Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 40: Diselamatkan dalam Hayat daripada Dosa dan Keduniaan
Mesej 39: Tinggal dalam Kristus dengan Memikirkan Roh
Mesej 41: Diselamatkan dalam Hayat daripada Sifat Alamiah
Mesej 40: Diselamatkan dalam Hayat daripada Dosa dan Keduniaan
2021-07-27 | 0 Komen
A- A+ Simpan

DISELAMATKAN DALAM HAYAT DARIPADA DOSA DAN KEDUNIAAN


Ayat-ayat Bible: Roma 1:16-17; 5:10; 6:22; 8:2

Kajian-hayat: Mesej 40

Bacaan Bible:

Roma 1:17 Kerana keadilbenaran Tuhan dinyatakan dalam injil ini daripada iktikad kepada iktikad, sebagaimana yang tertulis, “Tetapi yang adilbenar akan beroleh hayat dan hidup melalui iktikad.”

Roma 6:22 Tetapi sekarang, setelah dibebaskan daripada dosa dan diperabdikan kepada Tuhan, kamu mempunyai buah yang membawa kepada pengudusan, dan kesudahannya ialah hayat abadi.    

 

Petikan Bacaan:

WAHI HAYAT YANG PROGRESIF

            Wahi divin dalam Sabda kudus adalah progresif. Oleh itu, walaupun Injil Yohanes adalah menakjubkan, injil ini tidak mengandungi wahi yang muktamad. Yohanes ialah buku hayat. Hayat bertunas dalam Injil ini. Kita melihat pertumbuhan tunas dalam buku Roma. Dalam Yohanes 15, Tuan Yesus memberitahu kita agar tinggal dalam-Nya. Akan tetapi, jalan untuk tinggal dalam Kristus bukan ditemui dalam Yohanes 15, tetapi dalam Roma 8. Roma 8 mewahikan bahawa hari ini Kristus ialah Roh hayat. Sebagai Roh hayat, Dia berada dalam roh kita. Untuk tinggal dalam-Nya, kita perlu meletakkan minda kita, yang mewakili seluruh diri kita, pada roh pembauran. Oleh yang demikian, Roma 8 diperlukan untuk memahami Yohanes 15 secara praktikal. Dalam Roma, cara hayat disingkapkan bukan sahaja membolehkan kita mengenali hayat, malah mengalaminya.

JUSTIFIKASI DALAM HAYAT

            Dalam 1:17, Paulus berkata, “Kerana keadilbenaran Tuhan dinyatakan dalam injil ini daripada iktikad kepada iktikad, sebagaimana yang tertulis, Tetapi yang adilbenar akan beroleh hayat dan hidup melalui iktikad.” Penyelamatan Tuhan adalah melalui justifikasi daripada iktikad. Meskipun semua orang Kristian pernah mendengar butir ini, namun kebanyakan mereka terlepas butir muktamad dalam bab ini. Butir ini bukan penyelamatan, bukan justifikasi, dan bukan juga iktikad. Butir ini ialah hayat. Tuhan telah menyelamatkan kita dan menjustifikasikan kita agar kita beroleh hayat. Justifikasi membawa masuk hayat. Tujuan Tuhan menjustifikasikan kita ialah membolehkan kita menikmati hayat-Nya.

DISELAMATKAN DALAM HAYAT DARIPADA HUKUM DOSA

            Semua hal negatif seperti sifat panas baran dan keangkuhan diri berkaitan dengan hukum ini. Sebabnya kamu tidak dapat jayeng atas sifat panas baran kamu ialah sifat kamu itu berkaitan dengan hukum dosa. Terdapat hukum tertentu yang menyebabkan kamu naik marah, menjadi angkuh, dan cemburu. Kita tidak memerlukan bantuan dalam perihal naik marah, kerana kita naik marah secara spontan menurut pengerjaan hukum dosa dalam kita. Apabila hukum ini “menghukumkan” kita, kita bukan sahaja terjerumus ke dalam dosa, malah ke dalam maut. Satu-satunya jalan untuk bebas daripada hukum ini ialah jalan yang diwahikan dalam 8:2: “Kerana hukum Roh hayat telah membebaskan aku dalam Kristus Yesus daripada hukum dosa dan maut.”

HUKUM ROH HAYAT

Tuhan bukan sahaja Roh itu, tetapi juga hayat. Tuhan yang merupakan Roh itu ialah hayat dalam kita. Setiap jenis hayat mempunyai hukum, dan Roh hayat juga mempunyai hukumnya. Hukum hayat burung ialah terbang, hukum hayat ayam ialah bertelur, dan hukum hayat pohon epal ialah menghasilkan buah epal. Hayat kita yang jatuh juga mempunyai hukum, iaitu hukum dosa dan maut. Sebagai percayawan dalam Kristus, kita mempunyai hayat abadi, yakni hayat divin; hayat ini sebenarnya ialah Tuhan sendiri. Oleh sebab hayat ini ialah hayat yang tertinggi, maka hukum bagi hayat ini ialah hukum yang tertinggi. Hukum Roh hayat ialah fungsi spontan bagi hayat divin.

PENGUDUSAN DALAM HAYAT

            Roma 6:22 berkata, “Tetapi sekarang, setelah dibebaskan daripada dosa dan diperabdikan kepada Tuhan, kamu mempunyai buah yang membawa kepada pengudusan, dan kesudahannya ialah hayat abadi.” Ayat ini menunjukkan bahawa pengudusan berkaitan dengan hayat dan pengudusan merupakan hayat.

            Pengudusan yang diwahikan dalam beberapa bab ini dalam buku Roma bukan pengudusan luaran dari segi kedudukan, tetapi pengudusan dalaman dari segi disposisi. Dikuduskan bererti diselamatkan daripada menjadi umum atau duniawi. Menurut sifat, kita semua adalah umum dan duniawi. Untuk dikuduskan secara dalaman melalui hayat dalam hal membeli kasut, kamu harus meletakkan minda pada roh, berdoa kepada Tuan, dan bertanya kepada Dia apa jenis kasut yang hendak dipakai-Nya. Dengan itu, kamu akan membeli kasut bukan menurut ajaran atau konsep agamawi, tetapi menurut hayat dalaman.

CARA TERBAIK UNTUK BERTUMBUH DALAM HAYAT

Pengudusan dari segi disposisi bukan sekadar perkara hayat; pengudusan dari segi disposisi juga membawa lebih banyak hayat kepada kita. Pengudusan diperoleh melalui hayat dan juga membawa masuk hayat. Ini sama sekali merupakan perkara melalui hayat dan untuk hayat.

Soalan Kajian:

Huraikan tentang justifikasi dan hayat serta pengudusan dalam hayat. 

Mesej 39: Tinggal dalam Kristus dengan Memikirkan Roh
Mesej 41: Diselamatkan dalam Hayat daripada Sifat Alamiah
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)