Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 31: Pembasuhan yang Dilakukan Hayat dalam Kasih untuk Mengekalkan Persekutuan (1)
Mesej 30: Hasil dan Pelipatgandaan Hayat
Mesej 32: Pembasuhan Yang Dilakukan Hayat dalam Kasih untuk Mengekalkan Persekutuan (2)
Mesej 31: Pembasuhan yang Dilakukan Hayat dalam Kasih untuk Mengekalkan Persekutuan (1)
2022-04-08 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PEMBASUHAN YANG DILAKUKAN HAYAT DALAM KASIH UNTUK MENGEKALKAN PERSEKUTUAN (1)

Bacaan Bible: Yohanes 13:1-13

Kajian Hayat: Mesej 27

Petikan Bacaan: 

Dalam mesej ini, kita melihat Yohanes 13, iaitu satu bab yang sangat menarik dan penuh bermakna tentang Tuan membasuh kaki disipal-disipal. Apakah makna yang lebih dalam dan rohani bagi hal ini? 

Membasuh Kekotoran yang Disebabkan Perhubungan dengan Hal-hal Bumiah

Walaupun kita mempunyai hayat divin dan telah menjadi gereja, namun kita masih lagi hidup dalam tubuh daging yang jatuh di bumi. Disebabkan kita berhubung dengan hal-hal bumiah, maka kita sering menjadi kotor. Hal ini tidak dapat dielakkan kerana kita tidak dapat mengelak daripada tidak berhubung dengan hal-hal bumiah. 

Untuk Mengekalkan Persekutuan dengan Tuan dan dengan Satu Sama Lain 

Tahukah kamu bilakah orang Yahudi membasuh kaki mereka? Mereka membasuh kaki terutama sekali apabila mereka datang ke perjamuan. Perjamuan adalah pusat persekutuan. Pada zaman dahulu, orang Yahudi memakai sandal. Oleh sebab jalan mereka berhabuk, maka kaki mereka mudah menjadi kotor. Ketika menghadiri perjamuan, sekiranya mereka duduk di hadapan meja dengan melunjurkan kaki yang kotor, sudah tentu kekotoran dan bau kaki mereka akan mengganggu persekutuan. Justeru, mereka perlu membasuh kaki agar suasana perjamuan itu menyenangkan. 

Dalam bab tiga belas, Tuan mendirikan teladan dengan membasuh kaki disipal-disipal agar mereka mempunyai persekutuan yang menyenangkan, menikmati Tuan dan saling menikmati. Hari ini, kita juga memerlukan pembasuhan kaki sedemikian. Pembasuhan kaki tidak harus menjadi hal yang fizikal semata-mata. Lebih-lebih lagi, pembasuhan kaki harus menjadi hal yang rohani, yang berkait rapat dengan hayat rohani kita. Hari ini, dunia adalah kotor, dan kita sebagai pekudus mudah dicemari. Jika kita ingin mengekalkan persekutuan yang menyenangkan dengan Tuan dan dengan satu sama lain, kita memerlukan pembasuhan kaki secara rohani.

Berlainan daripada Pembasuhan Dosa dengan Darah 

Seperti yang telah kita tunjukkan, menjadi kotor tidak bermaksud bahawa kita berdosa. Sering kali, kamu bukan berdosa, tetapi kamu kotor. Bahkan ketika kamu sedang memandu ke dewan perhimpunan, mata kamu mungkin terlihat sesuatu yang men jadikan kamu kotor. Sebelum kamu masuk ke dalam kereta, roh kamu hidup dan berkobar-kobar. Akan tetapi, selepas memandu selama sepuluh minit, walaupun kamu tidak berniat untuk melihat apa-apa, namun hanya dengan melihat bendabenda tertentu dalam perjalanan ke dewan perhimpunan, kamu menjadi kotor dan roh kamu menjadi lemah. Kadangkala, dalam persekutuan pun, kita boleh menjadi kotor. 

Untuk hal-hal yang berdosa, kita memerlukan pembasuhan dengan darah, tetapi untuk hal-hal yang kotor dan tidak berdosa, kita memerlukan pembasuhan dari segi rohani. Kita memerlukan pembasuhan dengan Roh Kudus, Sabda hidup, dan hayat dalaman. 

Oleh sebab menjadi kotor amat dekat dengan berdosa, maka kedua-dua ini sukar dibezakan dan tidak mudah diberi contoh yang jelas. Mungkin suatu hari kamu berasa tidak gembira terhadap isteri kamu. Bagi seorang suami berasa tidak gembira dengan isterinya bukanlah sesuatu yang berdosa. Ketidakgembiraan yang sedikit itu akan menghalang persekutuan yang menyenangkan antara mereka. Sekiranya perkara ini berlaku, apakah yang harus kita lakukan? Mungkin kamu akan menerapkan darah dan berkata, “Tuan, aku berasa tidak gembira terhadap isteri aku kerana dia terlalu mengasihi aku. Aku menerapkan darah-Mu dalam situasi ini.” Namun, ini tidak berkesan. Kamu memerlukan pembasuhan yang berlainan, bukan pembasuhan dengan darah, sebaliknya pembasuhan dengan Roh Kudus, Sabda hidup, dan hayat dalaman. 

Siapakah yang dapat memberi kamu pembasuhan sebegini? Pertama, Tuan Yesus sendiri; kedua, seorang pekudus atau pekudus-pekudus yang penuh dengan hayat. Kamu perlu meluangkan masa dalam hadirat Tuan. Terus tinggal dalam hadirat-Nya, dan Dia akan datang kepada kamu dan membasuh kamu, bukan dengan darah, tetapi dengan Roh itu, Sabda hidup, dan hayat dalaman. Kadangkala, beberapa minit sahaja yang diperlukan untuk membasuh kotoran itu; pada masa yang lain, pembasuhan ini mungkin mengambil masa setengah hari. Bila-bila sahaja kamu memerlukan pembasuhan sedemikian, kamu hanya perlu membuka diri kamu kepada Tuan semasa meluangkan masa dalam hadirat-Nya, dan membenarkan hayat dalaman mengalir dalam kamu. Secara spontan, sesuatu yang hidup akan mengalir, menyirami, dan membasuh kamu, dan kamu akan menjadi bersih semula. Roh kamu akan dipertinggi, dan seluruh diri kamu akan berasa senang dalam hadirat Tuan. Inilah pembasuhan dengan air hidup dalam hadirat Tuan. 

Bukan Sekadar Fizikal, tetapi juga Rohani 

Sekarang kita memahami makna sebenar pembasuhan kaki. Pembasuhan kaki adalah untuk mengekalkan persekutuan dalam hayat. Ini bukan sekadar suatu perkara fizikal; sebaliknya, ini harus menjadi amalan rohani. Kita harus mengalegorikan tanda ini dan bukan sekadar memahaminya berdasarkan makna fizikal. Menurut makna rohani bagi tanda ini, kita perlu membenarkan Roh itu, Sabda hidup, dan hayat dalaman membasuh segala kotoran yang kita kumpul semasa masih hidup dalam tubuh daging dan bergerak hidup di bumi yang penuh dengan habuk ini.

Mesej 30: Hasil dan Pelipatgandaan Hayat
Mesej 32: Pembasuhan Yang Dilakukan Hayat dalam Kasih untuk Mengekalkan Persekutuan (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)