Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 21: Waris-waris Kemuliaan (4)
Mesej 20: Waris-waris Kemuliaan (3)
Mesej 22: Pemilihan Tuhan, Takdir Kita (1)
Mesej 21: Waris-waris Kemuliaan (4)
2021-05-21 | 0 Komen
A- A+ Simpan

WARIS-WARIS KEMULIAAN (3)

Ayat-ayat Bible: Roma 8:28-39

Kajian-hayat: Mesej 21

Bacaan Bible: 

Roma 8:29 Kerana mereka yang dipraketahui-Nya juga dipratakdirkan-Nya agar dikonform kepada imej Anak-Nya, supaya Dia dapat menjadi Yang Sulung dalam kalangan dikbang yang banyak. 

Roma 8:39 Ketinggian, kedalaman, mahupun apa-apa makhluk ciptaan lain, tidak akan berupaya memisahkan kita daripada kasih Tuhan yang ada dalam Kristus Yesus, Tuan kita.  

Petikan Bacaan: 

Pembaca sekalian, kita akan terus melihat tentang waris-waris kemuliaan daripada Roma 8:28-39 dalam bacaan ini. 

Secara Luaran dengan Segala Sesuatu Bekerja Bersama 

Roh Kudus mengeluh dalam kita, berdoa-pinta untuk kita, dan Tuhan Bapa menjawab doa-pinta ini dengan menyebabkan segala sesuatu bekerja bersama demi kebaikan. “Segala sesuatu” bermakna semua perkara, semua orang, semua benda, dan segala dalam segala. Tuhan Bapa adalah maha penentu dan Dia mengatur segala sesuatu. Dia menyebabkan semua benda, semua perkara, dan semua orang bekerja bersama demi kebaikan kamu supaya Dia dapat menggenapkan tujuan-Nya.  

Kita semua harus dilipurkan. Sama ada kamu mempunyai isteri yang baik atau isteri yang menyusahkan, suami yang baik atau suami yang menyusahkan, anak yang patuh atau anak yang nakal — tidak kira apa jua yang kamu ada, kamu harus dilipurkan. Kamu harus memberitahu Tuan, “Tuan, aku akan melakukan kesilapan dan aku telah melakukan banyak kesilapan, tetapi Engkau tidak akan silap. Bahkan kesilapan aku berada dalam tangan-Mu. Segala-gala berada dalam tangan-Mu.” Namun jangan begitu rohani sehinggakan kamu menjadi ekstrem dengan berdoa kepada Bapa agar memberi kamu penderitaan. Sebaliknya kamu harus berdoa, “Bapa selamatkan aku daripada godaan. Selamatkan aku daripada pelbagai penderitaan.” Walaupun kamu berdoa dengan cara ini, kesukaran dan kesengsaraan akan menimpa kamu. Semasa semua ini menimpa, jangan bersungut dan jangan berasa terganggu, tetapi berkatalah, “Bapa, syukur kepada-Mu untuk ini. Bapa, jika boleh, ambillah cawan ini daripadaku. Namun Bapa, bukan kehendakku tetapi kehendak-Mu yang terlaksana.” Inilah sikap yang sewajarnya. 

WARIS-WARIS YANG TIDAK DAPAT DIPISAHKAN DARIPADA KASIH TUHAN 

Paulus amat arif dan amat dalam. Seperti yang telah saya tunjukkan sebelum ini, Paulus menulis tiga bahagian buku Roma menurut tiga atribut Tuhan — keadilbenaran, kekudusan, dan kemuliaan-Nya. Akan tetapi, akhirnya Paulus memimpin kita masuk ke dalam kasih Tuhan. Kasih ialah hati Tuhan. Kasih Tuhan berasal daripada hati-Nya. Kasih ialah punca, kasih ialah akar, dan kasih ialah sumber bagi segala-gala ini. Tuhan telah mengasihi kita sebelum Dia mempratakdirkan kita, Dia telah mengasihi kita sebelum Dia mempratakdirkan kita, Dia telah mengasihi kita sebelum Dia memuliakan kita. Sebelum apa-apa perkara dan sebelum segala-galanya, Dia telah pun mengasihi kita. Penyelamatan bermula daripada hati Tuhan yang mengasih. 

Oleh itu, selepas penyelamatan Tuhan disempurnakan sepenuhnya, kasih-Nya tetap jaminan kita. Banyak orang Kristian berbicara tentang jaminan yang abadi. Jaminan yang abadi ialah kasih Tuhan. Dalam ayat 31, Paulus berkata, “Jika Tuhan memihak kepada kita, siapakah yang dapat menentang kita?” Sekarang kita dapat memahami sabda ini secara mendalam. Tuhan memihak kepada kita kerana sejak keabadian, hati-Nya telah pun mengasihi kita. Dengan demikian, kasih-Nya ialah jaminan kita. Paulus diyakinkan bahawa tidak ada apa-apa yang dapat “memisahkan kita daripada kasih Tuhan yang ada dalam Kristus Yesus, Tuan kita”. 

Frasa “dalam Kristus Yesus” amat bermakna. Mengapakah Paulus berkata demikian? Kerana dia tahu bahawa jika kasih Tuhan ditunjukkan terpisah daripada Kristus Yesus, maka akan ada masalahnya. Di luar Kristus Yesus, bahkan dosa yang kecil seperti melepaskan kemarahan akan memisahkan kita daripada kasih Tuhan. Akan tetapi, kasih Tuhan bukan sekadar kasih Tuhan itu sendiri, tetapi kasih Tuhan yang ada dalam Kristus Yesus. Memandangkan kasih Tuhan ada dalam Kristus Yesus, maka segala-gala adalah terjamin, dan kita yakin bahawa tidak ada apa-apa yang dapat memisahkan kita daripadanya. 

Sekarang kita dapat memahami 2 Korintus 13:14 yang berkata, “Kurnia Tuan Yesus Kristus dan kasih Tuhan dan persekutuan Roh Kudus menyertai kamu semua.” Kasih Tuhan ialah sumber. Oleh itu, dutus Paulus telah membawa kita melalui keadilbenaran Tuhan, kekudusan Tuhan, dan kemuliaan Tuhan, masuk ke dalam hati Tuhan yang mengasih. Inilah tempat kita berada. Haleluya! Inilah polisi insurans kita yang abadi. Kamu boleh berkata, “Saya ada insurans. Polisi insurans saya ialah Roma 8:31-39. Saya terjamin oleh kasih yang berada dalam hati Tuhan.” Kita terjamin oleh kasih abadi Tuhan dalam Kristus Yesus. 

Soalan Kajian: 

1. Doa baca Roma 8:30, jelaskan makna semua kata kerja ayat ini berada dalam kala lampau. (Sila rujuk KH Roma, Mes. 21, ms. 280-281)

2. Sila kongsikan pencahayaan yang diterima berkenaan “kasih Tuhan yang ada dalam Kristus Yesus, Tuan kita”.  (Sila rujuk KH Roma, Mes. 21, ms. 286-287)


Mesej 20: Waris-waris Kemuliaan (3)
Mesej 22: Pemilihan Tuhan, Takdir Kita (1)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)