Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 36: Pendispenan Tuhan Tritunggal untul Penghasilan Tempat Tinggal-Nya (4)
Mesej 35: Pendispenan Tuhan Tritunggal Demi Menghasilkan Tempat Tinggal-Nya (3)
Mesej 37: Organisma Tuhan Tritunggal Dalam Pendispenan Divin (1)
Mesej 36: Pendispenan Tuhan Tritunggal untul Penghasilan Tempat Tinggal-Nya (4)
2022-04-26 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PENDISPENAN TUHAN TRITUNGGAL UNTUK PENGHASILAN TEMPAT TINGGAL-NYA (4) 

Ayat-ayat Bible: Yoh. 14:20-31

Kajian-hayat: Mesej 32

Bacaan Bible: Yoh. 14:23 Yesus menjawab dan berkata kepadanya, Jika sesiapa mengasihi Aku, dia akan mematuhi sabda-Ku dan Bapa-Ku akan mengasihinya, dan Kami akan datang kepadanya dan membuat tempat tinggal bersama dengannya. 

Petikan Bacaan:    

Kita telah melihat bahawa dalam Yohanes 14, Bapa ialah sumber, asal, esens, dan elemen. Anak pula ialah ekspresi, manifestasi, dan perjasadan bagi segala apanya Bapa. Selagi mereka melihat Anak, mereka melihat Bapa kerana Bapa diperjasadkan dalam Anak. Namun demikian, sebelum kematian dan kebangkitan-Nya, Anak masih tidak dapat masuk ke dalam manusia. Sungguhpun Dia berada dalam kalangan manusia dan dilihat mereka, Dia tidak dapat masuk ke dalam mereka. Justeru, Anak perlu disalibkan dan melalui proses kematian dan kebangkitan, Anak mengalami perubahan bentuk. Dia berubah daripada bentuk tubuh daging menjadi bentuk Roh. 

Hal ini umpama sebiji tembikai besar yang berubah bentuk menjadi jus melalui proses memotong dan memerah. Hasil daripada proses ini, jus tembikai dapat masuk ke dalam kita dengan mudah. 

Roh itu ialah realiti, iaitu realisasi bagi segala apanya Tuhan Bapa dan Tuhan Anak. Segala apanya Bapa dan Anak direalisasikan dalam Roh itu. Roh ini mencapai kita, masuk ke dalam kita, dan huni dalam kita. Dengan itu, Tuhan Tritunggal didispenkan ke dalam kita. 

Anak Hidup dan Berbicara dalam Percayawan

Anak hidup dan berbicara dalam percayawan. Kristus yang hidup itu terus-menerus berbicara dalam kita. Dia tidak akan berhenti berbicara. Dari pagi sampai petang, dari petang sampai pagi, hampir satu perkataan sahaja yang dibicarakan-Nya kepada kita – tidak. 

Percayawan Mengasihi Anak, Mematuhi Perintah-Nya, Dikasihi oleh Bapa dan Anak, dan Mempunyai Manifestasi Anak

Jika kita mengasihi Tuan, kita akan dikasihi oleh Bapa dan Anak, dan Anak akan memanifestasikan diri-Nya kepada kita. Beritahulah saya, menurut pengalaman kamu, apabila Tuan mengatakan “tidak” kepada kamu, dan kamu mematuhi-Nya, apakah hasilnya? Dengan serta-merta, kamu mendapati diri kamu berada dalam hadirat Tuan. Namun, jika kita tidak mengendahkan perkataan “tidak” yang kecil ini, kita akan kehilangan hadirat-Nya. Apabila kita mendengar kata-Nya dan mematuhi perintah-Nya, dengan segera hadirat-Nya akan diperhebat dan menjadi begitu manis, mestika, serta membawa penyiraman, penguatan, penyinaran, dan pengkhasiatan. Inilah manifestasi Kristus yang huni secara dalaman. 

Walaupun Dia huni dalam kamu, namun sama ada kamu berasa Dia hadir atau tidak, bergantung pada sama ada kamu mendengar sabda-Nya atau tidak. Jika kamu mengasihi Tuan, kamu akan berkata “amen” apabila Dia berkata “tidak”. Jika kamu bersikap serius untuk mematuhi Tuan dengan mengatakan “amen”, kamu akan mempunyai manifestasi-Nya. Tuan akan memanifestasikan diri-Nya kepada sesiapa sahaja yang mengasihi-Nya dan mematuhi perintah-Nya. 

