Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 40: Kerja Roh itu Berkonsumat Dalam Pembauran Kedivinan dengan Keinsanan (2)
Mesej 39: Kerja Roh itu Berkonsumat dalam Pembauran Kedivinan dengan Keinsanan (1)
Mesej 41: Doa Hayat (1)
Mesej 40: Kerja Roh itu Berkonsumat Dalam Pembauran Kedivinan dengan Keinsanan (2)
2022-05-21 | 0 Komen
A- A+ Simpan

KERJA ROH ITU BERKONSUMAT DALAM PEMBAURAN KEDIVINAN DENGAN KEINSANAN (2) 

Ayat-ayat Bible: Yoh. 16:12-33

Kajian-hayat: Mesej 37

Petikan Bacaan:    

Memuliakan Anak dengan Mewahikan Anak bersama-sama Kepenuhan Bapa

Kategori pertama kerja Roh itu ialah menginsafkan dunia menerusi pemberitaan injil dan memindahkan orang daripada Adam ke dalam Kristus. Kategori kedua kerja Roh itu ialah memuliakan Anak dengan mewahikan Dia bersama-sama kepenuhan Bapa kepada percayawan (16:12-15). Kita boleh mengatakan bahawa kategori pertama bagi kerja Roh itu ialah membawa masuk orang, dan kategori kedua pula ialah mendidik bina percayawan dan membina mereka dengan mewahikan Anak bersama-sama kepenuhan Bapa kepada mereka. Inilah kerja pembinaan oleh Roh Kudus. 

Roh Realiti Merupakan Realisasi Penuh Anak

Segala apanya Anak, segala-gala yang dimiliki, disempurnakan, diperoleh, dan dicapai oleh Anak akan digarapkan ke dalam kita dengan sepenuhnya menerusi Roh itu. 

Segala Apanya Bapa dan Segala yang Dipunyai Bapa adalah Kepunyaan Anak

Segala apanya Bapa ialah kepunyaan Anak. Anak ialah perjasadan Bapa. Segala apanya Bapa dan segala yang dipunyai Bapa terjasad dalam-Nya (Kol. 2:9). Segala apanya Bapa, segala kepenuhan Ketuhanan, huni dalam Kristus. Oleh itu, kepenuhan Bapa ialah kepenuhan Anak; hayat dan sifat Bapa juga hayat dan sifat Anak. 

Segala Apanya Anak dan Segala yang Dipunyai Anak Diterima oleh Roh Itu

Segala apanya Bapa dan segala yang dipunyai-Nya adalah kepunyaan Anak manakala segala apanya Anak dan segala yang diperoleh-Nya telah diterima oleh Roh itu. Segala kepenuhan Ketuhanan huni dalam Kristus, dan Roh itu menerima semua ini daripada Kristus. 

Roh Itu Menyatakan Anak bersama-sama Bapa kepada Percayawan

Segala apanya Anak dan segala yang dimiliki-Nya diwahikan sebagai realiti kepada percayawan menerusi Roh itu. Roh itu menyatakan Anak bersama-sama Bapa kepada percayawan. Kita harus memuji Tuan kerana kini Dia bukan sahaja Bapa dan Anak, tetapi juga Roh itu. Dia bukan sahaja sumber dan saluran, tetapi juga penerapan. Roh itu mencapai kita, masuk ke dalam kita dan menerapkan segala-gala yang kita perlukan daripada Bapa dan Anak. Ajaib benar hal ini!

