Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 30: Hasil dan Pelipatgandaan Hayat
Mesej 29: Hasil dan Pelipatgandaan Hayat (1)
Mesej 31: Pembasuhan yang Dilakukan Hayat dalam Kasih untuk Mengekalkan Persekutuan (1)
Mesej 30: Hasil dan Pelipatgandaan Hayat
2022-04-05 | 0 Komen
A- A+ Simpan
HASIL DAN PELIPATGANDAAN HAYAT

Ayat-ayat Bible: Yoh. 12:12-36

Kajian-hayat: Mesej 26

Bacaan Bible:
Yohanes 12:24 Sesungguh-sungguhnya Aku berkata kepada kamu, Melainkan biji gandum itu jatuh ke dalam tanah dan mati, gandum itu tetap satu biji, tetapi jika mati, gandum itu menghasilkan banyak buah. 

Petikan Bacaan:    
PELIPATGANDAAN HAYAT MENERUSI KEMATIAN DAN KEBANGKITAN

Masa Keemasan Yesus
Sampai di sini, menurut pandangan dunia, Yesus berada dalam masa keemasan-Nya. Membangkitkan Lazarus daripada yang mati merupakan satu mukjizat yang besar, yang mengejutkan semua orang. Disebabkan Tuan membangkitkan Lazarus daripada yang mati, sehimpunan besar orang Yahudi memandang tinggi terhadap-Nya dan menyambut-Nya dengan mesra (ay. 12-19). Mereka menyambut-Nya dengan berteriak, “Hosana! Terpujilah Dia yang datang dalam nama Tuan, bahkan Raja Israel!” Dari perspektif manusia, masa ini masa yang paling mulia bagi Tuan di bumi. 

 Seperti Sebiji Gandum Jatuh ke Dalam Tanah
Pada saat itu, ketika Tuan disambut dan dihormati orang Yahudi dan orang Yunani, apakah yang dikatakan-Nya? Dia memberitahu para pencari bahawa Dialah sebiji gandum. Apakah caranya bagi sebiji gandum berlipat ganda? Bukan dengan disambut atau dihormati, tetapi dengan jatuh ke dalam tanah dan mati. Hal ini sama sekali bertentangan dengan konsep manusia. 
Tuan Yesus tidak mengambil peluang keemasan ini sebagai sarana untuk memperoleh pertambahan-Nya. Jika Dia berbuat demikian, Dia telah melakukan satu kesilapan yang besar. Peluang keemasan bukanlah untuk memperoleh pertambahan sama sekali. Jika kamu membaca sejarah gereja, kamu akan melihat bahawa setiap kali gereja memperoleh pertambahan, itu bukan hasil daripada peluang keemasan tetapi hasil daripada penindasan. Gereja memperoleh pertambahan semasa ditindas, bukannya semasa disambut dengan mesra. Pada abad pertama dan kedua, penindasan daripada Empayar Rom tidak menghalang pertumbuhan gereja, sebaliknya membantu pertumbuhan gereja. Jadi, apakah yang merosakkan gereja? Sambutan daripada Empayar Rom. Apabila Empayar Rom mengubah penindasannya menjadi sambutan, kehidupan gereja mengalami kerosakan. Janganlah teruja atas sambutan orang. Sambutan orang selalunya merosakkan dan mengkorupkan kita. Puji Tuan kerana penindasan dan penentangan orang adalah peluang keemasan bagi pertambahan biji gandum ini, tidak ada cara lain kecuali membiarkan biji gandum ini jatuh ke dalam tanah dan mati. Inilah cara untuk memperoleh pelipatgandaan hayat. 
Walaupun terdapat banyak mubaligh yang baik pernah diutus oleh perbadanan misi yang utama ke China, seperti perbadanan misi yang ditubuhkan oleh Dikbang Hudson Taylor, tetapi sejarah membuktikan bahawa mereka tidak banyak membuahkan hasil untuk kehidupan gereja yang wajar. Antara mubaligh-mubaligh yang pergi ke China, terdapat seorang dikkak bernama Margaret E. Barber yang diutus oleh misi British. 
Dikkak Barber seorang yang mendalam dalam Tuan dan bersikap tegas. Dia selalu menegur orang muda. Dikbang Nee memberitahu saya bahawa kebanyakan daripada mereka tidak dapat menahan tegurannya. Akhirnya, tinggal dia seorang sahaja yang terus pergi kepadanya, dengan mempersembahkan dirinya sebagai korban kepada Dikkak Barber untuk ditegurnya. Dia sengaja berbuat demikian. Pada tahun 1929, Dikkak Barber meninggal dunia. Dikkak Barber merupakan sebiji benih yang disemai, manakala Dikbang Nee sebiji gandum yang bertumbuh daripada benih itu. Dikbang Nee, sebagai biji benih yang bertumbuh daripada Dikkak Barber, telah menjadi satu wadah yang besar untuk memulihkan kehidupan gereja yang wajar. Inilah caranya untuk menghasilkan gereja dan memperoleh pertambahan gereja dalam hayat. Hal ini sama sekali bukan berkenaan peluang keemasan. 
Dikbang Nee selalu memberitahu kami bahawa kerja itu bukan berkenaan usaha aktiviti luaran, tetapi berkenaan pengaliran keluar hayat dalaman. Kerja yang diperlukan Tuan ialah pengaliran keluar hayat dalaman. Dalam latihan Dikbang Nee pada 1940, bilangan pelatih tidak melebihi lapan puluh orang. Namun, Dikbang Nee berasa puas dengan bilangan yang kecil ini. Setiap kali dia mengadakan persidangan, bilangan yang paling banyak tidak melebihi tiga ratus lima puluh orang. Dia selalu menekankan bahawa kerja merupakan pengaliran keluar hayat dalaman, bukannya usaha aktiviti luaran. Hari ini, kita nampak hasil daripada ministri Dikbang Nee, iaitu banyak gereja dihasilkan dalam pemulihan Tuan di seluruh dunia. 