Seluruh Injil Yohanes hanya mempunyai dua tuntutan: pertama. percaya kepada-Nya, dan kedua, mengasihi-Nya. Percaya kepada-Nya bererti menerima-Nya, manakala mengasihi-Nya bererti menikmati-Nya. Kita semua telah percaya kepada-Nya. Ini bermaksud bahawa kita semua telah menerima-Nya. Namun begitu, masalah hari ini ialah sama ada kita mengasihi-Nya atau tidak. Hadirat-Nya sentiasa berkait rapat dengan kasih kita terhadap-Nya. Semakin kita mengasihi-Nya, semakin kita menikmati hadirat-Nya. Apakah hadirat-Nya? Hadirat-Nya merupakan kenikmatan terhadap diri-Nya. Asalkan kita ada hadirat-Nya, kita akan menikmati-Nya. O, kita semua perlu mengasihi-Nya! Pemulihan Tuan merupakan pemulihan kasih terhadap Tuan Yesus. 

Tuhan Tritunggal Membuat Tempat Saling Tinggal Bersama dengan Percayawan

Ayat 23 mengatakan bahawa Bapa dan Anak sebagai Roh menampakkan diri kepada percayawan yang mengasihi-Nya, dan dengan itu membuat tempat saling tinggal. Dengan kata lain, tempat tinggal ini disediakan melalui kunjungan Tuhan Tritunggal. Apabila Tuhan Tritunggal mengunjungi kamu, kunjungan-Nya akan menjadikan kamu tempat tinggal-Nya dan menjadikan Dia tempat tinggal kamu. Akhirnya, kamu dan Dia, Dia dan kamu, menjadi tempat saling tinggal. Kamu akan tinggal dalam-Nya, dan Dia pula tinggal dalam kamu. Amat kagum! Dalam keadaan ini, dosa, dunia, Syaitan, manusia lama, atau tubuh daging tidak ada tempat lagi. Semua benda ini telah dihalau. 

Saya meminta kamu mengimbas kembali pengalaman kamu yang lepas secara jujur. Bukankah kamu mempunyai pengalaman ini pada masa lepas? Jauh dalam batin kamu terdapat penghargaan yang manis terhadap Tuan Yesus, dan kamu berkata, “Tuan, aku mengasihi-Mu”. Kemudian Tuan berkata, “Memandangkan kamu mengasihi Aku, maka Aku memerintahkan kamu supaya jangan melakukan perkara ini dan perkara itu.” Lalu kamu berkata, “Amen, Tuan Yesus.” Mungkin kamu mengatakan amen dengan air mata yang bergenang. Namun dengan serta-merta, kamu akan merasakan Dia dimanifestasikan dalam kamu. Kamu benar-benar berada dalam hadirat-Nya. Pada masa itu, kamu mempunyai perasaan bahawa Dia sedang memenuhi kamu dengan diri-Nya dan kamu tertarik ke dalam-Nya. Kamu tinggal dalam-Nya dan Dia tinggal dalam kamu. Kamu menjadi tempat tinggal-Nya, dan Dia menjadi tempat tinggal kamu. Saya percaya bahawa kita semua mempunyai pengalaman sebegini. 

Hal ini demi Pembinaan Kediaman Tuhan 

Setiap kali kamu mempunyai perasaan yang manis bahawa kamu berada dalam hadirat Tuan dan Tuan huni dalam kamu dengan sepenuhnya, kamu juga akan mempunyai perasaan bahawa kamu mengasihi semua percayawan. Menurut kesedaran kamu pada masa itu, kamu tidak ada masalah dengan mana-mana percayawan, dan kamu sedia memaafkan kesilapan setiap dikbang atau dikkak. Apakah ini? Ini adalah keinginan untuk bersatu dengan percayawan demi pembinaan Tuhan. Inilah cara Tuan melakukan kerja pembinaan yang divin dalam kalangan kita. Hal ini bukan soal organisasi, peraturan, atau ajaran luaran. Hal ini sama sekali soal mengasihi Tuan, mengalami manifestasi-Nya, dan mengalami Dia tinggal dalam kita. 


Mesej 35: Pendispenan Tuhan Tritunggal Demi Menghasilkan Tempat Tinggal-Nya (3)
Mesej 37: Organisma Tuhan Tritunggal Dalam Pendispenan Divin (1)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)