Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 35: Pendispenan Tuhan Tritunggal Demi Menghasilkan Tempat Tinggal-Nya (3)
Mesej 34: Pendispenan Tuhan Tritunggal Untuk Menghasilkan Tempat Tinggal-Nya (2)
Mesej 36: Pendispenan Tuhan Tritunggal untul Penghasilan Tempat Tinggal-Nya (4)
Mesej 35: Pendispenan Tuhan Tritunggal Demi Menghasilkan Tempat Tinggal-Nya (3)
2022-04-22 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PENDISPENAN TUHAN TRITUNGGAL DEMI MENGHASILKAN TEMPAT TINGGAL-NYA (3)

Bacaan Bible: Yohanes 14:7-20

Kajian Hayat: Mesej 31

Petikan Bacaan: 

Dalam enam ayat yang pertama dalam Yohanes 14, Tuan mewahikan bahawa Dia akan pergi menerusi kematian dan datang semula dalam kebangkitan untuk membawa disipal-disipal ke dalam Bapa; bahawa Dia ialah jalan dan Bapa ialah destinasi; dan bahawa di mana Dia berada, disipal-disipal juga akan berada. Dalam empat belas ayat yang seterusnya Tuan selanjutnya mewahikan perincian berkenaan bagaimana Dia dapat masuk ke dalam disipal-disipal dan membawa mereka kepada Bapa. 

Bapa Berjasad dalam Anak Dilihat dalam Kalangan Percayawan 

Apabila Tuan mengatakan bahawa Dialah jalan dan Dia akan pergi membawa percayawan ke dalam Bapa, Filipus berkata kepada-Nya, “Tuan, tunjukkanlah Bapa kepada kami, dan ini sudah memadai bagi kami” (ay. 8). Tuan menjawab, “Sudah sekian lama Aku bersamamu, dan kamu masih tidak mengenali Aku, Filipus? Dia yang telah melihat Aku, telah melihat Bapa; bagaimana pula kamu berkata, Tunjukkan Bapa kepada kami? Tidakkah kamu percaya bahawa Aku berada dalam Bapa dan Bapa berada dalam Aku?” (ay. 9-10). 

Malah sampai saat ini, kata-kata Tuan di sini tetap merupakan satu misteri. Apakah maksudnya kata-kata ini? Dari satu segi, maksudnya ialah Bapa dan Anak adalah satu; dari segi yang lain, Mereka masih adalah dua. Bapa berada dalam Anak. Jika kamu melihat Anak, maka kamu pasti melihat Bapa. Akan tetapi, dari segi yang lain, Mereka masih adalah dua.” Inilah misteri Tuhan Tritunggal. Kita tidak dapat menerangkan Tuhan Tritunggal dengan secukupnya, tetapi hakikatnya ialah Tuhan adalah tritunggal. Jika kamu melihat Anak, kamu melihat Bapa kerana Bapa berjasad dalam Anak untuk dilihat dalam kalangan percayawan. 

Anak Direalisasikan sebagai Roh yang Tinggal dalam Percayawan 

Kita telah melihat bahawa Bapa berjasad dalam Anak dan diekspresikan dalam Anak dalam kalangan percayawan. Sekarang kita harus melihat bahawa Anak direalisasikan sebagai Roh itu lalu masuk ke dalam percayawan dan tinggal dalam mereka.

Pelipur yang Lain 

Mula-mulanya, Roh itu ialah “Pelipur yang lain”. Perkataan Yunani untuk Pelipur, iaitu paracletos bermakna seorang di sisi kita yang mengendalikan kes kita, hal ehwal kita, dan segala keperluan kita. Perkataan Yunani untuk Pelipur sama dengan perkataan Yunani untuk Peguambela dalam 1 Yohanes 2:1. Roh Kudus, iaitu realiti Yesus dan realisasi Tuan, merupakan Seorang yang berada di sisi kita sambil melayan kita dan mengurus semua keperluan kita. 

Roh Realiti 

Roh ini, Pelipur ini, ialah Roh realiti (ay. 17). Segala apanya Bapa dalam Anak dan segala apanya Anak direalisasikan dalam Roh itu. Roh itu ialah realisasi bagi segala apanya Tuhan Bapa dan Tuhan Anak. Tuhan Bapa ialah cahaya, dan Tuhan Anak ialah hayat. Realiti bagi hayat dan cahaya ini ialah Roh itu.  Realiti bagi semua atribut divin bagi Tuhan Bapa dan Tuhan Anak ialah Roh itu. 

