Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 4: Kehampaan Agama dan Keadaan yang Sama Sekali Tidak Berharapan
Mesej 3: Punca Kedurjanaan Dan Jalan Mengekang
Mesej 5: Justifikasi Menurut Cara Tuhan
Mesej 4: Kehampaan Agama dan Keadaan yang Sama Sekali Tidak Berharapan
2021-03-23 | 0 Komen
A- A+ Simpan

KEHAMPAAN AGAMA DAN KEADAAN YANG SAMA SEKALI TIDAK BERHARAPAN

Ayat-ayat Bible: Roma 2:17-3:20

Kajian-hayat: Mesej 4

Bacaan Bible: 

Roma 2:28-29 Kerana dia yang merupakan orang Yahudi secara luaran bukanlah orang Yahudi, dan penyunatan secara luaran dalam tubuh daging juga bukan penyunatan. Tetapi dia yang merupakan orang Yahudi secara dalaman ialah orang Yahudi, dan penyunatan adalah daripada hati, dalam roh, bukan dalam huruf…

Petikan Bacaan: 

Dalam mesej ini kita akan memperkatakan kehampaan agama, seperti yang diperlihatkan dalam pengutukan terhadap golongan yang agamawi (2:17—3:8); kita juga akan memperkatakan keadaan yang sama sekali tidak berharapan, seperti yang diperlihatkan dalam pengutukan terhadap seluruh dunia (3:9-20). 

PENGUTUKAN TERHADAP ORANG YANG AGAMAWI

Mula-mula, marilah kita meneliti kehampaan agama. Apabila Tuhan memberi kita Bible Dia tidak berhasrat untuk memberi kita agama. Tuhan berhasrat untuk mewahikan diri-Nya ke dalam kita menerusi Sabda Kudus. Kita tidak memerlukan agama. Kita memerlukan satu Persona yang hidup. Kita tidak memerlukan sesuatu yang ada kaitan dengan Tuhan; kita memerlukan Tuhan sendiri. Kita tidak memerlukan jalan untuk menyembah Tuhan; kita memerlukan Tuhan yang hidup untuk masuk ke dalam kita. Jika kita kembali kepada Sabda murni dalam Wasiat Baru, kita dapat menjumpai istilah “Kristus” dan “orang Kristian” (Kis. 11:26). Akan tetapi, istilah “Kristianiti” ataupun “Krismas” tidak terdapat dalam Bible. Agama adalah sia-sia. Sekarang kita perlu mempertimbangkan beberapa perkara tentang kehampaan agama.

A. Mempunyai Nama Luaran

    Sesetengah percayawan hanya mempunyai gelaran luaran sahaja. Jika kamu kekurangan realiti dan cuma mengekalkan nama luaran, itu tidak bermakna apa-apa. 

B. Tahu Tentang Tuhan dalam Pengetahuan Luaran

    Sekadar tahu tentang Tuhan dari segi pengetahuan luaran, atau huruf luaran adalah sia-sia. Kita perlu mempunyai pengetahuan dalaman terhadap Tuhan, iaitu pengetahuan dalam roh kita, pengetahuan yang menyebar ke dalam seluruh diri kita. Kita memerlukan pengetahuan yang dalaman dan subjektif yang sedemikian terhadap Tuhan. 

C. Mempunyai Kitab secara Luaran

    Dalam Yohanes 5:39-40, Tuan Yesus memberitahu orang Yahudi agamawi bahawa mereka menyelidik Kitab untuk mendapatkan pengetahuan, namun mereka enggan datang kepada-Nya untuk menerima hayat. Maka Bible tidak begitu bermakna dari segi hayat dan realiti.

D. Berpegang pada Bentuk Huruf Luaran

    Paulus memberitahu orang Yahudi bahawa jika penyunatan mereka adalah luaran semata-mata, penyunatan itu tidak sejati. Penyunatan yang sejati adalah dalaman, dalam hati, dan dalam roh. Begitu juga jika baptisan hanya dilakukan secara luaran, maka baptisan itu sama sekali tidak sejati. Kita tidak harus berpaut pada sebarang upacara, sebaliknya kita harus menumpukan sepenuh perhatian kepada realiti. 

E. Kekurangan Realiti Dalaman di dalam Roh

    Agama adalah sia-sia kerana kekurangan realiti dalaman di dalam roh (2:29). Roma 2:29 mengatakan bahawa segala apanya kita, segala-gala yang kita lakukan, dan segala milik kita haruslah berada dalam roh. Mengapakah kita harus melakukan segala-galanya dalam roh kita? Ini kerana roh kita ialah tempat dalam diri kita yang dapat didiami Tuhan. Roh merupakan tempat, iaitu tapak, untuk Tuhan bertindak bagi pihak kita. Jika kamu seorang Kristian yang berada dalam roh, ini bermaksud kamu seorang Kristian yang mempunyai Tuhan. Dengan adanya Tuhan, segala-galanya menjadi realiti. 

F. Berbuat Jahat Seperti Orang yang Tidak Agamawi

PENGUTUKAN TERHADAP SELURUH DUNIA—

KEADAAN YANG SAMA SEKALI TIDAK BERHARAPAN

    Dalam bahagian buku Roma ini, Paulus menggambarkan manusia sebagai orang yang sama sekali jahat, dan dia mengemukakan beberapa bukti untuk menunjukkan bahawa keadaan dunia ini adalah tidak berharapan. Tidak ada seorang pun yang mencari Tuhan dan tidak ada orang yang memahami Tuhan (3:11). Semua orang berpaling daripada Tuhan dan menjadi tidak berguna (3:12). Tidak ada yang adilbenar (3:10), dan tidak ada yang berbuat baik (3:12). Dengan kata lain, tidak ada seorang pun yang adilbenar, dan tidak ada seorang pun yang baik. Dengan itu, semua orang jatuh di bawah penghakiman Tuhan (3:19). Keadaan dunia ini sama sekali tidak berharapan.

    Jika kita tidak diselamatkan, di manakah kita akan berada? Apakah yang akan kita jadi? Kita akan menjadi manusia yang tidak berharapan di bawah penghakiman Tuhan. Tidak kira apa yang kita lakukan, apa yang kita miliki, dan apanya kita, kita berada di bawah penghakiman adilbenar Tuhan. Kita semua perlu sedar bahawa kita memerlukan penyelamatan Tuhan. Bahagian tentang pengutukan ini menyediakan jalan untuk penyelamatan Tuhan, dan membuka pintu supaya manusia dapat masuk ke dalam penyelamatan Tuhan. Tidak kira siapanya kita, kita semua memerlukan Kristus. Kita memerlukan Kristus serta penebusan-Nya.

Soalan-soalan Kajian: 

1. Apakah perbezaan di antara Kristianiti sebagai satu sistem agamawi dengan menjadi orang Kristian?

2. Sila kongsikan pengalaman anda tentang kehampaan agama.



Mesej 3: Punca Kedurjanaan Dan Jalan Mengekang
Mesej 5: Justifikasi Menurut Cara Tuhan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)