Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 39: Kerja Roh itu Berkonsumat dalam Pembauran Kedivinan dengan Keinsanan (1)
Mesej 38: Organisma Tuhan Tritunggal Dalam Pendispenan Divin (2)
Mesej 40: Kerja Roh itu Berkonsumat Dalam Pembauran Kedivinan dengan Keinsanan (2)
Mesej 39: Kerja Roh itu Berkonsumat dalam Pembauran Kedivinan dengan Keinsanan (1)
2022-05-06 | 0 Komen
A- A+ Simpan

KERJA ROH ITU BERKONSUMAT DALAM PEMBAURAN KEDIVINAN DENGAN KEINSANAN (1)

Bacaan Bible: Yohanes 16: 1-11

Kajian Hayat: Mesej 39

Petikan Bacaan: 

Bab 14, 15 dan 16 dalam Injil Yohanes ini mewahikan apa sebenarnya ekonomi Tuhan kepada kita: Bapa dalam Anak sebagai Roh masuk ke dalam kita dan membaurkan diri-Nya dengan kita. 

I. PEMERGIAN ANAK ADALAH UNTUK KEDATANGAN ROH

Dalam ayat 7 Tuan berkata, “Namun Aku beritahu kamu hal yang benar, Adalah berfaedah bagimu jika Aku pergi; kerana jika Aku tidak pergi, Pelipur itu tidak akan datang kepadamu; tetapi jika Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepadamu.” Pemergian Anak adalah untuk kedatangan Roh. Dia mengatakan bahawa jika Dia tidak pergi, maka Roh tidak akan datang.

Anak masuk ke dalam maut dalam tubuh daging, tetapi Dia kembali dalam kebangkitan sebagai Roh (1 Kor. 15:45). Dia datang sebagai Roh untuk menjadi Pelipur yang lain. Dia pergi menerusi kematian sebagai Penebus untuk menyempurnakan penebusan bagi kita, tetapi Dia datang dalam kebangkitan sebagai Roh untuk menyalurkan diri-Nya sebagai hayat kepada kita. Anak mengutus Pelipur bererti Dia datang sebagai Pelipur. Pengutusan-Nya ialah kedatangan-Nya. Dengan kata lain, Dia mengutus diri-Nya dalam rupa bentuk lain agar Dia datang sebagai Pelipur yang lain. Hal ini memang unggul, menakjubkan, dan penuh misteri.

II. KERJA ROH ITU 

Butir penting dalam Yohanes 16 ialah kerja Roh itu. Menurut bab ini, kerja Roh itu terdiri daripada tiga kategori: menginsafkan dunia; memuliakan Anak dengan mewahikan Anak bersama-sama kepenuhan Bapa kepada percayawan; dan menyatakan hal-hal yang akan datang.

Menginsafkan Dunia 

Dalam ayat 8, Tuan memperkatakan Roh itu bahawa “Dia akan menginsafkan dunia berkenaan dosa, berkenaan keadilbenaran, dan berkenaan penghakiman.” Ketiga-tiga butir ini — dosa, keadilbenaran, dan penghakiman — masing-masing berkaitan dengan satu persona. Selain Tuhan, Persona yang divin ini, terdapat tiga persona yang utama dalam alam semesta: Adam, Kristus, dan Syaitan. Dosa berkaitan dengan Adam, keadilbenaran berkaitan dengan Kristus, dan penghakiman berkaitan dengan Syaitan. 

1. Berkenaan Dosa 

Semua pendosa telah dilahirkan dalam dosa dalam Adam (9:34). Disebabkan kita dilahirkan dalam dosa, maka kita ialah pendosa sejak kelahiran. Kita tidak perlu berbuat dosa untuk menjadi pendosa kerana kita memang pendosa sejak kelahiran. Memandangkan kita berada di bawah pengabdian dosa, apakah yang harus kita lakukan? Selain daripada Kristus, tidak ada cara pembebasan yang lain. Kristus ialah satu-satunya cara untuk kita dibebaskan. Satu-satunya cara untuk kita dibebaskan daripada dosa ialah percaya ke dalam Anak (8:24, 36; 3:15-17). Kepercayaan ini memindahkan orang daripada Adam ke dalam Kristus. Hal ini ajaib sekali. 

