Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 26: Transformasi dalam Mengamalkan Kehidupan Tubuh (2)
Mesej 25: Transformasi dalam Mengamalkan Kehidupan Tubuh
Mesej 27: Transformasi: Dalam Mengamalkan Kehidupan Tubuh (3) dan Dalam Ketundukan, Kasih, dan Peperangan
Mesej 26: Transformasi dalam Mengamalkan Kehidupan Tubuh (2)
2021-06-08 | 0 Komen
A- A+ Simpan

TRANSFORMASI DALAM MENGAMALKAN KEHIDUPAN TUBUH (2)

Ayat-ayat Bible: Roma 12: 1-21

Kajian-hayat: Mesej 26

Bacaan Bible: 

Roma 12:6a Dan dengan mempunyai kurniaan yang berbeza menurut kurnia yang telah diberi kepada kita...

Petikan Bacaan: 

Dalam mesej ini, kita akan melihat aspek yang lain tentang transformasi dalam meng- amalkan kehidupan Tubuh melalui latihan kurnia.

A. Tidak Memikirkan Diri Kita Tinggi, tetapi Berfikir Secara Waras Menurut Ukuran Iktikad

Roma 12:3 berkata, “Aku berkata kepada setiap orang dalam kalangan kamu, menerusi kurnia yang telah diberi kepadaku, jangan memikirkan dirinya lebih tinggi daripada yang patut difikirkannya, tetapi berfikir sedemikian rupa agar berminda waras, menurut ukuran iktikad yang diperuntukkan Tuhan ke- pada setiap orang." Dalam ayat ini, kita datang kepada butir yang amat praktikal. Setiap daripada kita memikirkan diri kita tinggi. Secara luaran kamu mungkin kelihatan rendah diri, tetapi secara dalaman kamu memikirkan diri kamu agak tinggi. Ini menjadi masalah kepada kehidupan gereja. Jika kita mempunyai kehidupan gereja yang wajar, perkara pertama yang harus dirobohkan ialah pemikiran yang tinggi terhadap diri kita. Kita perlu "berfikir sedemikian rupa agar berminda waras”.

B. Menyedari Bahawa Satu Tubuh Mempunyai Banyak Anggota yang Mempunyai Fungsi yang Berbeza

“Kerana sebagaimana dalam satu tubuh kita mempunyai banyak anggota, dan semua anggota tidak mempunyai fungsi yang sama, jadi, kita yang banyak ialah satu Tubuh dalam Kristus, dan anggota kepada satu sama lain secara individu" (ay. 4-5). Kita perlu menyedari bahawa banyak anggota bagi satu Tubuh mempunyai fungsi yang berbeza. Dua orang dikkak muda mungkin amat dekat dengan satu sama lain dari segi umur, namun tetap berbeza dari segi fungsi. Apa yang dapat dilakukan oleh seseorang dikkak tidak dapat dilakukan oleh dikkak yang lain. Jika kita semua menyedari hal ini, kita tidak akan memikirkan diri kita begitu tinggi, sebaliknya kita akan menghormati orang lain.

Mata mungkin berkata kepada Dikbang Hidung, "Tahukah kamu bahawa saya tidak dapat melakukan apa yang dapat kamu lakukan dan kamu tidak dapat melakukan apa yang dapat saya lakukan?" Dikbang Hidung akan menjawab, "Ya, Dikbang Mata. Itu sungguh menakjubkan. Kita semua juga harus faham bahawa kita semua tidak dapat melakukan apa yang dapat dilakukan oleh Dikbang Telinga." Kemudian Dikbang Telinga mungkin akan memberi respons, "Dikbang-dikbang, kamu memang betul. Tetapi Dikbang Mulut dapat melakukan apa yang tidak dapat kita semua lakukan.” Muka menggambarkan keadaan sebenar bagi seluruh tubuh: Kita mempunyai banyak anggota dan setiap anggota mempunyai fungsi yang berbeza. Kehidupan gereja seharusnya sedemikian. 

