Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 21: Keperluan Orang yang Lapar- Diberi Makan oleh Hayat
Mesej 20: Keperluan Orang Yang Tidak Terdaya- Dihidupkan Hayat
Mesej 22: Keperluan Orang Yang Lapar- Diberi Makan oleh Hayat (2)
Mesej 21: Keperluan Orang yang Lapar- Diberi Makan oleh Hayat
2022-03-04 | 0 Komen
A- A+ Simpan

KEPERLUAN ORANG YANG LAPAR- DIBERI MAKAN OLEH HAYAT

Ayat-ayat Bible: Yoh. 6:1-15

Kajian-hayat: Mesej 15

Bacaan Bible: 

Yoh. 6:9,11 Di sini ada seorang budak kecil yang mempunyai lima roti barli dan dua ikan; tetapi apalah ini untuk orang yang sebegitu banyak?...Kemudian Yesus mengambil roti itu, dan setelah mengucapkan syukur, Dia mengagihkannya kepada mereka yang sedang duduk; begitu juga dengan ikan itu, sebanyak mana yang dikehendaki mereka.

Petikan Bacaan:

    Bab 6:1-15 mewahikan kepada kita dunia yang lapar dan Kristus yang memberi makan. Senario dalam kes ini ialah laut yang melambangkan dunia yang dikorupkan oleh Syaitan dan dihuni oleh manusia sejagat yang jatuh. Laut mewakili dunia yang dikelola dan disistemasikan oleh Syaitan. Di dunia yang dikorupkan Syaitan ini, tidak ada kepuasan yang sebenar tetapi selalu adanya kelaparan. Tidak ada juga damai sejahtera kerana angin dan ombak terus-menerus mendatangkan masalah kepada manusia di laut.

Paskah Melambangkan Kristus yang Merupakan Anak Domba Tuhan yang Menebus

    Hari Paskah dalam ayat 4 melambangkan Kristus yang merupakan Anak Domba Tuhan yang menebus dosa; demi menebus kita, Dia menumpahkan darah-Nya dan memberi daging-Nya untuk kita makan (1 Kor. 5:7)

    Dalam Kejadian 2:9, Kristus ditamsilkan oleh pohon hayat. Pohon hayat berasal daripada hayat tumbuhan dan sesuai untuk memberi hasil dan bercambah, namun tidak mempunyai darah demi penebusan. Pada masa Kejadian 2, manusia belum lagi terlibat dalam dosa, dengan itu tidak memerlukan penebusan. Akan tetapi, dalam Kejadian 3, manusia sudah jatuh. Sejurus selepas manusia jatuh, Tuhan datang membereskan kejatuhan itu dengan menyembelih anak domba sebagai korban untuk menebus Adam dan Hawa, dan membuat pakaian kulit untuk menutupi ketelanjangan mereka (Kej. 3:21).ohanes 6 menunjukkan kepada kita bahawa Kristus bukan sahaja 1alah pohon hayat yang dilambangkan oleh roti, tetapi juga Anak Domba Tuhan yang dilambangkan oleh daging dan darah.

Lima Roti Barli Melambangkan Aspek Penjanaan bagi Hayat Kristus 

    Di tanah Palestin, barli masak paling awal berbanding dengan tanaman yang lain dan merupakan tuaian pertama. Justeru, barli mentamsilkan Kristus yang terbangkit (Im. 23:10). Oleh itu, barli melambangkan Kristus terbangkit yang menjadi bekalan hayat kita. Dia ialah buah sulung yang dapat menjadi roti hayat kita. Justeru, roti barli mewakili Kristus yang menjadi makanan kita dalam kebangkitan. Kristus yang memberi makan ialah Kristus yang terbangkit. Hanya Kristus terbangkit yang dapat menjadi hayat kita dan menjadi roti untuk kita makan. Kita diberi makan oleh Kristus yang terbangkit. 

Dua Ikan Melambangkan Aspek Penebusan bagi Hayat Kristus 

    Dua ikan itu berasal daripada hayat haiwan, melambangkan aspek penebusan bagi hayat Kristus. Sebagai hayat yang menebus, Dia hidup di laut, iaitu dunia yang dikorupkan oleh Syaitan.Dia sama sekali tidak ada kena-mengena dengan dunia yang korup. Sebagaimana ikan hidup di dalam air garam tetapi tidak masin, begitu juga Tuan hidup dalam dunia yang dikorupkan Syaitan namun Dia sendiri tidak dikorupkan Syaitan. Sebagai hayat yang menjana, Kristus ialah seorang insan wajar yang hidup di atas bumi yang dicipta Tuhan. Sebagai hayat yang menebus pula, Kristus hidup di dunia yang dikorupkan oleh Syaitan, tetapi tidak dipengaruhi oleh kekorupan dunia. 

