Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 25: Transformasi dalam Mengamalkan Kehidupan Tubuh
Mesej 24: Ekonomi Tuhan dalam Pemilihan-Nya
Mesej 26: Transformasi dalam Mengamalkan Kehidupan Tubuh (2)
Mesej 25: Transformasi dalam Mengamalkan Kehidupan Tubuh
2021-06-04 | 0 Komen
A- A+ Simpan

TRANSFORMASI DALAM MENGAMALKAN KEHIDUPAN TUBUH 

Ayat-ayat Bible: Roma 12: 1-2

Kajian-hayat: Mesej 24

Bacaan Bible: 

Roma 12:1-2 Oleh itu, aku menasihati kamu, dikbang-dikbang, menerusi belas kasihan Tuhan supaya mempersembahkan tubuhmu sebagai satu korban hidup yang kudus dan berkenan pada Tuhan; inilah pelayananmu yang munasabah. Dan janganlah dibentuk mengikut zaman ini, tetapi hendaklah ditransform melalui pembaruan minda agar kamu dapat mengujibuktikan apakah kehendak Tuhan, iaitu yang baik, diperkenan, dan sempurna. 

Petikan Bacaan: 

Dalam bacaan hari ini, kita datang kepada bahagian yang paling praktikal dalam buku Roma, iaitu bahagian berkenaan transformasi. Transformasi adalah untuk amalan kehidupan.

         Demi amalan kehidupan, kita memerlukan transformasi, kerana kita tidak dapat mempunyai amalan kehidupan yang wajar dalam hayat alamiah. Tidak ada apa-apa yang alamiah berguna untuk amalan kehidupan. Elemen alamiah harus ditransform menjadi elemen yang rohani dan kudus. Oleh itu, demi amalan kehidupan, kita memerlukan transformasi yang menyeluruh. Pengalaman rohani terhadap pengudusan, pemuliaan, dan konformasi bukan wujud untuk pengalaman itu sendiri. Pengudusan bukan untuk pengudusan, dan konformasi bukan untuk konformasi. Kedua-dua pengalaman ini adalah untuk kehidupan gereja. Mengapakah Paulus menulis buku Roma? Dia menulis bukan sekadar untuk justifikasi, pengudusan, atau bahkan untuk kemuliaan. Tujuan muktamad dan terkonsumasi Paulus menulis buku Roma adalah untuk kehidupan gereja.

         Pada lahiriahnya, lima bab terakhir dalam buku Roma menghuraikan perilaku orang Kristian. Akan tetapi, apakah butir utama, aspek utama, perilaku percayawan? Jawapannya ialah kehidupan gereja. Adakah kamu sedar bahawa kehidupan gereja kita ialah sembilan puluh peratus kehidupan kita? Bahkan kita juga mencipta perkataan baru — “menjalani kehidupan gereja” (churching). Kita menghabiskan banyak masa, harga, ataupun tenaga supaya kita dapat berterusan menjalani kehidupan gereja. Kita tidak mementingkan masa, harga, ataupun tenaga — kita hanya mementingkan gereja. Dutus Paulus memegang konsep menjalani kehidupan gereja ini semasa dia menulis buku Roma. Dia tidak hanya mementingkan apa yang digelar sebagai perilaku; tumpuan utamanya ialah kehidupan gereja. Kita perlu mengamalkan hayat yang terproses dalam kehidupan gereja; untuk ini kita memerlukan transformasi. Oleh itu, transformasi dalam hayat adalah untuk amalan kehidupan.

TRANSFORMASI DEMI KEHIDUPAN TUBUH

Sebelum kita melihat 12:1-2, saya hendak memberi definisi tentang transformasi. Transformasi bukan hanya merujuk kepada perubahan; transformasi bermaksud bahawa satu substan telah berubah dari segi sifat dan bentuk. Perubahan jenis ini adalah perubahan metabolik. Transformasi bukan sekadar perubahan luaran, malah perubahan dalam konstitusi dalaman serta bentuk luaran. Perubahan ini berlaku melalui proses metabolisme. Dalam proses metabolisme, elemen organik yang dipenuhi vitamin masuk ke dalam diri kita dan menghasilkan perubahan kimia dalam hayat organik kita. Tindakan kimia ini mengubah konstitusi kita, daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain. Inilah transformasi.

