Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 42: Doa Hayat (2)
Mesej 41: Doa Hayat (1)
Mesej 43: Doa Hayat (3)
Mesej 42: Doa Hayat (2)
2022-06-03 | 0 Komen
A- A+ Simpan
DOA HAYAT (2)

Ayat-ayat Bible: Yoh. 17:6-13
Kajian-hayat: Mesej 39

Petikan Bacaan:    
PERCAYAWAN DIBINA MENJADI SATU
Untuk mendapat kesatuan, perlu ada pembinaan. Tanpa pembinaan, tidak ada kesatuan. Kesatuan ini dalam tiga peringkat: dalam nama Bapa melalui hayat abadi (ay. 6-13); dalam Tuhan Tritunggal menerusi pengudusan melalui sabda kudus (ay. 14-21); dan dalam kemuliaan divin demi ekspresi Tuhan Tritunggal (ay. 22-24). 

Dalam Nama Bapa melalui Hayat Abadi
Hayat abadi ialah realiti nama Bapa. Nama Bapa ialah diri Bapa, manakala realiti Bapa ialah hayat divin. Bagi bapa kandung kita, hal ini benar juga kerana realiti bapa kandung kita ialah hayatnya. Jika bapa kita tidak mempunyai hayat untuk disalurkan ke dalam kita, dia sama sekali tidak dapat menjadi bapa kita. Bapa saya merupakan bapa saya dalam realiti kerana dia mempunyai hayat yang telah disalurkan ke dalam saya. Hayat yang telah disalurkannya ke dalam saya itu ialah realiti dia sebagai bapa saya. Perkataan “Bapa” tidak harus menjadi satu gelaran sahaja, tetapi harus menjadi realiti. Hayat divin, yakni hayat abadi, ialah realiti bagi gelaran Bapa. 

Nama “Bapa” Sedikit Sebanyak Disebut dalam Wasiat Lama
Nama “Tuhan” dan “Yehova” diwahikan sepenuhnya dalam Wasiat Lama, tetapi nama “Bapa” tidak diwahikan sepenuhnya. Hanya di sesetengah tempat seperti Yesaya 9:6; 63:16; dan 64:8, nama ini sedikit sebanyak disebut. Apakah wahi di sebalik nama “Bapa”? Dalam buku Matius, Tuan mengajar disipal-disipal-Nya memanggil Tuhan sebagai Bapa, dengan berkata, “Bapa kami yang berada di syurga-syurga” (Mat. 6:9). Apabila kita memanggil Tuhan sebagai Bapa kita, kita harus sedar bahawa Dialah Bapa kita yang sejati. Dia bukan bapa mertua kita, dan kita bukan anak angkat-Nya. Bapa kita ialah Bapa kita dalam hayat, Bapa kita yang sejati. Kita memanggil-Nya Bapa kerana kita dilahirkan daripada-Nya dan mempunyai hayat-Nya.  
Alangkah manisnya memanggil Tuhan sebagai Bapa kita! Roma 8:15 dan juga Galatia 4:6 menyebut tentang hal berseru, “Abba, Bapa.” Oleh sebab Tuhan ialah Bapa kita dalam hayat, maka memanggil-Nya, “Abba, Bapa,” adalah begitu manis. Apabila kamu mempunyai perasaan manis ini, kamu tahu bahawa kamu ialah anak-Nya dan Dia benar-benar ialah Bapa kamu dalam hayat.  

Sabda Bapa dan Sabda-sabda Bapa 
Ayat 6 berkata, “Mereka telah mematuhi sabda-Mu,” dan ayat 8 berkata, “Kerana sabda-sabda yang Engkau beri kepada-Ku telah Kuberi kepada mereka; mereka menerimanya.” Dalam bahasa asal ayat-ayat ini, kita melihat bahawa Bapa mempunyai dua jenis sabda: logos, yakni sabda sepanjang masa, dalam ayat 6, dan rhema, yakni sabda seketika, dalam ayat 8. Sabda yang tertulis dalam Bible ialah logos. Akan tetapi, semasa kamu membaca logos, Roh itu akan menggunakan satu ayat, satu frasa, bahkan satu perkataan untuk mengilhami kamu, dan sabda itu akan menjadi sabda seketika. Mari kita mengambil Yohanes 3: 16 sebagai contoh. Sebagai sabda tertulis dalam Bible, Yohanes 3:16 ialah logos. Pada suatu hari, semasa kamu membaca ayat ini, sabda tertulis itu menjadi sabda seketika. Sabda-sabda “Tuhan begitu mengasihi dunia,” tiba-tiba terserlah, dan kamu berkata, “Oh, Tuhan begitu mengasihi saya!” Dari sini, kita melihat bagaimana sabda sepanjang masa menjadi sabda seketika, bagaimana logos menjadi rhema. 
Sabda sepanjang masa dan juga sabda seketika, iaitu logos dan rhema, adalah untuk menyalurkan hayat abadi ke dalam percayawan yang menerima sabda-sabda ini. Sabda Bapa bukan khusus untuk ajaran atau tunjuk ajar tetapi untuk menyalurkan hayat ke dalam percayawan. 

Menikmati Nama Bapa, iaitu Diri Bapa
Sebagai anak-anak Tuhan, kita semua mempunyai Bapa yang sama. Akan tetapi, apabila kita tidak bersatu dengan satu sama lain, kita tidak mempunyai perasaan bahawa kita menikmati Bapa. Sebaliknya, semakin kita menjadi satu melalui hayat-Nya, semakin kita mempunyai perasaan bahawa Bapa adalah penuh nikmat. Rasa manis terhadap nama Bapa bergantung pada kesatuan anak-anak-Nya. Apabila kita adalah satu, kita menikmati Bapa. Gelaran yang manis ini, Abba Bapa, telah diberitahukan kepada kita dengan sepenuhnya melalui pengalaman kerana kita mempunyai hayat-Nya. 

Mesej 41: Doa Hayat (1)
Mesej 43: Doa Hayat (3)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)