Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 43: Diselamatkan Dalam Hayat Daripada Perpecahan
Mesej 42: Diselamatkan Dalam Hayat Daripada Individualisme
Mesej 44: Diselamatkan Dalam Hayat Daripada Rupa Diri (1)
Mesej 43: Diselamatkan Dalam Hayat Daripada Perpecahan
2021-08-09 | 0 Komen
A- A+ Simpan
DISELAMATKAN DALAM HAYAT DARIPADA PERPECAHAN

Ayat-ayat Bible: Roma 5:10, Roma 14
Kajian-hayat: Mesej 43

Bacaan Bible: 
Roma 5:10 Kerana jika kita, ketika menjadi mush, diperdamaikan dengan Tuhan menerusi kematian Anak-Nya, maka lebih-lebih lagi kita akan diselamatkan dalam hayat-Nya, setelah kita diperdamaikan. 

Petikan Bacaan: 
ELEMEN PERPECAHAN
Dalam konstitusi alamiah kita ada elemen perpecahan. Perpecahan lebih teruk daripada sifat alamiah atau individualisme. Sekiranya seseorang itu bersifat individualistik, dia lebih suka bersendirian. Dia tidak mahu orang lain mengganggu atau campur tangan dalam urusannya. Dia hanya mahu bertindak sesuka hatinya. Akan tetapi, bersifat pecah belah bermaksud menimbulkan perpecahan dengan cara yang aktif.  
    Dalam bab dua belas terdapat transformasi dan pembinaan, tetapi ketika kita sampai pada bab empat belas dan lima belas, kita melihat bahawa hayat Kristus dapat menyelamatkan kita daripada perpecahan. Dalam bab-bab ini, Dutus Paulus menanggulangi sifat kita yang memecahbelahkan. 

MENERIMA PEKUDUS
Dalam Roma 14, Paulus berbicara tentang hal menerima pekudus. Bahkan pada abad pertama terdapat pelbagai jenis orang Kristian. Ada yang hanya makan sayur-sayuran, dan yang lain pula makan segala benda. Ada yang menganggap hari-hari tertentu lebih penting daripada hari lain, dan yang lain pula menganggap setiap hari sama sahaja. Sekiranya seseorang percaya bahawa Yesus ialah Anak Tuhan yang berinkarnasi menjadi manusia, bahawa Dia mati di atas salib demi dosa-dosa kita, bahawa Dia bangkit secara fizikal dan rohani, dan bahawa Dia kini berada di sebelah kanan Tuhan, maka kita mesti menerima dia. Asalkan seseorang itu percaya kepada Tuan Yesus Kristus, kita harus menerimanya, tidak kira dia makan apa atau sama ada dia mematuhi hari-hari tertentu atau tidak.  

KRISTUS IALAH REALITI BAGI BAYANGAN
        Menurut Kolose 2:16 dan 17, regulasi dalam Bible berkenaan pematuhan luaran ialah tamsil dan bayangan bagi Kristus. Dalam Kolose 2:16 Paulus berkata, “Oleh itu, jangan biarkan sesiapa pun menghakimi kamu dalam pemakanan dan dalam peminuman atau dalam hal yang berhubung kait dengan perayaan, bulan baru atau hari Sabat.” Di sini kita melihat dua kategori yang disebut sebelumnya, iaitu makan dan pematuhan luaran. Dalam ayat berikutnya Paulus menunjukkan bahawa semua ini “ialah bayangan bagi hal-hal yang akan datang, tetapi jasadnya kepunyaan Kristus”. Perihal makan dan minum serta mematuhi hari-hari tertentu ialah bayangan, tetapi jasad, realiti bagi bayangan ini, ialah Kristus. 

TAMSIL DAN BAYANGAN BAGI KRISTUS
    Berkenaan mematuhi hari-hari, setiap hari adalah sama di mata Tuhan. Namun untuk menggambarkan Kristus, Tuhan menggunakan hari-hari tertentu sebagai bayangan. Sebagai contoh, hari Sabat ialah bayangan Kristus sebagai rehat dan kepuasan kita. Disebabkan Kristus ialah pelengkapan, penyempurnaan, bagi segala yang telah dilakukan Tuhan, maka Kristus ialah kepuasan dan rehat kita. Dengan itu, Kristus ialah hari Sabat kita. Tuhan sebenarnya tidak mementingkan hari-hari itu; Dia mementingkan Kristus. Oleh yang demikian, kita harus berpegang pada segala yang kepunyaan Kristus, tetapi kita harus membuang perkara-perkara yang bukan kepunyaan Kristus. 

PERPECAHAN DALAM KALANGAN ORANG KRISTIAN HARI INI
    Orang Kristian hari ini bukan sahaja bersifat pecah belah, malah berpecah belah. Semua orang Kristian mempunyai iktikad penyelamatan yang sama, percaya kepada Persona dan kerja Tuan Yesus. Iktikad yang melaluinya kita diselamatkan adalah sama dalam semua percayawan. Akan tetapi, seperti yang telah kita tunjukkan, sukar bagi orang Kristian menjadi serasi dalam pemahaman mereka terhadap banyak hal dalam Bible. Bahkan kita sendiri mungkin berubah dalam pandangan kita berkenaan perkara-perkara tertentu. Kita tidak boleh mengharapkan semua orang Kristian serasi dalam pemahaman mereka terhadap semua perkara dalam Bible. 

PENDIRIAN KITA
       Walaupun begitu, kita tidak harus memberi alasan bagi perpecahan, dan kita tidak harus mengambil kesempatan untuk berpecah belah. Takdir kita ialah menjadi satu dengan semua orang Kristian yang sejati. Kita tidak seharusnya mementingkan mana-mana amalan, tetapi hanya mementingkan sama ada yang datang kepada kita itu orang Kristian yang sebenar atau bukan. Asas kita menerima pekudus tidak kurang dan tidak lebih daripada Kristus sendiri. Tidak kira apa jenis latar belakang percayawan itu, asalkan dia seorang Kristian, kita harus menerimanya sebagai dikbang dalam Tuan. 

Soalan Kajian: 
1. Dalam buku Yohanes, Tuan Yesus berdoa dengan kuat untuk kesatuan semua percayawan, namun bahkan pada abad pertama, seperti yang ditunjukkan dalam buku Roma, perpecahan telah menyusup masuk. Apakah pandangan Paulus terhadap situasi ini?
2. Jelaskan pendirian kita terhadap orang Kristian yang lain. 

Mesej 42: Diselamatkan Dalam Hayat Daripada Individualisme
Mesej 44: Diselamatkan Dalam Hayat Daripada Rupa Diri (1)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)