Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 32: Pembasuhan Yang Dilakukan Hayat dalam Kasih untuk Mengekalkan Persekutuan (2)
Mesej 31: Pembasuhan yang Dilakukan Hayat dalam Kasih untuk Mengekalkan Persekutuan (1)
Mesej 33: Pendispenan Tuhan Tritunggal Untuk Menghasilkan Tempat Tinggal-Nya (1)
Mesej 32: Pembasuhan Yang Dilakukan Hayat dalam Kasih untuk Mengekalkan Persekutuan (2)
2022-04-12 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PEMBASUHAN YANG DILAKUKAN HAYAT DALAM KASIH UNTUK MENGEKALKAN PERSEKUTUAN (2)

Ayat-ayat Bible: Yoh. 13:12-38

Kajian-hayat: Mesej 28

Petikan Bacaan:    

PEMBASUHAN ANTARA SATU SAMA LAIN DALAM KALANGAN PERCAYAWAN 

Kita telah melihat pembasuhan kaki oleh Tuan sendiri. Sekarang saya ingin berkongsi sesuatu tentang pembasuhan kaki oleh percayawan antara satu sama lain (ay. 12-17). 

Mengikut Teladan Tuan

Semasa Tuan membasuh kaki disipal-disipal, Dia menanggalkan baju luar-Nya. Kita telah melihat bahawa baju luar di sini melambangkan virtu dan atribut Tuan dalam ekspresi-Nya, manakala menanggalkan baju luar menandakan bahawa Dia menanggalkan apanya Dia dalam ekspresi-Nya. Jika Tuan mengekalkan ekspresi virtu dan atribut-Nya, maka Dia tidak akan dapat membasuh kaki disipal-disipal. Begitu juga, setiap kali kamu ingin membasuh kaki orang lain, kamu perlu mengetepikan pencapaian, virtu, dan atribut kamu. Inilah kerendahan hati yang sebenar, perbuatan merendahkan diri kamu yang sejati. Kita perlu merendahkan diri kita ke tahap yang sedemikian supaya kita dapat membasuh kaki orang lain. 

Menanggalkan baju luar kita dan merendahkan diri kita untuk membasuh kaki orang lain bukanlah satu hal yang mudah. Setiap kali kita berasa bahawa seseorang telah menyinggung perasaan kita, kita selalu menganggap diri kita lebih tinggi daripada orang itu dan berfikiran bahawa dia lebih rendah, dia terhutang budi kepada kita, dan kita berhak membuat tuntutan ke atasnya. Di sinilah masalahnya. Kamu perlu menanggalkan baju luar kamu, merendahkan standard kamu, dan turun dari takhta kamu. Dalam erti kata yang tertentu, menanggalkan baju luar kamu bermaksud turun dari takhta kamu sendiri. Jangan duduk di atas takhta dan menghukum dikbang kamu dengan berkata, “Kamu telah menyinggung saya, kamu telah menyinggung saya.” Selagi kamu mempunyai sikap ini, ekor musang akan kelihatan. Akhirnya, kamu akan memarahi dikbang yang menyinggung kamu itu, dan akibatnya ialah pertengkaran kerana dia akan menafikan hakikat bahawa dia telah melakukan apa-apa yang menyinggung kamu. Dengan serta-merta seluruh situasi itu menjadi berdosa. 

Dalam kehidupan keluarga, orang yang paling banyak bekerja ialah orang yang paling kotor. Keadaannya sama dalam kehidupan gereja. Semakin banyak tanggungjawab yang kamu pikul, semakin banyak kotoran yang kamu dapat kerana kamu harus berhubung dengan lebih banyak orang. Semakin kamu berhubung dengan orang, semakin kamu menjadi kotor. Cara yang terbaik untuk memelihara diri kamu bersih ialah tidak berhubung sama sekali dengan sesiapa pun. Sesetengah daripada kamu mungkin berharap menjadi pemimpin dalam kehidupan gereja. Berbicara dari perspektif manusia, sekiranya kamu pintar, kamu pasti tidak mahu terlibat dalam pucuk pimpinan kerana itu kerja yang sangat sukar dan membuat kamu kotor dengan mudah. Orang akan terus-menerus datang kepada kamu. Saya dapat mengatakan dengan pasti bahawa tidak ada seorang yang datang kepada kamu itu bersih. Orang yang bersih tidak akan datang kerana mereka tidak ada masalah. Sesiapa yang datang kepada kamu adalah orang yang bermasalah. 

