Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 4: Pengenalan Kepada Hayat Dan Pembinaan (2)
Mesej 3: Pengenalan Kepada Hayat Dan Pembinaan (1)
Mesej 5: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (3)
Mesej 4: Pengenalan Kepada Hayat Dan Pembinaan (2)
2021-12-31 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PENGENALAN KEPADA HAYAT DAN PEMBINAAN (2)


Kajian-hayat: Mesej 3


Ayat-ayat Bible: Yoh. 1:14-18


Bacaan Bible:


Yoh. 1:14 Sabda itu telah menjadi tubuh daging dan bertabernakal dalam kalangan kita (dan kita pernah melihat kemuliaan-Nya, iaitu kemuliaan Anak Tunggal yang datang daripada Bapa), penuh kurnia dan realiti.

  

Petikan Bacaan:

       Dalam mesej yang lepas, kita melihat bahawa Kristus yang merupakan Sabda datang sebagai hayat dan cahaya bagi menghasilkan banyak anak Tuhan yang menjadi pembesaran Tuhan dan ekspresi korporat Tuhan. Hal ini diwahikan dalam Yohanes 1:1-13.

        Dalam mesej ini pula, kita sampai ke bahagian kedua Yohanes 1, iaitu bahagian yang terdiri daripada ayat 14 hingga 18. Bahagian ini menunjukkan kepada kita bahawa Kristus yang merupakan Sabda dan yang datang sebagai hayat dan cahaya bagi menghasilkan banyak anak yang menjadi pembesaran Tuhan dan ekspresi Tuhan, telah berinkarnat untuk kita nikmati. 

      Bagaimanakah kita boleh menikmati Kristus? Kita boleh menikmati Kristus melalui inkarnasi-Nya. Berinkarnasi bererti menjadi jasad dan nyata. Sebelum Sabda melalui proses inkarnasi, Kristus adalah penuh misteri. Namun, dengan berinkarnat menjadi tubuh daging, Dia menjadi begitu nyata bagi kita. Sebelum inkarnasinya, Dia tidak dapat dipegang, tidak dapat dilihat, dan tidak dapat disentuh. Dengan menjadi tubuh daging, Dia menjadi jasad, nyata, dapat dilihat, dan dapat disentuh.

         Walaupun Dia menjadi bentuk yang dapat dipegang melalui proses inkarnasi, kita masih lagi memerlukan sesuatu sebelum kita dapat menikmati-Nya. Oleh itu, 1:14 mengatakan bahawa Dia “penuh kurnia dan realiti”. Semasa Kristus berada dalam tubuh daging bersama dengan disipal-disipal-Nya, mereka bukan sahaja melihat dan menyentuh-Nya tetapi juga menikmati-Nya. Jika kamu bertanya kepada Petrus dan Maria mengapa mereka begitu mengasihi-Nya dan mengapa mereka suka berada dalam hadirat-Nya, mereka akan berkata, “Kami sesungguhnya tidak dapat menjelaskan hal ini dengan perkataan. Selagi kami bersama dengan-Nya, selagi itu kami akan menikmati sesuatu. Tidak ada perkataan yang dapat mengungkapkan ini. Namun, kami semua dapat bersaksi bahawa kami terasa manis sewaktu kami duduk dalam hadirat-Nya. Terdapat kenikmatan dan realiti yang tidak terkata. Kami tidak tahu bagaimana menerangkannya atau mentakrifkannya, namun kami memang tahu bahawa kami menikmatinya.” Apakah yang dinikmati mereka? Mereka menikmati Sabda yang berada dalam tubuh daging yang penuh dengan kurnia dan realiti.

Bertabernakal dalam Kalangan Manusia

     Semasa Dia berada dalam tubuh daging, Dia merupakan tabernakal Tuhan yang wujud dalam kalangan manusia. Menurut sejarah Wasiat Lama, tabernakal pernah wujud dalam kalangan manusia di bumi, dan Tuhan hadir dalam tabernakal kerana tabernakal membawa Tuhan kepada bani Israel. Dalam zaman Wasiat Baru, Yesus yang berada dalam tubuh daging sebagai tabernakal Tuhan dalam kalangan manusia, Tuhan diperjasadkan dalam-Nya (Kol. 2:9). Segala apanya Tuhan dan segala-gala yang dimiliki Tuhan diperjasadkan dalam Yesus. Apakah tujuan Tuhan diperjasadkan dalam tubuh daging Yesus? Tujuannya ialah supaya dalam Kristus, manusia yang berdosa itu dapat berbahagian dalam Tuhan. Dengan kata lain, Tuhan diperjasadkan dalam Kristus untuk menjadi kenikmatan kita.

Ada Kurnia

         Ayat 16 berkata, “Daripada kepenuhan-Nya, kita semua telah menerima, dan kurnia atas kurnia.” Kepenuhan Ketuhanan, iaitu segala apanya Tuhan, huni dalam Kristus secara jasadi untuk kita nikmati.

Ada Realiti

        Kurnia dan realiti tidak ada batas, tetapi sentiasa penuh. Apa sahaja yang kita nikmati selain daripada Tuhan yang berada dalam Kristus, ada batasnya; namun, apabila kita menikmati Tuhan dalam Kristus sebagai kurnia dan realiti, kita mendapati bahawa ini tidak terbatas, dan sentiasa penuh. Kurnia sama sekali tidak akan habis dinikmati, dan realiti juga sama sekali tidak akan habis dialami. Semakin kamu mengalaminya, semakin kepenuhan ini bertambah. Kepenuhan bertambah menurut kapasiti pengalaman kamu. Kapasiti kita menentukan muatan kepenuhan Ketuhanan dalam kita. Berapa penuhkah Tuhan bagi diri kamu? Jika kapasiti kamu adalah cawan sebesar lapan auns, maka kepenuhan Tuhan bagi kamu adalah lapan auns. Jika kapasiti kamu diperbesar menjadi lapan ratus gelen, maka kepenuhan Tuhan akan memenuhi muatan itu. Jika kapasiti kamu adalah sebesar Lautan Pasifik, maka kamu akan mengenali kepenuhan Tuhan sampai tahap itu. Kenikmatan Tuhan dalam Kristus adalah tidak terbatas. Berapa banyak kita menikmati kepenuhan-Nya bergantung pada kapasiti kita. 

Mesej 3: Pengenalan Kepada Hayat Dan Pembinaan (1)
Mesej 5: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (3)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)