Dalam ayat 9, Tuan mengatakan bahawa Roh itu akan menginsafkan dunia berkenaan dosa “kerana mereka tidak percaya ke dalam Aku”, Di sini, kita melihat bahawa satu-satunya dosa yang menyebabkan manusia binasa ialah tidak percaya ke dalam Anak (3:16). Dosa di sini ialah keengganan untuk dipindahkan daripada Adam ke dalam Kristus. Satu-satunya cara untuk dibebaskan daripada keadaan kamu yang berdosa ialah percaya ke dalam Tuan, dan satu-satunya dosa yang melayakkan kamu untuk binasa ialah tidak percaya ke dalam-Nya. Oleh yang demikian, kunci hari ini ialah sama ada kita percaya atau tidak. Jika kita percaya, kita akan dipindahkan daripada Adam ke dalam Kristus. Akan tetapi, jika kita tidak percaya, kita akan binasa. 

2. Berkenaan Keadilbenaran 

Tuhan Anak telah datang dan mati untuk memenuhi tuntutan adilbenar Tuhan (3:14).Dia telah dibangkitkan demi justifikasi kita. Justifikasi merangkumi hakikat bahawa Tuhan telah membangkitkan Kristus, berkenan pada-Nya, dan berpuas hati dengan kematian-Nya yang menebus. Kini Anak yang merupakan keadilbenaran telah diberi kepada percayawan. Oleh sebab Anak telah diberi kepada percayawan sebagai keadilbenaran mereka, maka mereka dijustifikasikan dalam-Nya di hadapan Tuhan. Hanya dalam Anak yang merupakan keadilbenaran kita, kita dapat dijustifikasikan Tuhan. Percayawan telah dibebaskan daripada punca dosa, iaitu Iblis. Iblis ialah punca dosa; Anak dalam tubuh daging telah menghapuskan Iblis di atas salib (Ibr. 2:14). Dengan percaya ke dalam Anak, kita dibebaskan daripada punca dosa. 

3. Berkenaan Penghakiman

 Kita telah melihat bahawa penghakiman adalah berkaitan dengan Iblis. Syaitan, Iblis, ialah pengasas dosa, asal usul maut, bapa semua pendosa, dan pemerintah dunia ini. Sebagai yang sedemikian, penghakiman telah disediakan untuknya. Kita harus sedar bahawa penghakiman bukanlah untuk manusia tetapi untuk Syaitan. Tuhan tidak berhasrat untuk menghakimi manusia kerana penghakiman-Nya adalah untuk Syaitan. Tasik api telah disediakan sebagai penghakiman Tuhan ke atas Syaitan; tasik api ini sama sekali bukan disediakan untuk manusia.Api kekal disediakan untuk Iblis dan malaikatnya, iaitu pengikutnya. Akan tetapi, sekiranya kamu tidak mahu keluar daripada Adam dan masuk ke dalam Kristus, kamu akan berbahagian dalam penghakiman yang dideritai Syaitan kerana kamu lebih rela menjadi salah seorang pengikutnya. Tuhan mengasihi dunia dan tidak ingin mencampakkan manusia ke dalam tasik api. Penghakiman itu adalah untuk Iblis. Akan tetapi, sekiranya sesiapa masih lagi menjadi teman Syaitan, Tuhan tidak ada pilihan lain melainkan membenarkan orang itu menderitai penghakiman yang dikenakan ke atas Syaitan. 

Kesimpulan

Tiga butir, iaitu dosa, keadilbenaran, dan penghakiman merupakan kerangka injil. Injil ialah: kita pendosa dalam Adam, tetapi kita dapat menjadi adilbenar dan dijustifikasikan dalam Kristus. Jika kita tidak rela dipindahkan daripada Adam ke dalam Kristus, maka kita harus diperingatkan bahawa kita akan berbahagian dalam penghakiman terhadap Syaitan. Dengan kata lain, kamu telah dilahirkan dalam Adam, tetapi hasrat Tuhan ialah mengeluarkan kamu daripada Adam dan memindahkan kamu ke dalam Kristus. Sekiranya kamu tidak bersetuju dengan kehendak Tuhan, maka kamu akan tetap berada dalam Adam dan berbahagian dalam penghakiman terhadap Syaitan. Kerja Roh Kudus merangkumi tiga butir ini, dan setiap kali kita memberitakan injil, kita harus memberitahu orang tentang tiga butir ini. Inilah injil; melalui injil, Roh Kudus menginsafkan pendosa agar mereka bertaubat dan percaya ke dalam Tuan Yesus untuk diselamatkan. 

Mesej 38: Organisma Tuhan Tritunggal Dalam Pendispenan Divin (2)
Mesej 40: Kerja Roh itu Berkonsumat Dalam Pembauran Kedivinan dengan Keinsanan (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)