Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 29: Hasil dan Pelipatgandaan Hayat (1)
Mesej 28: Keperluan Orang Mati- Dibangkitkan Hayat (1) & (2)
Mesej 30: Hasil dan Pelipatgandaan Hayat
Mesej 29: Hasil dan Pelipatgandaan Hayat (1)
2022-04-01 | 0 Komen
A- A+ Simpan

HASIL DAN PELIPATGANDAAN HAYAT (1)

Bacaan Bible: Yohanes 12:1-11

Kajian-Hayat: Mesej 25

Petikan Bacaan: 

Dalam bab dua belas, buku Injil ini mewahikan bahawa apabila Kristus menjadi hayat kepada manusia, hasilnya ialah gereja terhasil. Gereja, rumah perjamuan itu, ialah tempat Tuan beroleh rehat dan kepuasan-Nya. Bagaimanakah gereja ini berlipat ganda? Gereja ini berlipat ganda melalui pelipatgandaan hayat. 

Rumah Perjamuan

Dalam bab sebelas, Tuan membangkitkan Lazarus daripada yang mati. Hasil kebangkitan ini ialah kehidupan gereja. Pada asalnya kita semua adalah orang mati. Kemudian, Tuan datang untuk membangkitkan kita. Kita menjadi gereja selepas Dia membangkitkan kita.

Rumah perjamuan ini berada di luar agama. Rumah perjamuan ini bukan terletak di kota kudus Yerusalem, atau di dalam bait kudus. Sebaliknya, rumah perjamuan ini ada di sebuah rumah kecil di Betania, iaitu di luar Yerusalem dan di luar agama.  Dari segi luaran, rumah kecil itu tidak mempunyai apa-apa yang menarik, tetapi dari segi dalaman, rumah itu penuh dengan perjamuan, rehat, dan kepuasan. Bukan sahaja Tuan Yesus sedang berjamu dan berehat, bahkan semua orang yang berada di sana juga begitu. Demikianlah kehidupan gereja seharusnya begitu. Dari segi luaran, semuanya mungkin sangat teruk; namun dari segi dalaman, segalanya mestika, manis, dan disayangi. Kita mempunyai perasaan yang manis kerana kita bersama dengan Tuan dan Tuan juga bersama dengan kita. Dia berjamu bersama dengan kita dan kita berjamu bersama dengan-Nya. Dia dan kita beroleh rehat. Setiap orang berehat dan setiap orang berpuas hati. Inilah kehidupan gereja.

Satu Miniatur Kehidupan Gereja

Terdapat beberapa butir berkenaan miniatur kehidupan gejea dalam Yohanes 12. 

Pertama, kehidupan gereja dihasilkan melalui hayat kebangkitan. Kehadiran Lazarus menunjukkan kan bahawa gereja dihasilkan melalui hayat kebangkitan. Gereja dihasilkan bukan melalui organisasi, kearifan, kerja, atau ajaran manusia, tetapi melalui hayat kebangkitan. 

Kedua, gereja terdiri daripada pendosa yang ditahirkan seperti yang diwakili oleh Simon pesakit kusta itu (Mrk. 14:3). Pada asalnya, anggota-anggota gereja adalah mati dan berpenyakit kusta (penuh dosa). Dari satu segi, kita, seperti Lazarus, adalah orang yang mati tetapi telah dibangkitkan. Dari segi yang lain, kita, seperti Simon, adalah pesakit kusta yang dicemari tetapi telah ditahirkan. Haleluya, Tuan telah membangkitkan kita daripada yang mati dan mentahirkan kita daripada penyakit kusta kita, iaitu dosa-dosa kita! Sekarang, tempat kita berada menjadi tempat perhimpunan gereja.

Ketiga, Betania bermakna rumah miskin atau rumah kesengsaraan. Pada lahiriahnya, gereja mungkin miskin dan sengsara. Gereja di atas bumi mungkin tidak kaya dalam benda material; gereja harus kaya dengan kenikmatan terhadap Tuan dalam hadirat-Nya. Keempat, kehidupan gereja ialah kehidupan yang berjamu bersama dengan Tuan dalam hadirat-Nya secara dalaman (12:2). Dalam kehidupan gereja, perkara pertama yang kita perlukan ialah hadirat Tuan. Tanpa hadirat Tuan, kehidupan gereja adalah kosong. Dan kelima, gereja mempunyai lebih banyak dikkak daripada dikbang (12:2-3).   

Keenam, dalam kehidupan gereja, terdapat fungsi-fungsi yang berbeza. Terdapat tiga jenis fungsi dalam pelayanan gereja yang diwakili oleh tiga orang di dalam rumah itu. Pertama, fungsi pelayanan yang diwakili oleh Marta (12:2). Walaupun kita adalah rohani, kita masih perlu melayan secara praktikal. Fungsi kedua dalam pelayanan gereja diwakili oleh Lazarus. Lazarus ialah kesaksian hidup bagi hayat kebangkitan. Maria mewakili jenis fungsi ketiga (12:2-3). Maria mencurahkan minyak yang bernilai ke atas Tuan Yesus merupakan satu tanda bagi kehidupan gereja yang wajar. Ekspresi, aspek, dan ciri yang utama bagi kehidupan gereja ialah kita mencurahkan minyak kita ke atas-Nya. Di sini, gereja diibaratkan sebagai rumah. Apabila minyak dicurahkan ke atas Tuan Yesus, rumah itu dipenuhi dengan aroma yang mestika, manis, dan menyenangkan. Ini seharusnya ekspresi utama gereja lokal. Apabila kamu masuk ke dalam gereja lokal, perkara pertama yang seharusnya dapat kamu hidu ialah minyak kasih yang dicurahkan ke atas Tuan Yesus. Dalam kehidupan gereja yang wajar, kita semua harus mengasihi Tuan sampai ke tahap yang sedemikian. Kita semua harus menjadi anggota gereja yang bersegi tiga. 

Ketujuh, kehidupan gereja yang mulia sentiasa dicemari orang yang munafik. Dalam gambaran kehidupan gereja yang dihuraikan di sini, terdapat sesuatu yang negatif—tompok hitam Yudas (12:4). Kelapan, kehidupan gereja ditindas oleh agama. Kesembilan, kehidupan gereja menjadi ujian dan mendedahkan orang. Kehidupan gereja ialah suatu ujian (12:6, 10).Gereja mendedahkan fikiran yang tersembunyi dalam hati orang berkenaan Tuan. Kesepuluh,  kesaksian hidup tentang gereja sentiasa menyebabkan orang percaya kepada Tuan dan membawa orang ke dalam kehidupan gereja. 

Apabila kita merenung pelbagai aspek kehidupan gereja, tidaklah keterlaluan bagi kita mengatakan bahawa rumah di Betania ialah miniatur bagi gereja. Kita benar-benar melihat kehidupan gereja di sana.

Mesej 28: Keperluan Orang Mati- Dibangkitkan Hayat (1) & (2)
Mesej 30: Hasil dan Pelipatgandaan Hayat
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)