Anak dalam Bapa, , Percayawan dalam Anak, dan Anak dalam Percayawan 

Dalam ayat 20, Tuan berkata, “Pada hari itu, kamu akan tahu bahawa Aku berada dalam Bapa-Ku, kamu dalam Aku, dan Aku dalam kamu.” Hari yang disebut dalam ayat ini ialah hari kebangkitan. Pada hari kebangkitan disipal-disipal akan tahu bahawa Tuan berada dalam Bapa, disipal-disipal dalam-Nya, dan Dia dalam mereka. Kita perlu melihat bahawa ayat 17 mengatakan Roh itu akan berada dalam kita, dan ayat 20 pula mengatakan bahawa Anak akan berada dalam kita. Kita bukan mempunyai dua dalam kita. Kita hanya ada satu, iaitu Dia yang ajaib, yang merupakan Anak dan juga Roh itu. Oleh itu, seperti yang telah kita lihat, Paulus berkata, “Dan Tuan ialah Roh itu.” Selagi Roh itu ada dalam kita, maka Anak ada dalam kita, dan selagi Anak ada dalam kita, maka Roh itu ada dalam kita. Sekarang kita dapat melihat bahawa Dia telah membawa diri-Nya ke dalam kita.

Kesimpulan

Semoga semua jelas berkenaan wahi bab ini. Kita tidak harus menyangka bahawa bab ini berbicara tentang Tuan pergi ke syurga untuk membina satu mahligai syurgawi dan perkembalian-Nya pula adalah untuk membawa kita naik ke mahligai tersebut. Ini sama sekali pemahaman yang menurut konsep alamiah manusia. Kita harus membuang konsep ini. Tuhan tidak mempunyai dua pembinaan — mahligai di syurga dan gereja di bumi. Tidak, Dia hanya mempunyai satu pembinaan —pembinaan-Nya dalam kalangan orang yang ditebus dan dengan orang yang ditebus, iaitu tempat huni-Nya yang hidup. Pada masa dahulu, pembinaan Tuhan ada bersama dengan orang Israel, hari ini pembinaan Tuhan ada bersama gereja, dan akhirnya pembinaan Tuhan akan berkonsumat dalam Yerusalem Baru. Inilah pembinaan Tuhan.

Cara Tuhan menyempurnakan pembinaan ini ialah mendispenkan diri-Nya ke dalam kita semua, dan cara Tuhan mendispenkan diri-Nya ke dalam kita ialah melalui Dia sebagai Bapa, Anak, dan Roh itu. Tuhan Bapa ialah sumber, asal, substan, dan elemen. Tuhan Anak ialah ekspresi, manifestasi, dan jalan Tuhan menyentuh manusia dan bagi manusia menyentuh Tuhan. Akhirnya, Tuhan Roh ialah realiti bagi segala apanya Tuhan Bapa dan Tuhan Anak. Segala apanya Tuhan Bapa dan Tuhan Anak direalisasikan dengan sepenuhnya dalam Tuhan Roh. Bapa dalam Anak dan Anak sebagai Roh itu sampai kepada roh kita, mula-mulanya Dia masuk ke dalam roh kita untuk menjadi hayat kita, kemudian menjadi bekalan hayat kita, dan akhirnya menjadi segala-galanya bagi kita.

Mula-mula sekali, Tuhan Tritunggal ini mendispenkan diri-Nya ke dalam roh kita. Selepas itu, Dia terus-menerus menyebarkan diri-Nya dari dalam roh kita ke seluruh diri kita. Dia ingin menyebar dari roh kita hingga mencapai seluruh diri kita. Dia ingin menyebar dari roh kita ke sukma kita, malah ke dalam tubuh kita (Roma 8:11), sehingga seluruh diri kita ditepui dan. dimiliki sepenuhnya oleh Dia. Penepuan ini merupakan pembinaan kediaman abadi-Nya yang sebenar. Semakin kita membenarkan Dia menepui dan memiliki kita, semakin Dia akan menyempurnakan pembinaan-Nya dalam, menerusi, dan dalam kalangan kita. Akhirnya, pada zaman ini Dia akan memperoleh gereja-gereja lokal di lokaliti yang berlainan untuk mengekspresikan pembinaan ini. Kesudahannya, apabila kita semua berada di langit baru dan bumi baru, Tuhan akan memperoleh Yerusalem Baru sebagai tempat huni-Nya yang abadi untuk mengekspresikan kemuliaan-Nya hingga selama-lamanya. 

Mesej 34: Pendispenan Tuhan Tritunggal Untuk Menghasilkan Tempat Tinggal-Nya (2)
Mesej 36: Pendispenan Tuhan Tritunggal untul Penghasilan Tempat Tinggal-Nya (4)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)