Roh itu mewahikan Dia bersama-sama segala kepenuhan Bapa. Mari kita mengambil kerendahan hati sebagai contoh. Tidak ada orang yang dilahirkan dengan memiliki sifat rendah hati. Kata orang, kanak-kanak adalah rendah hati. Hal ini tidak benar kerana setiap kanak-kanak adalah sombong. Sejak lahir dan menurut sifat tabii, kita adalah sombong. Dalam kehidupan kita, kita juga sombong. Apa itu kerendahan hati? Kerendahan hati ialah Kristus. Kristus merupakan realiti setiap virtu insani dan setiap atribut divin. Pada suatu hari, Roh itu mewahikan kepada kamu bahawa Kristus ialah kerendahan hati kamu. Ini bukan doktrin kerendahan hati; ini merupakan persona Kristus yang hidup yang diwahikan kepada kamu sebagai kerendahan hati. Pada masa itulah Kristus dimuliakan. Roh itu memuliakan Kristus, Anak Tuhan, dengan cara ini. Dia bukan melakukan hal ini dengan mengajar kamu bahawa Kristus ialah kerendahan hati, tetapi Dia mewahikan kepada kamu secara langsung bahawa Kristus ialah kerendahan hati. Kemudian, kerendahan hati ini dihidup keluar daripada diri kamu, dan kerendahan hati yang dihidup keluar ini merupakan pemuliaan Anak. Kehidupan gereja merupakan pembauran kedivinan dengan keinsanan. 

ANAK AKAN DILAHIRKAN DALAM KEBANGKITAN SEBAGAI ANAK KECIL YANG BARU LAHIR

Anak akan Dilahirkan

Manusia yang dilahirkan ke dunia itu ialah Anak (ay. 21). Anak dilahirkan dalam kebangkitan (Kis. 13:33) sebagai Anak Tuhan (Ibr. 1:5; Roma 1:4). Menerusi kebangkitan, Tuan dilahirkan sebagai Anak Tuhan. 

Akan tetapi, bukankah Tuan itu Anak Tuhan sebelum kebangkitan-Nya? Ya. Kalau begitu, mengapakah Dia perlu dilahirkan sebagai Anak Tuhan dalam kebangkitan? Kristus ialah Anak Tuhan yang berinkarnat menjadi manusia. Sebenarnya, bahagian insani-Nya bukanlah Anak Tuhan, namun dalam keinsanan-Nya terdapat Anak Tuhan. Sebelum kematian dan kebangkitan-Nya, Dia ialah Anak Tuhan dalam keinsanan, tetapi bahagian insani-Nya bukan Anak Tuhan. Oleh itu, Dia perlu melalui kematian dan kebangkitan untuk membawa bahagian insani-Nya ke dalam keanakan. Bahagian divin-Nya yang merupakan Anak Tuhan tidak perlu dilahirkan sebagai Anak Tuhan, tetapi bahagian insani-Nya perlu dilahirkan dan dilantik tentu sebagai Anak Tuhan. Sebelum kematian dan kebangkitan Tuan, Dia ialah Anak Tuhan; namun apabila orang melihat Dia, mereka masih bertanya, “Siapakah orang ini? Adakah dia Anak Tuhan?” Memandangkan Dia ialah Anak Tuhan, mengapakah orang masih meragui-Nya? Ini disebabkan oleh bahagian insani-Nya. Keinsanan-Nya tidak kelihatan seperti Anak Tuhan. Akan tetapi, menerusi kematian dan kebangkitan-Nya, bahagian insani-Nya diproses dan masuk ke dalam keanakan. Sekarang, selepas kebangkitan-Nya, tidak ada orang yang meragui bahawa Dia ialah Anak Tuhan. Setiap orang akan berkata, “Inilah Anak Tuhan!” Atas sebab inilah Dia perlu dilahirkan dalam kebangkitan-Nya dan dilantik tentu sebagai Anak Tuhan. Dalam erti kata ini, Dia ialah anak kecil yang dilahirkan dalam kebangkitan. 

Percayawan Mempunyai Damai Sejahtera dalam Anak yang Jayeng

Sila ingat akan butir-butir ini: bab empat belas membicarakan tempat saling tinggal; bab lima belas membicarakan organisma; dan bab enam belas membicarakan kerja Roh itu, iaitu menginsafkan dunia dan mendidik bina para pekudus dengan kepenuhan Ketuhanan supaya gereja dapat memuliakan Anak bersama-sama Bapa. 


Mesej 39: Kerja Roh itu Berkonsumat dalam Pembauran Kedivinan dengan Keinsanan (1)
Mesej 41: Doa Hayat (1)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)