DISELAMATKAN
DALAM HAYAT DARIPADA RUPA DIRI (2)
Ayat-ayat Bible: Roma
1:3-4; 8:29
Kajian-hayat: Mesej
45
Bacaan Bible:
Roma 1:4 Yang dilantik tentu sebagai Anak Tuhan dalam
kudrat menurut Roh kekudusan daripada kebangkitan orang mati, Yesus Kristus,
Tuan kita.
Roma 8:29 Kerana mereka yang dipraketahui-Nya juga
dipratakdirkan-Nya agar dikonform kepada imej Anak-Nya, supaya Dia dapat
menjadi Yang Sulung dalam kalangan dikbang yang banyak.
Petikan
Bacaan:
Roma 1:4 mengatakan bahawa Yesus
Kristus “dilantik tentu sebagai Anak Tuhan dalam kudrat menurut Roh kekudusan
daripada kebangkitan orang mati”. Kedivinan dan kemuliaan Kristus sebagai Anak
Tuhan tersembunyi dalam tubuh-daging-Nya. Tidak ada orang yang memiliki
penglihatan yang dapat menembusi tubuh daging-Nya untuk melihat bahawa Dia
ialah Anak Tuhan yang mulia. Namun setelah Dia melalui proses kematian dan
kebangkitan, Dia dilantik tentu sebagai Anak Tuhan, iaitu Dia ditanda asing dan
dimanifestasikan sebagai Anak Tuhan.
DILANTIK
TENTU MENURUT ROH KEKUDUSAN
Menerusi kebangkitan-Nya, Kristus
menjadi Anak sulung Tuhan, yang penuh dengan esens kekudusan Tuhan, bukan hanya
dalam roh-Nya, tetapi juga dalam tubuh-Nya. Sebelum kematian dan
kebangkitan-Nya, kekudusan Tuhan ada dalam roh Kristus, tetapi esens kudus ini
belum dimanifestasikan dalam tubuh daging-Nya. Dengan kata lain, esens divin
ini belum meresapi tubuh daging-Nya. Menerusi kematian dan kebangkitan, maka
esens kudus Tuhan menepui tubuh fizikal Tuan Yesus.
SEGALA
SESUATU BEKERJA BERSAMA UNTUK MENTRANSFORM KITA SECARA METABOLIK
Roma 8:29 berkata, “Kerana mereka yang
dipraketahui-Nya juga dipratakdirkan-Nya agar dikonform kepada imej Anak-Nya,
supaya Dia dapat menjadi yang Sulung dalam kalangan dikbang yang banyak.”
Hakikat bahawa ayat 29 bermula dengan kata “kerana” menunjukkan bahawa ayat ini
ialah kesinambungan ayat 28; ayat 28 mengatakan bahawa Tuhan menyebabkan segala
sesuatu bekerja bersama demi kebaikan kita.
Pada saat kita diselamatkan, Dia disemaikan ke dalam
kita. Tidak ada keraguan bahawa Anak Tuhan sebagai esens divin kekudusan ada
dalam setiap percayawan. Namun esens ini tersembunyi dan terkongkong dalam diri
kita yang alamiah. Atas sebab ini, Tuhan menyebabkan segala sesuatu bekerja
bersama demi kebaikan kita. Segala sesuatu bekerja bersama untuk mentransform
kita secara metabolik. Kristus sebagai benih organik, esens organik, dalam roh
kita harus meresapi dan menepui seluruh diri kita. Akhirnya keinsanan kita akan
ditepui esens divin ini. Penepuan ini ialah pengudusan dan juga sejenis
pelantiktentuan.
TRANSFORMASI
ORGANIK
Ini bukan
perubahan luaran semata-mata. Konsep perubahan luaran adalah bersifat etika dan
agamawi. Konsep divin bukanlah untuk membetulkan kita secara luaran, tetapi
untuk mentransform kita secara dalaman dan organik dengan Kristus sendiri
sebagai esens kekudusan. Kamu tidak perlu berdoa secara terdesak agar Tuan
mentransform kamu. Doa yang mendesak sebegini mungkin membantu pencernaan rohani
kamu, tetapi doa ini sebenarnya tidak mempengaruhi proses penepuan. Tinggallah
sahaja dalam kehidupan gereja, dan akhirnya kamu akan ditransform menjadi batu
berharga.
KONFORMASI
DEMI PEMULIAAN
Untuk melihat perkara ini dengan jelas, kita perlu
menggabungkan 1:4 dengan 8:29. Seperti yang kita tunjukkan dalam mesej sebelum
ini, dalam 1:4 terdapat pembentukan prototaip, tetapi dalam 8:29, terdapat
kerja “pengeluaran besar-besaran”.
Berkenaan Tuan Yesus, Roh kekudusan ada dalam Dia
sebelum kematian dan kebangkitan-Nya. Roh kekudusan ini ialah esens divin
kekudusan. Menerusi proses kematian dan kebangkitan, esens kudus ini menepui
dan meresapi keinsanan Tuan, termasuk tubuh daging-Nya. Sebagai percayawan
dalam Tuan Yesus, kita juga memiliki esens divin kekudusan, iaitu Roh kekudusan,
Kristus, dalam roh kita. Disebabkan esens kudus ini masih tersembunyi dalam
keinsanan kita, kita perlu melalui proses di bawah pengaturan Tuhan yang maha
penentu yang akan membolehkan esens ini menepui seluruh diri kita. Untuk
menyempurnakan proses ini, kita memerlukan banyak perkara untuk bekerja bersama
demi kebaikan kita. Dalam kehidupan gereja, kita saling membantu memproses satu
sama lain. Untuk diproses, kita memerlukan satu sama lain.
Tidak seorang pun daripada kita yang dapat tinggal
dalam kehidupan gereja dan tetap sama, kerana dalam gereja kita sedang melalui
proses pengudusan, transformasi, dan pelantiktentuan. Kita sedang ditransform
dan dikonform kepada imej Anak Tuhan, bukan menurut ajaran, regulasi, atau
tatacara, tetapi menurut Roh kekudusan. Esens divin ini, iaitu Anak Tuhan
sendiri, bekerja dalam kita secara organik untuk mentransform kita dengan
meresapi dan menepui seluruh diri kita.
ESENS
KUDUS TUHAN TIDAK MUNGKIN DIHAPUSKAN
Semakin lama kita kekal dalam kehidupan gereja,
semakin banyak peresapan dan penepuan yang kita terima. Sebaik sahaja esens
kudus ini menepui kamu, mustahil untuk menghapuskannya, kerana esens ini telah
meresapi diri kamu secara organik dan metabolik. Kamu tidak boleh meniadakan apa
yang telah dilakukan Tuhan dalam kamu. Tidak kira ke mana sahaja kamu pergi,
esens ini, elemen yang menguduskan ini, akan kekal dalam kamu. Puji Tuan kerana
bekerja dalam kita dengan cara yang organik ini! Puji Dia atas proses pengudusan
yang mengkonform kita demi pemuliaan!
Soalan Kajian:
1. Kaitkan Roma 1:4 dengan 8:29 untuk menjelaskan
proses pengudusan, transformasi, dan pelantiktentuan yang kita sedang lalui.
2. Kongsikan pengalaman anda terhadap proses
pengudusan ini terutamanya berkenaan bagaimana Pengudus itu sendiri meresapi
kita dengan diri-Nya lapisan demi lapisan dan bahagian demi bahagian.