D. Melatih Kurniaan kita yang berbeza Menurut Kurnia yang Telah Diberi kepada kita

Dalam ayat 6, Paulus mengatakan bahawa kita mempunyai “kurniaan yang berbeza menurut kurnia yang telah diberi kepada kita”. Apakah itu kurnia? Seperti yang telah kita lihat dalam mesej yang lepas, kurnia ialah Tuhan dalam Kristus menjadi kenikmatan kita. Apabila kurnia ini, elemen divin ini, iaitu hayat divin masuk ke dalam diri kita, kurnia ini membawa bersama-samanya kemahiran dan kebolehan tertentu yang merupakan kurniaan. Kurniaan, kebolehan rohani, datang daripada elemen divin yang kita nikmati. Apabila kamu menikmati Tuhan, menerima dan mengasimilasikan elemen divin-Nya ke dalam diri kamu, daripada elemen divin ini terhasilnya kurniaan, kemahiran, atau kebolehan. Kurniaan ini berbeza menurut elemen divin yang kita nikmati dan asimilasikan ke dalam diri kita. Kurnia diberi kepada kita merujuk kepada kurnia yang telah kita nikmati dan asimilasikan. Oleh itu, kurniaan yang disebut dalam Roma 12 ialah kurniaan daripada kurnia dalam hayat.

Kurniaan yang disebut dalam Roma 12 bukan kurniaan mukjizat yang datang secara tiba-tiba. Tidak, kurniaan dalam Roma 12 adalah seperti kebolehan anggota dalam tubuh insani kita. Ukuran kebolehan itu bergantung pada jumlah hayat dalam tubuh. Jika tubuh itu matang dengan mempunyai pertumbuhan hayat yang tertentu serta jumlah hayat yang besar, tubuh itu akan ada kelimpahan hayat yang melimpah-ruah; kelimpahan hayat dalaman dalam tubuh ini akan menghasilkan kebolehan, Kebolehan ini sama dengan kurniaan dalam Roma 12. Semua butir yang terangkum dalam ayat 6 hingga 8 ialah kurniaan kurnia dalam hayat. Kita boleh menyenaraikan tujuh daripada kurniaan itu: bertutur-sabda, melayan, mengajar, menasihati, memberi, memimpin, dan menunjukkan rahmat. Kita perlu ingat bahawa setiap daripada tujuh butir ini, termasuk menunjukkan rahmat ialah kurniaan.

Kita semua perlu mempunyai tanggapan yang mendalam terhadap hakikat bahawa dalam Roma 12, kurniaan berbahasa lidah, mentafsir bahasa lidah, penyembuhan, dan mukjizat tidak disebut. Kurniaan sedemikian ialah kurniaan mukjizat, tetapi dalam Roma 12 kita melihat kurniaan daripada kurnia dalam hayat. Kurniaan yang disenaraikan dalam Roma 12 bukan kurniaan mukjizat; kurniaan ini ialah kurniaan daripada kurnia dalam hayat. Apabila kamu menikmati Tuhan sebagai hayat dan bertumbuh dalam hayat, kamu mendapati bahawa, sejajar dengan pertumbuhan kamu dalam hayat, kamu mempunyai kemahiran dan kebolehan tertentu. Inilah yang kita gelar sebagai kurniaan daripada kurnia dalam hayat. Kurniaan mukjizat mempunyai kesan memecah-belahkan gereja tetapi kurniaan dalam hayat membina gereja.

Soalan Kajian: 

1. Seringkali kita sama ada memikirkan diri kita lebih tinggi daripada anggota yang lain ataupun kita mungkin memandang rendah fungsi kita sendiri sebagai anggota Tubuh. Menurut cahaya dalam Roma 12: 3-5, jelaskan bagaimana satu Tubuh mempunyai banyak anggota dan setiap anggota mempunyai fungsi yang berbeza. Bagaimanakah anda menerapkan kebenaran ini dalam kehidupan gereja?

2. Apakah perbezaan di antara kurniaan mukjizat dalam 1 Korintus dengan kurniaan dalam hayat dalam Roma 12? Menurut Roma 12:6-8, bagaimanakah kita mempunyai kurniaan-kurnian yang disenaraikan? 

Mesej 25: Transformasi dalam Mengamalkan Kehidupan Tubuh
Mesej 27: Transformasi: Dalam Mengamalkan Kehidupan Tubuh (3) dan Dalam Ketundukan, Kasih, dan Peperangan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)