Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 37: Hukum Dalam Roma Tujuh Dan Lapan
Mesej 36: Dibebaskan Daripada Maut (2)
Mesej 38: Hayat dan Maut dalam Roma Lima hingga Lapan
Mesej 37: Hukum Dalam Roma Tujuh Dan Lapan
2021-07-16 | 0 Komen
A- A+ Simpan

HUKUM DALAM ROMA TUJUH DAN LAPAN

Ayat-ayat Bible: Roma 7-8

Kajian-hayat: Mesej 37

Bacaan Bible: 

Roma 7:22-23 Kerana menurut manusia dalaman, aku gemar akan hukum Tuhan, Tetapi aku melihat satu hukum yang lain dalam anggota-anggotaku, berperang menentang hukum mindaku dan menjadikan aku tawanan kepada hukum dosa yang ada dalam anggota-anggotaku.

Roma 8:2 Kerana hukum Roh hayat telah membebaskan aku dalam Kristus Yesus daripada hukum dosa dan maut.    

Petikan Bacaan: 

Pembaca sekalian, kita akan melihat tentang hukum dalam Roma 7 dan 8 dalam bacaan hari ini. 

EMPAT HUKUM

Hal berkenaan hukum amat dalam. Banyak pelajar Bible terganggu disebabkan Paulus menggunakan perkataan “hukum” dalam Roma 7. Perkataan ini pertama-tamanya merujuk kepada hukum Tuhan, iaitu sepuluh perintah (7:22). Kemudian dalam 7:23, Paulus berbicara tentang “hukum mindaku”, dan dalam 8:2, tentang “hukum dosa dan maut” serta “hukum Roh hayat”. Memang sukar untuk memahami perkataan “hukum” dan “hayat”, lebih-lebih lagi memahami istilah “hukum Roh hayat”. Oleh yang demikian, dalam bab tujuh dan lapan, perkataan “hukum” digunakan dengan cara yang berbeza: untuk hukum Tuhan, untuk hukum minda, untuk hukum dosa dan maut, dan untuk hukum Roh hayat.  

SATU LAGI HUKUM

Akan tetapi, dalam bab tujuh, masih ada satu lagi hukum: “Aku mendapati hukum itu ada bersama dengan aku yang bertekad melakukan kebaikan, iaitu kejahatan itu ada padaku” (ay. 21). Terdapat suatu hukum, suatu prinsip, iaitu sebaik sahaja kita bertekad melakukan kebaikan, kejahatan itu ada pada kita. Pernahkah kamu sedar bahawa terdapat hukum sedemikian? Jika kita tidak cuba melakukan kebaikan, kejahatan itu seolah-olah tidak ada pada kita. Akan tetapi, sebaik sahaja kita cuba melakukan kebaikan, kejahatan itu ada pada kita; ini suatu hukum. Apabila saya menemui hukum ini, saya sedar bahawa saya tidak harus begitu jahil lagi sehinggakan terus cuba melakukan kebaikan. 

Barangkali kamu telah membaca Roma 7 berkali-kali tanpa melihat hukum yang kelima ini. Selain empat hukum itu, terdapat hukum yang beroperasi sebaik sahaja kita bertekad melakukan kebaikan. Kita perlu berdoa agar Tuan menghindarkan kita daripada menekan butang yang menyebabkan kejahatan itu ada pada kita. 

TIGA PERSONA DAN TIGA HAYAT 

       Dari aspek persona, hanya terdapat tiga persona dalam alam semesta: persona divin, Tuhan; persona jahat, Syaitan; dan persona insani, manusia. Setiap satu persona ini mempunyai satu hayat. Persona divin mempunyai hayat divin, persona insani mempunyai hayat insani, dan persona jahat mempunyai hayat jahat. 

        Selepas manusia dicipta, manusia menjadi jatuh. Pada masa kejatuhan, hayat jahat telah disuntikkan ke dalam tubuh manusia. Hayat Syaitan telah masuk ke dalam tubuh manusia, dan kini hayat yang jahat ini berada dalam tubuh daging kita. Oleh yang demikian, setiap orang, tidak kira sama ada dia budiman atau perompak, mempunyai hayat manusia yang baik dan hayat kesyaitanan yang jahat. Inilah sebabnya manusia boleh baik dan juga jahat, baik hati dan juga iblisi. 

        Puji Tuan kerana sejarah kita tidak berhenti pada penciptaan dan kejatuhan! Kita telah diselamatkan dan dilahirukan, dilahirkan semula. Haleluya, persona yang ketiga, yakni Tuhan sendiri, telah dilahirkan dalam kita! Dengan adanya persona divin ini kita mempunyai hayat divin. Setiap orang Kristian yang sejati mempunyai tiga persona berserta tiga hayat. Tuhan, Syaitan, dan diri semuanya berada dalam kita. Setiap jenis hayat mempunyai satu hukum. Oleh sebab kita orang Kristian mempunyai tiga hayat, maka kita juga mempunyai tiga hukum. 

HIDUP MELALUI HUKUM HAYAT

        Apa yang kita lakukan dalam kehidupan harian kita bergantung pada hukum yang melaluinya kita hidup. Setiap perkara ditentukan oleh hukum yang melaluinya kita hidup setiap hari. Jika kita hidup melalui hayat manusia, hukum hayat manusia akan berfungsi. Namun demikian, hayat manusia lemah, dan hukumnya rapuh disebabkan kehadiran hukum hayat kesyaitanan yang jauh lebih kuat. Haleluya, kita mempunyai hukum yang paling kuat dalam kita, yakni hukum Roh hayat! Kita harus hidup melalui hayat divin dan bukan melalui hayat manusia. 

Soalan Kajian: 

Huraikan tentang tiga persona, tiga hayat, dan tiga hukum dalam seorang Kristian sejati serta bagaimana kita dapat hidup melalui hukum hayat.

Mesej 36: Dibebaskan Daripada Maut (2)
Mesej 38: Hayat dan Maut dalam Roma Lima hingga Lapan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)