Roti dan Ikan Melambangkan Kristus yang Kecil untuk Menjadi Bekalan Hayat Kita

    Roti barli dan ikan adalah benda-benda yang kecil. Ini melambangkan bahawa Kristus adalah kecil untuk menjadi bekalan hayat kita. Orang yang mencari mukjizat menganggap Kristus sebagai Penyabda yang dijanjikan (6:14, U1. 18:15, 18) dan ingin memaksa Dia menjadi Raja mereka (6:15). Akan tetapi, Dia tidak mahu mengambil kedudukan seorang tokoh agung dalam agama. Sebaliknya, Dia lebih suka menjadi roti kecil dan ikan kecil supaya Dia dapat menjadi cukup kecil untuk dimakan manusia.

    Kebanyakan orang Kristian, termasuk kita sendiri, selalu menyangka bahawa Tuan kita adalah seorang yang agung. Namun dalam Yohanes 6, Tuan Yesus tidak mahu menjadi agung. Dia mahu terus menjadi cukup kecil untuk dimakan orang. Sekiranya Tuan hanyalah agung, kita sama sekali tidak dapat menyentuh-Nya. Puji Dia kerana Dia telah menjadi begitu keci!! Mungkin kamu telah banyak tahun menjadi seorang Kristian, namun kamu masih tidak sedar bahawa Tuan adalah betapa kecil. Mempunyai anggapan bahawa Tuan seorang penyabda yang agung adalah fikiran yang agamawi semata-mata. Jika Tuan hanya menjadi seorang penyabda yang agung dan ditabalkan sebagai seorang raja yang agung, maka Dia pasti tidak dapat menjadi sekeping roti yang kecil. Dia pasti tidak dapat menjadi bekalan makanan kita. Sebelum Dia dapat menjadi makanan kita, Dia perlu terlebih dahulu menjadi kecil. Oleh yang demikian, Dia dilambangkan oleh lima roti barli yang kecil dan dua ikan kecil yang dibawa oleh seorang budak kecil. Kita perlu mempunyai tanggapan yang mendalam terhadap Tuan yang kecil dan yang agung.

    Memandangkan Tuan datang kepada kamu sebagai sekeping roti hayat, maka kamu harus berkata kepada-Nya, “Tuan, aku memuji Engkau kerana Engkau lebih kecil daripada aku. Sekarang Engkau dapat menjadi makananku. Jika Engkau lebih besar daripada aku, maka Engkau pasti tidak dapat menjadi makananku.” Yang pasti, berkenaan Tuan kita yang agung, tidak ada seorang yang lebih agung daripada-Nya, tetapi kita juga harus mempunyai tanggapan yang mendalam bahawa berkenaan Tuan kita yang kecil, tidak ada seorang yang lebih kecil daripada-Nya. Dialah roti yang cukup kecil untuk kita makan. 

    Dalam Matius 15 kita melihat bahawa Tuan bukan sahaja menjadi roti, malah remah, iaitu cebisan roti yang kecil. Kebanyakan daripada kita tidak layak makan Dia sebagai roti. Namun, kita pasti layak makan Dia sebagai remah. Ingatkah kamu apa yang dikatakan oleh perempuan Kanaan itu kepada Tuan sewaktu dia meminta Tuan membantu dia lalu Tuan berkata kepadanya bahawa “tidak baik mengambil roti kepunyaan anak-anak dan mencampakkannya kepada anjing kecil”? Perernpuan itu berkata, “Ya, Tuan, kerana bahkan anjing kecil pun makan daripada remah yang jatuh dari meja tuannya” (Mat. 15:27). Perempuan Kanaan itu tidak disinggung oleh kata-kata tajam Tuan dan oleh hakikat bahawa Tuan mengibaratkan dia sebagai anjing. Dia seolah-olah memberitahu Tuan, “Ya, Tuan, aku seekor anjing bangsa Asing, tetapi anjing bangsa Asing mempunyai bahagiannya. Bahagian anak-anak berada di atas meja dan bahagian anjing pula di bawah meja, Tuan, Engkau harus sedar bahawa sekarang Engkau bukan di atas meja tetapi di bawah meja kerana anak-anak yang nakal sudah mencampakkan Engkau. Sekarang memandangkan Engkau berada di bawah meja, maka Engkau dapat menjadi bahagianku,” Tuan kagum akan iktikadnya. Kita semua perlu menikmati Tuan dengan cara yang sedemikian rendah. Jangan tunggu hingga kita sampai ke syurga barulah kita menikmati-Nya. Kini Dia berada di bawah meja; dapatkanlah Dia di sana. Puji Tuan kerana di bumi Dia adalah begitu kecil dan mudah didapati! Dia boleh didapati pada bila-bila masa mengikut selera kita. Oh, kita harus memuji Dia kerana Dia kecil dari segi bentuk tetapi kekayaan-Nya tidak terbatas!

Mesej 20: Keperluan Orang Yang Tidak Terdaya- Dihidupkan Hayat
Mesej 22: Keperluan Orang Yang Lapar- Diberi Makan oleh Hayat (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)