Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 42: Diselamatkan Dalam Hayat Daripada Individualisme
Mesej 41: Diselamatkan dalam Hayat daripada Sifat Alamiah
Mesej 43: Diselamatkan Dalam Hayat Daripada Perpecahan
Mesej 42: Diselamatkan Dalam Hayat Daripada Individualisme
2021-08-03 | 0 Komen
A- A+ Simpan

DISELAMATKAN DALAM HAYAT DARIPADA INDIVIDUALISME

Ayat-ayat Bible: Roma 5:10

Kajian-hayat: Mesej 42

Bacaan Bible: 

Roma 5:10 Kerana jika kita, ketika menjadi mush, diperdamaikan dengan Tuhan menerusi kematian Anak-Nya, maka lebih-lebih lagi kita akan diselamatkan dalam hayat-Nya, setelah kita diperdamaikan. 

Petikan Bacaan: 

            TUJUH HAL NEGATIF

Dalam buku Roma, Paulus menanggulangi tujuh hal negatif yang daripadanya kita perlu diselamatkan. Sebagaimana yang telah kita lihat, butir pertama ialah hukum dosa. Dalam tubuh daging kita, yakni tubuh kita yang jatuh, hukum dosa bekerja secara spontan dan automatik. Butir negatif yang kedua ialah keduniaan. Kita tidak perlu mengajar seorang budak kecil mengasihi dunia, kerana terdapat sesuatu dalam sifat dia yang menyebabkan dia mengasihi dunia. Butir ketiga ialah sifat alamiah. Kita semua mempunyai hayat alamiah dan disposisi alamiah. Semua elemen alamiah merupakan musuh Tuhan. Demi tujuan Tuhan, kita perlu diselamatkan dalam hayat Kristus daripada sifat alamiah kita. Kita juga perlu diselamatkan daripada individualisme kita, iaitu sikap kita yang individualistik. 

        Hayat Kristus juga menyelamatkan kita daripada perpecahan. Walaupun kita banyak berbicara tentang kesatuan, kita sebenarnya tidak suka menjadi satu. Menjadi satu bererti dihadkan, diikat, dan akhirnya dimatikan. Butir negatif keenam yang daripadanya kita perlu diselamatkan ialah rupa diri. Dalam banyak aspek, kita belum lagi mempunyai rupa Kristus. Sebaliknya, kita hanya membawa rupa diri kita. Oleh itu, kita perlu diselamatkan dalam hayat daripada rupa diri dan dikonform kepada rupa Kristus yang mulia. 

        Akhir sekali, kita perlu diselamatkan daripada tubuh kita yang alamiah. Akhirnya, tubuh kita akan dimuliakan dalam penyelamatan penuh Tuhan. Hari itu menjelang tiba, dan tubuh jasmani kita akan ditransfigur. 

JUSTIFIKASI, HAYAT, DAN PEMBINAAN

Sebagai penerangan am yang lengkap bagi kehidupan orang Kristian dan kehidupan gereja, buka Roma pertama-tamanya mewahikan perkara justifikasi. Oleh sebab justifikasi membawa masuk hayat, maka bahagian selepas bahagian berkenaan justifikasi berbicara tentang hayat. Hayat membawa kepada pembinaan, yang diliputi dalam bahagian terakhir buku Roma. Oleh itu, buku Roma boleh disimpulkan dengan tiga perkataan: justifikasi, hayat, dan pembinaan. 

Justifikasi dan juga hayat bukan matlamat Tuhan. Matlamat Tuhan ialah pembinaan gereja sebagai Tubuh yang menjadi ekspresi Kristus dan sebagai rumah untuk dihuni Tuhan. Bermula dengan justifikasi, kita harus maju ke pengalaman hayat untuk mencapai matlamat pembinaan. 

 

MEMBENARKAN KRISTUS HIDUP DALAM KITA 

Dalam Galatia 2:20, Paulus berkata, “Aku telah disalibkan bersama dengan Kristus.” “Aku” yang disebut dalam ayat ini berada dalam minda, emosi, dan tekad kita. Masalah dalam kehidupan perkahwinan dan kehidupan gereja berpunca daripada “aku” ini. Asalkan kita membenarkan “aku” bermaharajalela, Tuan Yesus akan diturunkan dari takhta dalam kita dan tidak berpeluang untuk hidup dalam kita. Jika kita menurunkan Tuan Yesus dari takhta dengan cara ini, perihal diselamatkan dalam hayat-Nya akan menjadi doktrin bagi kita semata-mata. Dia tidak akan menjadi yang hidup dalam kita; sebaliknya, “aku” akan terus hidup. 

DIDEDAHKAN DAN DISELAMATKAN

Untuk membolehkan Dia hidup dalam kita, kita perlu mempersembahkan diri kepada-Nya. Persembahan diri yang sedemikian berkaitan dengan penanggulangan minda, emosi, dan tekad kita secara praktikal. Kita semua perlu diselamatkan dalam hayat Kristus. Untuk ini, proses pendedahan yang panjang diperlukan, terutamanya dalam hal individualisme kita. Untuk dibina bersama, kita perlu didedahkan dari segi minda, emosi, dan tekad alamiah. Apabila kita diselamatkan dalam hayat-Nya, kita menjadi Tubuh dan anggota sesama sendiri. Semoga Tuan merahmati kita agar kita dapat melihat bahawa kita perlu diselamatkan dalam hayat-Nya daripada individualisme demi membina Tubuh Kristus. 

Soalan Kajian: 

1. Huraikan tentang tujuh butir yang daripadanya kita perlu diselamatkan dalam hayat Kristus. 

2. Jelaskan bagaimana minda, emosi, dan tekad kita menjadi halangan terbesar kepada pembinaan dan apa yang harus kita lakukan demi membina Tubuh Kristus. 


Mesej 41: Diselamatkan dalam Hayat daripada Sifat Alamiah
Mesej 43: Diselamatkan Dalam Hayat Daripada Perpecahan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)