Menghakimi Dunia dan Mengusir Keluar Pemerintahnya, Syaitan
    Dalam injil Yohanes, dia menggunakan lambang yang berbeza untuk menggambarkan pelbagai aspek kematian Tuan. Ayat 1:29 berkata, “Lihatlah, Anak Domba Tuhan yang menghapuskan dosa dunia!” Dalam 3:14, Tuan Yesus mengatakan bahawa Dia harus ditinggikan di atas salib sebagaimana ular tembaga ditinggikan di atas tiang oleh Musa. Sekarang dalam bab dua belas, Tuan mengatakan bahawa Dialah biji gandum. Di sini, kita nampak tiga lambang: Anak Domba Tuhan, ular, dan biji gandum. Ketika Dia dipakukan pada salib, Dia merupakan Anak Domba Tuhan yang memikul dosa-dosa kita dan menumpahkan darah-Nya untuk menebus kita. Ini adalah aspek pertama; setiap orang Kristian yang sejati mengetahui aspek ini. Walau bagaimanapun, tidak banyak orang Kristian mengetahui aspek kedua bagi kematian Tuan, iaitu Tuan Yesus dipakukan dalam bentuk ular di atas salib untuk menghapuskan ular kuno dan sifat ular dalam kita. Ini adalah aspek penghapusan Syaitan. Aspek ketiga bagi kematian Tuan ialah apek pembebasan hayat. Hayat divin berada dalam seorang manusia yang kecil, iaitu Yesus, sebagaimana hayat terkurung di dalam satu biji gandum. Oleh sebab hayat tersembunyi di dalam biji, maka cangkerang perlu dipecahkan agar hayat di dalam dapat dibebaskan.
    Oleh yang demikian, ketika Kristus berada di atas salib, Dia ialah Anak Domba, Dia dalam bentuk ular, dan Dia juga biji gandum. Melalui satu kematian, Dia menyempurnakan tiga aspek tujuan: menghapuskan dosa-dosa kita, menghapuskan Syaitan, dan membebaskan hayat divin dari dalam-Nya untuk menghasilkan banyak biji. Haleluya! Melalui kematian-Nya, dosa-dosa kita telah dihapuskan. Melalui kematian-Nya, sifat ular kita telah ditanggulangi. Melalui kematian-Nya, hayat divin telah dibebaskan kepada kita. Kita tidak lagi berdosa dan bersifat ular. Hayat divin telah disalurkan ke dalam kita, dan kini kita merupakan banyak biji yang dihasilkan daripada satu biji itu. Banyak biji ini adalah baik untuk dijadikan satu roti, iaitu Tubuh Kristus (1 Kor. 10:17), gereja. 

Mesej 29: Hasil dan Pelipatgandaan Hayat (1)
Mesej 31: Pembasuhan yang Dilakukan Hayat dalam Kasih untuk Mengekalkan Persekutuan (1)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)