang daripada dosa. Seperti yang dikatakan 6:23, “Upah dosa ialah maut.” Maut mempunyai beberapa aspek, iaitu aspek masa sekarang dan aspek masa hadapan, aspek subjektif dan aspek objektif. Beban kita dalam mesej ini adalah berkenaan aspek maut yang subjektif pada masa sekarang. 

    Maut ialah "ulat"yang membaham kita setiap hari. Pada masa sekarang juga elemen maut berada dalam diri kita dan sedang berikhtiar membunuh kita. Dalam buku Roma bab lima hingga lapan, subjek maut diliputi dengan sepenuhnya. Dalam Roma 5, kita melihat bahawa maut masuk ke dalam dunia menerusi dosa dan maut juga meraja. Dalam 6:21 dan 23, Paulus mengatakan bahawa kesudahan hal-hal yang terhadapnya kita berasa malu sekarang ialah maut dan maut ialah upah dosa. Roma 7 ialah satu bab yang bukan sahaja berkenaan hukum, tetapi juga berkenaan maut. Dalam ayat 24, dia berseru, "Aku manusia yang sengsara! Siapakah yang akan menyelamatkan aku daripada tubuh kepunyaan maut ini?" Maut yang dibicarakan Paulus dalam bab tujuh bukan maut yang akan datang pada masa hadapan, tetapi maut yang bekerja dalam diri kita sekarang. 

    Syaitan bertentangan dengan Tuhan. Apabila Syaitan menyuntikkan dirinya ke dalam manusia, sifat Syaitan dalam manusia menjadi  dosa. Bertentangan dengan hal ini, Tuhan digarapkan ke dalam manusia menjadi kurnia. Oleh itu, dosa bertentangan dengan kurnia. Apabila dosa hadir dan bergerak aktif dalam kita, dosa menjadi kejahatan. Akan tetapi, apabila kurnia hadir dan bergerak aktif, kurnia menjadi Roh itu. Hasil daripada aktiviti kejahatan ialah maut, manakala hasil daripada aktiviti Roh itu ialah hayat. Oleh yang demikian, Syaitan, dosa, kejahatan, dan maut bertentangan dengan Tuhan, kurnia, Roh itu, dan hayat.

ROH ITU DAN PENGALAMAN HAYAT

    Roma 8:2 meletakkan Roh itu bersama dengan hayat untuk berbicara tentang Roh hayat. Hayat ialah Tuhan hidup dalam kita. Tuhan yang hidup dalam kita ialah Roh itu. Namun demikian, jika Roh itu sekadar berada dalam kita tetapi tidak bekerja dalam diri kita, kita tidak akan mengalami hayat. Meskipun kita mempunyai Roh itu, kita masih mungkin kekurangan hayat. Sebab bagi hal ini ialah Roh yang huni dalam kita tidak mempunyai banyak peluang untuk hidup dalam kita. Kita mempunyai Roh itu dalam diri kita, tetapi kita mungkin tidak mengambil berat terhadap-Nya secara mencukupi. Kadangkala kita diduduki sepenuhnya dengan pekerjaan kita sehingga kita tidak ada masa untuk apa-apa yang lain. Dengan cara yang sama, kita mungkin diduduki dalam diri kita sehingga kita tidak ada masa atau hati untuk Roh itu. Kita seolah-olahnya hampir tidak ada sebarang kapasiti untuk memberi tapak kepada Roh yang huni secara dalaman. 

    Roh itu tidak akan meninggalkan kita sebaik sahaja Dia masuk ke dalam kita. Roh itu tidak menganggap diri-Nya sebagai tetamu dalam diri kita, tetapi sebagai Penghuni, sebagai Pemilik tempat huni. Hanya apabila Roh itu hidup dalam kita dan juga huni dalam kita, barulah kita mempunyai hayat dari segi pengalaman. Pertama-tamanya Tuhan ialah kurnia bagi kita, dan kemudian kurnia bergerak aktif sebagai Roh itu dalam kita. Hasilnya ialah kita mengalami hayat. Prinsip ini adalah sama dengan Syaitan, dosa, kejahatan, dan maut. Pertama-tamanya Syaitan ialah dosa dalam kita, dan kemudian dosa bergerak aktif sebagai kejahatan. Akibatnya ialah maut. Pengertian terhadap hayat dan maut ini adalah berdasarkan pengalaman kita.