Inilah sebabnya sebuah gereja lokal mungkin sangat gembira pada permulaan, tetapi selepas suatu tempoh masa sesetengah orang mungkin menjadi kotor. Meskipun mereka masih datang ke perhimpunan, mereka tidak datang dengan gembira, dengan roh yang senang. 

Semasa membasuh kaki antara satu sama lain, kita tidak perlu berkata, “Dikbang, saya mengasihi kamu. Saya hendak membasuh kaki kamu.” Pembasuhan kaki memerlukan jumlah hayat yang banyak. Kita memerlukan hayat supaya kita dapat membasuh kaki orang lain. Dalam hal pembasuhan kaki, kita memerlukan banyak hayat untuk diministerkan kepada orang lain. Hal ini agak susah. Sila ingat, pembasuhan kaki dilakukan dengan air, bukan dengan darah. Kita memerlukan air yang banyak. Air ialah Roh itu, Sabda yang hidup, dan hayat dalaman. Kita perlu penuh dengan air hayat. Jika kita seorang yang penuh dengan air hayat, kita akan membasuh kaki orang lain dengan hanya bersama dengan mereka, tanpa mempunyai apa-apa tujuan hendak membasuh kaki mereka. Semasa kita ada bersama dengan orang lain, air akan mengalir, malah mengalir tanpa disedari. Ketika kita ada bersama dengan seorang pekudus yang lain, air akan terus-menerus mengalirinya, dan kakinya akan dibasuh. Kotoran dan bau yang tidak menyenangkan antara kita akan hilang. Kita akan dibawa ke dalam persekutuan yang mesra. Betapa kita memerlukan ini!

Sekali lagi saya mengatakan bahawa setiap kali kita datang bersama-sama, kita perlu menanggalkan baju luar kita. Jangan pegang pada standard kamu, kedudukan kamu. Jangan anggap dirimu berada pada tahap yang lebih tinggi daripada orang lain. Anggapan ini harus diketepikan. Kamu harus melatihgunakan air hidup dan mengalirkan air hidup, dengan itu kaki orang lain akan dibasuh. 

Setiap perkara dalam Injil ini merupakan suatu perkara hayat, dan kita harus mengamalkan hayat sehinggakan dalam kalangan kita ada banyak air hayat untuk membasuh kaki satu sama lain. Sesetengah pekudus penuh dengan air hidup. Apabila kamu duduk bersama-sama mereka selama setengah jam, kaki kamu akan dibasuh. Mereka mungkin tidak bercakap dengan kamu tentang kaki kamu yang kotor atau menyentuh hal pembasuhan kaki, tetapi jika kamu berada dalam hadirat mereka selama setengah jam, kaki kamu akan dibasuh. Selepas setengah jam tersebut, kamu akan menjadi sangat rapat dengan Tuan. Persekutuan kamu dengan-Nya akan menjadi intim dan mesra. Begitu juga, persekutuan kamu dengan orang lain akan menjadi manis. Dalam kalangan kita, perlu ada banyak orang yang penuh dengan air hayat, yang dapat membasuh kaki orang lain. 

Dengan Mengasihi Satu Sama Lain

Jika kita ingin memelihara kehidupan gereja supaya segar, baru, menyenangkan, dan hidup, maka kita memerlukan pembasuhan kaki ini secara berterusan. Setiap gereja lokal memerlukan ini. Selama ini Tuan amat mengurniai gereja-gereja di Pantai Barat Amerika Syarikat. Walaupun kita tidak menggunakan istilah pembasuhan kaki, tetapi Tuan terus-menerus memelihara kehidupan gereja di sini supaya segar dan baru melalui pembasuhan kaki dengan menggunakan air hayat yang hidup. Kita tidak berbicara tentang hal ini dan kita tidak menggunakan istilah ini, tetapi memang ada realiti pembasuhan kaki yang berterusan dalam air hayat. Oleh yang demikian, atas kurnia-Nya kita boleh bermegah bahawa gereja-gereja di sini sentiasa baru, sentiasa segar, dan sentiasa hidup. Dalam hal persekutuan, tiada halangan dalam kalangan pekudus. Setiap gereja perlu berdoa untuk hal ini. Dengan itu, gereja akan dipelihara dalam kebaruan dan kesegaran. 


Mesej 31: Pembasuhan yang Dilakukan Hayat dalam Kasih untuk Mengekalkan Persekutuan (1)
Mesej 33: Pendispenan Tuhan Tritunggal Untuk Menghasilkan Tempat Tinggal-Nya (1)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)