Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 35: Dibebaskan Daripada Maut (1)
Mesej 34: Dibebaskan Daripada Dosa, Hukum, dan Tubuh Daging
Mesej 36: Dibebaskan Daripada Maut (2)
Mesej 35: Dibebaskan Daripada Maut (1)
2021-07-09 | 0 Komen
A- A+ Simpan

DIBEBASKAN DARIPADA MAUT (1)

Ayat-ayat Bible: Roma 5-8

Kajian-hayat: Mesej 35

Bacaan Bible: 

Roma 8:2 Kerana hukum Roh hayat telah membebaskan aku dalam Kristus Yesus daripada hukum dosa dan maut.    

Roma 8:10 Sebaliknya, jika Kristus berada dalam kamu, meskipun tubuh adalah mati akibat dosa, tetapi roh ialah hayat kerana keadilbenaran. 

Petikan Bacaan: 

            Pembaca sekalian, kita akan mula melihat tentang perkara dibebaskan daripada maut dalam bacaan hari ini. 

DOSA MASUK KE DALAM DIRI KITA 

        Disebabkan kejatuhan Adam, dosa disuntikkan ke dalam diri kita. Ketika manusia jatuh, dia bukan sekadar membuat kesilapan dan melakukan sesuatu yang salah. Jika manusia hanya sekadar membuat kesilapan, kejatuhannya tidaklah begitu serius. Akan tetapi, dalam kejatuhan, sesuatu yang lebih serius daripada kesilapan telah berlaku: Dosa disuntikkan ke dalam diri manusia. 

AKIBAT DOSA

          Dosa membawa masuk tubuh daging dan hukum. Oleh itu, kita mempunyai masalah dosa, tubuh daging, dan hukum. Namun kita masih mempunyai satu lagi masalah, iaitu kesudahan muktamad dosa – maut. Dengan itu, dosa mengakibatkan tiga perkara: hukum, tubuh daging, dan maut. 

DIBEBASKAN DARIPADA DOSA, HUKUM, DAN TUBUH DAGING 

           Seperti yang telah kita tunjukkan dalam mesej sebelum ini, dalam Roma 6, kita dibebaskan daripada dosa, dalam Roma 7, kita dibebaskan daripada hukum, dan dalam Roma 8, kita dibebaskan daripada tubuh daging. Kita dibebaskan daripada dosa kerana manusia lama kita telah disalibkan. Kematian manusia lama telah menyebabkan tubuh dosa menganggur, dimansuhkan. Disebabkan tubuh dosa tidak mempunyai pekerjaan, maka kita tidak perlu lagi melayan dosa sebagai abdi. Begitu juga, kita telah dibebaskan daripada hukum kerana suami lama telah mati dan upacara pengebumian telah diadakan. Pada waktu pengebumian ini, kita dikahwinkan kepada suami baru. Dengan kehilangan suami lama dan mengahwini suami baru, kita dibebaskan daripada hukum. Seperti yang diwahikan Roma 8, kita dibebaskan daripada tubuh daging dengan bergerak-hidup menurut roh. Kita dibebaskan daripada dosa melalui manusia lama kita disalibkan dan tubuh dosa kita dimansuhkan; kita dibebaskan daripada hukum dengan mengebumikan suami lama kita dan mengahwini orang lain; dan kita dibebaskan daripada tubuh daging dengan bergerak-hidup menurut roh. 

PENGERJAAN MAUT 

    Akan tetapi, sekarang kita perlu berdepan dengan satu lagi masalah: Bagaimana kita dapat dibebaskan daripada maut. Setiap orang berada di bawah pemerajaan maut dan di bawah pengerjaannya. Dalam Roma 7, Paulus juga menggunakan kedahukan sebagai gambaran. Betapa sukarnya kita mengawal kedahukan! Semakin kita cuba tidak mendahuk, semakin dahuknya kita. Oleh itu, dia berseru, “Aku manusia yang sengsara! Siapakah yang akan menyelamatkan aku daripada tubuh kepunyaan maut ini?” (7:24). 

HAYAT UNTUK TUBUH KITA YANG AKAN MATI 

    Cara untuk dibebaskan daripada maut ini terdapat dalam 8:2. Caranya ialah melalui Roh hayat. Kita perlu berpaling kepada roh kita dan bergerak-hidup menurut roh kita. Apa yang perlu kita lakukan sebenarnya amat mudah: Berpalinglah kepada roh, tinggal dalam roh, dan bertindak, berperilaku, serta bergerak-hidup menurut roh. 

KRISTUS BERUMAH DALAM KITA 

        Semakin kita mengalami bab ini, bab ini seolah-olah menjadi semakin dalam. Misalnya, kita tidak dapat habis memerikan pengalaman dalam ayat 11: “Dan jika Roh kepada Dia yang membangkitkan Kristus daripada yang mati huni dalam kamu, maka Dia yang membangkitkan Yesus daripada yang mati juga akan memberi hayat kepada tubuhmu yang akan mati menerusi Roh-Nya yang menghuni kamu secara dalaman.” Kita perlu meletakkan ayat ini bersama dengan ayat sebelumnya, yang berkata, “Jika Kristus berada dalam kamu, meskipun tubuh adalah mati akibat dosa, tetapi roh ialah hayat kerana keadilbenaran.” Oleh sebab Kristus berada dalam kita, maka roh kita ialah hayat, meskipun tubuh kita adalah mati akibat dosa. Ayat 11 mengatakan bahawa Kristus ini, iaitu Roh itu, haruslah bukan sahaja berada dalam kita, malah menghuni kita secara dalaman. Kristus berada dalam kita ialah satu perkara, sedangkan Kristus menghuni kita secara dalaman ialah perkara yang lain. Dalam ayat 10, terdapat perkataan “dalam”; akan tetapi, ayat 11 bukan sekadar soal “dalam,” tetapi soal menghuni secara dalaman. Adakah Kristus sekadar berada dalam kamu, atau Dia menghuni kamu secara dalaman? Kita memerlukan penghunian Kristus secara dalaman. Jika kamu membenarkan Kristus huni dalam kamu, maka Kristus yang menghuni secara dalaman, yakni Roh yang menghuni secara dalaman, akan menyalurkan hayat dari roh kamu ke dalam tubuh kamu yang akan mati. 

Soalan Kajian: 

Sila berkongsi dengan teman rohani anda tentang jalan untuk dibebaskan daripada dosa, hukum, tubuh daging, dan maut. Kongsikan juga pengalaman subjektif anda.


Mesej 34: Dibebaskan Daripada Dosa, Hukum, dan Tubuh Daging
Mesej 36: Dibebaskan Daripada Maut (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)