Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 36: Dibebaskan Daripada Maut (2)
Mesej 35: Dibebaskan Daripada Maut (1)
Mesej 37: Hukum Dalam Roma Tujuh Dan Lapan
Mesej 36: Dibebaskan Daripada Maut (2)
2021-07-13 | 0 Komen
A- A+ Simpan

DIBEBASKAN DARIPADA MAUT (2)

Ayat-ayat Bible: Roma 5-8

Kajian-hayat: Mesej 36

Bacaan Bible: 

Roma 8:2 Kerana hukum Roh hayat telah membebaskan aku dalam Kristus Yesus daripada hukum dosa dan maut.    

Roma 8:10 Sebaliknya, jika Kristus berada dalam kamu, meskipun tubuh adalah mati akibat dosa, tetapi roh ialah hayat kerana keadilbenaran. 

Petikan Bacaan: 

            Pembaca sekalian, kita akan terus melihat tentang perkara dibebaskan daripada maut dalam bacaan hari ini. 


TUBUH KEPUNYAAN MAUT INI

Dalam Roma 7, masalahnya bukan neraka atau Iblis itu; masalahnya ialah "tubuh kepunyaan maut ini”. Kita mempunyai satu tubuh yang dalamnya ada satu benda yang mengerikan yang dipanggil "maut ini”. Untuk wujud, kita memerlukan tubuh. Namun tubuh kita bukan lagi tubuh yang murni, tetapi tubuh yang menakutkan, tubuh kepunyaan maut ini. Setiap kali kita memutuskan untuk berbuat baik demi diperkenan Tuhan, sesuatu dalam tubuh ini bangkit untuk membunuh kita.

HUKUM DOSA DAN MAUT

Dosa dan maut merupakan dua butiran, tetapi kedua-duanya hanya mempunyai satu hukum. Hukum dosa ialah hukum maut, dan hukum maut ialah hukum dosa. Inilah sebabnya 8:2 berbicara tentang hukum dosa dan maut. Dosa bekerja untuk membawa masuk maut, dan maut bekerja mengikuti dosa. Kedua-duanya sentiasa seiring. Setiap dosa, bahkan sedikit kelemahan, membawa masuk maut.

ROH ITU BERUMAH DALAM KITA

Roma 8:9 berkata, "Tetapi kamu bukan dalam tubuh daging, sebaliknya dalam roh, jika sesungguhnya Roh Tuhan huni dalam kamu." Seperti yang telah kita tunjukkan, perkataan Yunani yang diterjemahkan sebagai "huni” bukan perkataan biasa untuk "tinggal”. Perkataan Yunani di sini mempunyai kata akar yang sama dengan perkataan rumah. Fikiran yang dinyatakan oleh perkataan ini bukan duduk di satu tempat buat suatu jangka masa tertentu, tetapi berumah di satu tempat, menetap di situ. Jika Roh itu berumah dalam kamu, kamu tidak lagi dalam tubuh daging, tetapi berada dalam roh.

TUBUH KITA ADALAH MATI, TETAPI ROH KITA IALAH HAYAT

Namun bagaimana pula dengan tubuh dan minda kita? Tubuh dan minda kita mungkin masih mati. Banyak orang yang mempunyai minda yang mati disebabkan mereka tidak membenarkan Kristus yang menghuni secara dalaman dalam roh mereka menyebar ke dalam minda mereka. Ketika saya membaca surat khabar, saya amat berhati-hati dengan membaca berita tentang hal ehwal antarabangsa sahaja. Jika saya membaca berita lain, saya meletakkan minda pada tubuh daging, dan minda saya mati dengan serta-merta. Kita perlu membenarkan Kristus yang menghuni secara dalaman menyebar dari roh kita ke dalam minda kita. Jika kita membenarkan Dia menyebar dengan cara ini, akhirnya hayat akan disalurkan bahkan ke dalam tubuh kita yang akan mati. Dengan demikian, roh dan minda akan menjadi hayat, dan tubuh juga akan dihidupkan. Roma 8:11 menunjukkan butir ini: "Dan jika Roh kepada Dia yang membangkitkan Yesus daripada yang mati huni dalam kamu, maka Dia yang membangkitkan Kristus daripada yang mati juga akan memberi hayat kepada tubuhmu yang akan mati menerusi Roh-Nya yang menghuni kamu secara dalaman."

KESAN MAUT

Kita perlu membenarkan Kristus yang huni secara dalaman menyebar dari roh kita ke semua bahagian dalaman diri kita. Kita harus berdoa, "Tuan Yesus, aku akan membenarkan Engkau menyebar dalamku. Aku mahu Engkau mempunyai jalan yang bebas dalamku.” Sekiranya kamu berbuat demikian, minda kamu akan menjadi waras dan ingatan kamu akan menjadi tajam. Secara spontan, mudah bagi kamu mengingat ayat-ayat dalam Bible.

Maut bekerja dengan menghala ke dalam, dari tubuh kita ke roh kita, tetapi hayat bekerja dengan menghala ke luar, dari roh kita ke tubuh kita. Haluan kerja maut adalah dari lilitan ke pusat, manakala haluan kerja hayat adalah dari pusat ke lilitan. Oleh itu, maut dan hayat bekerja dalam haluan yang bertentangan. Sementara maut bekerja dari lilitan ke pusat, maut mematikan minda dan roh kita.

MEMENTINGKAN HAYAT DALAM ROH

Dalam kejadian 2 ada dua pohon, pohon hayat dan pohon pengetahuan baik dan jahat. Baik dan jahat juga perkara betul atau salah. Ya atau tidak, betul atau salah, baik atau jahat, semuanya datang daripada sumber pohon pengetahuan. Kita perlu melupakan konsep betul atau salah dan tinggal dalam roh kita. Inilah jalan untuk dibebaskan daripada maut. Jalan untuk dibebaskan daripada maut bukan soal melakukan perkara tertentu, tetapi tinggal dalam roh. Jika kita tinggal dalam roh, kita akan bergerak-hidup dan berperilaku menurut roh. Seluruh diri kita akan menurut roh, dan kita akan berfikir, menyatakan diri kita, dan melakukan setiap perkara dalam roh. Dengan demikian, tidak akan ada maut. Inilah jalan untuk dibebaskan daripada maut dan jayeng atas musuh terakhir. 


Soalan Kajian: 

Sila berkongsi dengan teman rohani anda tentang jalan untuk dibebaskan daripada maut. Kongsikan juga pengalaman subjektif anda.


Mesej 35: Dibebaskan Daripada Maut (1)
Mesej 37: Hukum Dalam Roma Tujuh Dan Lapan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)