MELALUI PERSEMBAHAN TUBUH KITA

Roma 12:1 berkata, “Oleh itu, aku menasihati (atau, merayu kepada) kamu, dikbang-dikbang, menerusi belas kasihan Tuhan supaya mempersembahkan tubuhmu sebagai satu korban hidup yang kudus dan berkenan pada Tuhan; inilah pelayananmu yang munasabah.” Mempersembahkan diri kita kepada Tuhan sebagai satu korban hidup ialah pelayanan kita yang paling munasabah. Jika kita mempunyai minda yang waras dan jika kita berhasrat untuk menjadi munasabah, adil, dan logik, maka sudah pasti kita harus mempunyai kehidupan gereja. Orang yang tidak suka akan kehidupan gereja ialah orang yang paling jahil. Untuk mengamalkan apa-apa selain daripada kehidupan gereja adalah jahil, tetapi meninggalkan segala sesuatu untuk kehidupan gereja adalah logik dan munasabah. Jika saya mempunyai seratus nyawa, saya akan menyerahkan kesemuanya untuk kehidupan gereja. Saya boleh bersaksi bahawa saya berada dalam kerja Tuan lebih daripada empat puluh tahun dan saya langsung tidak berasa menyesal tentangnya. Sebagai manusia, tidak ada apa-apa yang lebih benar dan praktikal daripada tubuh kita. Jika tubuh kamu tidak berada dalam kehidupan gereja, jangan mengatakan bahawa betapa banyak kamu adalah untuk kehidupan gereja. Di mananya tubuh kita, di situlah kita. Oleh itu, Paulus menasihati dikbang-dikbang supaya mempersembahkan tubuh mereka.

MELALUI PEMBARUAN MINDA KITA

        Roma 12:2 berkata, “Janganlah dibentuk mengikut zaman ini, tetapi hendaklah ditransform melalui pembaruan minda agar kamu dapat mengujibuktikan apakah kehendak Tuhan, iaitu yang baik, diperkenan, dan sempurna.” Kita tidak harus dibentuk mengikut zaman ini, tetapi hendaklah ditransform melalui pembaruan minda kita. Minda kita bukan diperbarui dengan ajaran luaran, tetapi dengan elemen Kristus ditambah kepadanya. Apabila Tuan Yesus menyebarkan diri-Nya dari roh ke dalam minda kita, minda kita akan diperbarui. Melalui pembaruan minda, sukma kita diubah secara metabolik. Dengan cara ini, kita mengalami transformasi dalam sukma kita; inilah syarat kepada kehidupan gereja.

         Kita memerlukan pembaruan dalam minda dan transformasi dalam sukma agar kita “dapat mengujibuktikan apakah kehendak Tuhan, iaitu yang baik, diperkenan, dan sempurna”. Apakah kehendak Tuhan? Kehendak Tuhan ialah memperoleh kehidupan Tubuh, kehidupan gereja. Jangan terapkan kehendak Tuhan yang disebut dalam 12:2 kepada situasi kehidupan peribadi kamu, kepada perkara perkahwinan, kerjaya, atau rumah. Kehendak yang disebut dalam 12:2 ialah menjalani kehidupan gereja. Segala-gala haruslah untuk kehidupan gereja, kerana kehendak Tuhan yang unik ialah memperoleh kehidupan gereja. Hal ini adalah baik, diperkenan, dan sempurna.

Soalan Kajian: 

“Transformasi dalam hayat adalah untuk amalan kehidupan.” Sila jelaskan kenyataan ini. Huraikan bagaimana kita dapat mengalami transformasi menurut Roma 12: 1-2. 

Mesej 24: Ekonomi Tuhan dalam Pemilihan-Nya
Mesej 26: Transformasi dalam Mengamalkan Kehidupan Tubuh (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)