    Syaitan, dia yang memegang kuasa maut, telah menyuntikkan sifat jahatnya ke dalam kita sebagai dosa. Apabila dosa bergerak aktif dalam dirinya, dosa menjadi kejahatan, dan akibat daripada kejahatan ialah maut. Sebagai percayawan dalam Kristus, bahkan kita sendiri mungkin berada di bawah pembunuhan maut setiap hari. Dari segi pengalaman kita, dosa menjadi kejahatan, dan kejahatan menjadi maut. Sebagai contoh, kita mungkin mudah terbunuh akibat bergosip. Kita dapat mengecam gejala-gejala maut dan mengetahui waktu maut bekerja dalam kita. Sesetengah gejala maut ialah kegelapan, kekosongan, keresahan, dan kekontangan. 

    Sebaik sahaja kita mengesan maut dalam kita, kita harus pergi kepada Tuan, menanggulangi hal ini secara tuntas dengan-Nya, dan mengalami bukan sekadar pembasuhan darah tetapi juga pengurapan, yakni Roh itu hidup dalam diri kita. Jika dikkak-dikkak dapat jayeng atas hal bergosip dan membeli-belah, mereka akan mengalirkan hayat secara berlimpah dalam perhimpunan gereja. Kristus tidak memberi kita peraturan; Dia menyalurkan hayat ke dalam kita.

BEKERJASAMA DENGAN HUKUM ROH HAYAT

    Roma 8:2 berkata, “Kerana hukum Roh hayat telah membebaskan aku dalam Kristus Yesus daripada hukum dosa dan maut." Kita harus memberi peluang kepada hukum ini untuk bekerja dengan cara yang diingininya. Meskipun hukum Roh hayat hanya satu, hukum Roh hayat mengawal beribu-ribu perkara. Jika kita tidak bekerjasama dengan hukum Roh hayat dalam kita, kita akan menjadi mati dengan serta-merta. Maut lebih hodoh di mata Tuhan berbanding dengan dosa. Maut amat dibenci bagi Tuhan; Dia membenci maut. Bergosip mungkin tidak berdosa, tetapi disebabkan bergosip membawa masuk maut, maka hal ini amat dibenci di mata Tuhan. Ini merupakan penghinaan terhadap Tuhan yang hidup. Saban hari, kita menghina Tuhan hidup yang menghuni kita secara dalaman. Disebabkan begitu banyak orang Kristian menjadi mati dalam mereka, memang mustahil bagi mereka mengalami hayat secara berterusan.

    Untuk mengalami hayat sebagai Roh yang hidup dalam kita, kita perlu datang ke sumber hayat, Tuhan, Tuan, di bawah pembasuhan darah Kristus yang menebus dengan hati dan roh yang terbuka. Jika kita kekal terbuka kepada-Nya sepanjang masa dan bersedia menyingkirkan semua penebat, arus elektrik divin akan mengalir dalam kita. Seperti yang dikatakan Ibrani 4:16, kita harus "datang ke hadapan dengan berani, ke takhta kurnia supaya kita dapat menerima rahmat dan beroleh kurnia sebagai pertolongan yang tepat pada masanya". Jika kita berbuat demikian, kurnia akan mengalir dalam kita, dan kita akan dipenuhi kurnia. Akhirnya, kurhia akan bergerak aktif sebagai Roh itu, dan Roh itu akan hidup dalam kita sebagai hayat. Dengan itu, kita akan meraja dalam hayat atas maut.

MAUT DITUNDUKKAN DAN DITELAN OLEH HAYAT YANG TIDAK TERCIPTA

    Satu-satunya benda yang dapat menundukkan maut ialah hayat Tuhan yang tidak tercipta. Hayat kita, hayat yang tercipta, tidak dapat menentang maut. Namun begitu, maut tidak dapat menahan hayat divin. Apabila hayat yang tidak tercipta itu masuk, maut akan lenyap. Maut takut akan hayat yang tidak tercipta. Untuk meraja dalam hayat, kita memerlukan kelimpahan kurnia dan Roh yang akan hidup. Selagi kita mempunyai hayat divin, segala kesan maut akan lenyap. Kita tidak harus cuba jayeng atas sifat panas baran kita, beli-belah kita, atau gosip kita. Sebaliknya, kita harus membuka diri kepada Tuhan dan membenarkan kurnia-Nya mengalir menerusi  kita dan memenuhi kita. Kurnia yang mengalir ini akan bergerak aktif dalam kita sebagai Roh itu untuk menjadi hayat kita. Kemudian, hayat ini akan menundukkan maut dan menelan maut. Inilah yang dimaksudkan dengan meraja dalam hayat atas maut.

Soalan Kajian:

Jelaskan pengalaman anda menundukkan maut melalui kerjasama dengan Roh hayat. 

Mesej 46: Meraja Dalam Hayat Melalui Kurnia
Mesej 49: Meraja Dalam Hayat Atas Syaitan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)