PUNCA KEDURJANAAN DAN JALAN MENGEKANG
Bacaan Bible:
Pkh. 12:1a Ingatilah juga Penciptamu pada masa mudamu…
Petikan Bacaan:
Dalam bacaan hari ini, kita akan melihat punca kedurjanaan manusia sejagat dan jalan untuk mengekang kedurjanaan ini.
PUNCA KEDURJANAAN
Elemen pertama dalam punca kedurjanaan ialah menekan kebenaran dalam ketidakadilbenaran (1:18). Apakah itu kebenaran? Kebenaran ialah realiti; kebenaran bersifat nyata dan konkrit. Dalam alam semesta ini ada realiti, dan realiti yang paling utama ialah Tuhan sendiri. Mengisyiharkan realiti Tuhan bererti memperkatakan sesuatu yang nyata, konkrit, sejati, dan benar. Akan tetapi, dari mula lagi, manusia tidak menghormati realiti Tuhan; sebaliknya mereka menekan hakikat ini. Mereka menekan kebenaran dalam ketidakadilbenaran, dan menyekatnya secara tidak adilbenar. Ini merupakan aspek yang paling penting berkenaan punca kedurjanaan.
Walaupun manusia memang tahu bahawa Tuhan wujud, namun mereka menguji-Nya, mencuba-Nya, dan akhirnya bertekad enggan berpegang pada kehadiran Tuhan dalam pengetahuan penuh. Mereka tidak mengujiluluskan kehadiran Tuhan dalam pengetahuan penuh mereka (1:28).
Pada zaman silam, manusia tahu akan kewujudan Tuhan, namun mereka tidak memuliakan-Nya sebagai Tuhan. Mereka juga tidak bersyukur kepada-Nya, menyembah-Nya, atau melayan-Nya (1:21, 25).
Selepas itu, manusia menukarkan Tuhan (1:23, 25). Menukarkan Tuhan bererti meninggalkan-Nya dan mencari benda lain sebagai pengganti. Manusia menukarkan Tuhan dengan berhala. Tuhan ialah kemuliaan; berhala pula kesia-siaan. Betapa jahil dan dahsyatnya manusia menukarkan Tuhan dengan berhala!
Jika kita meneliti punca kedurjanaan dari empat aspek ini, kita akan melihat bahawa semua ini membentuk punca bagi segala jenis kejahatan dan dosa.
JALAN YANG MENGAWAL
Butir pertama dalam jalan yang mengawal punca kedurjanaan ialah mengenali Tuhan melalui ciptaan-Nya (1:19-20). Ini kerana apa yang tidak dapat dilihat daripada Tuhan, iaitu kudrat abadi dan ciri-ciri-Nya, dapat ditanggap-faham melalui ciptaan-Nya. Pertimbangkanlah betapa ajaibnya diri kamu ini. Sipakah yang menciptanya? Kita harus berkata. “Tuan, aku bersyurkur. Engkaulah Pencipta aku. Engkau mencipta aku dengan cara yang ajaib sekali.” Apabila kita melihat ciptaan secara umum dan melihat tubuh manusia secara khusus, masakan kita dapat mengatakan bahawa Tuhan tidak wujud? Apabila kita melihat Tuhan dalam keindahan dan keajaiban ciptaan-Nya, kita harus menyembah dan memuliakan-Nya. Mengenali Tuhan melalui ciptaan-Nya ialah aspek pertama untuk mengawal kedurjanaan.
Kita harus berpegang pada realiti Tuhan dalam keadilbenaran dan mengujiluluskan kehadiran Tuhan dalam pengetahuan penuh kita (1:18, 28). Kita perlu memuliakan, bersyukur, menyembah dan melayan-Nya (1:21, 25). Dalam kehidupan kamu, tidak ada apa-apa yang lebih penting daripada menyembah Tuhan.
Di samping itu, kita perlu melakukan hal-hal menurut sifat sejadi kita (2:14). Sifat sejadi kita yang dicipta Tuhan adalah baik pada asalnya. Segala sesuatu yang dicipta Bapa kita, termasuk sifat sejadi kita baik pada asalnya. Sememangnya sifat sejadi kita telah diracuni disebabkan kejatuhan. Akan tetapi, sebagai manusia, kita mempunyai sifat baik yang dicipta Tuhan, dan kita perlu bertindak menurut sifat ini.
Selaras dengan sifat sejadi kita yang baik, kita juga ada zimah (2:15). Zimah ialah sesuatu yang ajaib, dan kita harus mendengarnya. Dalam kehidupan orang Kristian yang normal, kita semua harus menjaga zimah kita dengan cara yang wajar.
Selain sifat sejadi dan zimah kita, terdapat juga pemikiran dalam minda kita (2:15). Dalam minda kita terdapat pemikiran yang baik. Kadangkala, pemikiran ini menuduh dan mengutuk; kadangkala, pemikiran ini membela dan menjustifikasikan. Kita perlu menjaga sifat sejadi kita, zimah kita, dan pemikiran dalam kita.
Kita telah melihat lima butir berkenaan jalan yang mengawal punca kedurjanaan: mengenali Tuhan melalui ciptaan-Nya, berpegang pada kebenaran Tuhan dalam keadilbenaran, hidup menurut sifat sejadi kita, mendengar zimah kita, dan menjaga pemikiran kita yang wajar. Jika kita mematuhi semua butir ini, kita akan terkawal daripada segala kedurjanaan.
Soalan-soalan Kajian:
1. Apakah akibatnya sekiranya kita meninggalkan Tuhan? (Sila rujuk KH Roma, Mes. 3, m.s. 36-38)
2. Sila jelaskan bagaimana mengenali Tuhan melalui ciptaan-Nya dapat mengawal kejahatan. (Sila rujuk KH Roma, Mes. 3, m.s. 39-40)
Bacaan Selanjutnya:
Kajian-hayat Roma, Mesej Tiga, m.s. 32-43