Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 20: Waris-waris Kemuliaan (3)
Mesej 19: Waris-waris Kemuliaan (2)
Mesej 21: Waris-waris Kemuliaan (4)
Mesej 20: Waris-waris Kemuliaan (3)
2021-05-18 | 0 Komen
A- A+ Simpan

WARIS-WARIS KEMULIAAN (3)

Ayat-ayat Bible: Roma 8:14-27

Kajian-hayat: Mesej 20

Bacaan Bible: 

Roma 8:28-30 Dan kita tahu bahawa segala sesuatu bekerja bersama demi kebaikan mereka yang mengasihi Tuhan, iaitu mereka yang adipanggil menurut tujuan-Nya. Kerana mereka yang dipraketahui-Nya juga dipratakdirkan-Nya agar dikonform kepada imej Anak-Nya, supaya Dia dapat menjadi Yang Sulung dalam kalangan dikbang yang banyak; Mereka yang dipratakdirkan-Nya, ini juga dipanggil-Nya; mereka yang dipanggil-Nya, ini juga dijustifikasikan-Nya, dan mereka yang dijustifikasikan-Nya, ini juga dimuliakan-Nya. 

Petikan Bacaan: 

WARIS-WARIS YANG TERKONFORM DEMI PEMULIAAN

Dikbang yang Banyak kepada Yang Sulung

Dalam dua mesej yang lepas, kita telah melihat berkat-berkat keanakan. Dalam mesej ini, kita akan melihat waris dikonform demi pemuliaan. Waris dikonform kepada apa? Kepada imej Kristus, Anak sulung Tuhan (Ibr. 1:5-6). Kristus ialah Anak sulung Tuhan, dan percayawan pula ialah anak Tuhan yang banyak (Ibr. 2:10). Sebagai Anak sulung Tuhan, Kristus ialah model, teladan, acuan, dan prototaip bagi semua dikbang-Nya, anak Tuhan yang banyak, yang akan dikonform kepada imej-Nya. Konformasi ini adalah untuk pemuliaan yang akan datang. Kita tidak harus mengharapkan pemuliaan tanpa bertumbuh dalam hayat dan dikonform kepada imej Anak Tuhan terlebih dahulu. Jika kita mengharapkan pemuliaan tanpa dikonform, kita akan kecewa. Pemuliaan yang akan datang bergantung pada konformasi kita kepada imej Anak Tuhan. Oleh itu, pemuliaan bergantung pada pertumbuhan kita dalam hayat. 

Sekali lagi saya menggunakan ilustrasi benih bunga teluki. Benih itu disemai ke dalam tanah dan bercambah: Ini ialah kelahiruan. Kemudian bunga teluki bertumbuh: Ini pertumbuhan dalam hayat, yakni peringkat transformasi. Akhirnya bunga teluki ini bertumbuh hingga tahap pemekaran: Ini transfigurasi dan pemuliaan. Peringkat pemekaran bunga teluki ialah tahap pemuliaannya. Jika bunga teluki tidak bertumbuh semasa tahap percambahan, namun mengharapkan berbunga dan dimuliakan, maka masa pemekaran tidak akan tiba. Jika kamu tidak bertumbuh dalam hayat, tetapi menantikan masa pemekaran, yakni masa pemuliaan, kamu orang yang berangan-angan. Akan tetapi, inilah keadaan kebanyakan orang Kristian hari ini. 

Dikbang-dikbang, kerapturan ialah hasil daripada kematangan. Dalam Wasiat Baru, kerapturan disamakan dengan penuaian, dan penuaian hanya dapat dilakukan selepas tanaman itu matang dan masak. Jika tanaman itu tidak masak, sebaliknya masih mentah dan hijau, masakan boleh dituai? Hal ini memang mustahil. Dikbang dan dikkak, lihatlah situasi dalam kalangan umat Tuan hari ini. Lihatlah tanaman. Adakah tanaman itu masak? Adakah kamu percaya bahawa menurut takat pertumbuhan tanaman sekarang penuaian sudah hampir? Mustahil. Lihatlah ladang-tidak kelihatan pertumbuhan yang sebenar di mana-mana pun. Walaupun terdapat beribu-ribu orang Kristian yang sejati di merata tempat di bumi, hasil daripada penyebaran injil selama dua abad dengan adanya mubaligh-mubaligh keluar ke penghujung bumi membawa injil, namun pertumbuhan tetap amat sedikit. Di manakah pertumbuhan hayat yang sebenar? Hampir tidak ada sebarang pertumbuhan dan kematangan. Bagaimanakah kita boleh mengharapkan penuaian? 

Kita harus menyedari bahawa pemuliaan serta transfigurasi bergantung pada pertumbuhan kita dalam hayat sehingga kita mencapai kematangan. Jika kita hendak dimuliakan, kita harus bertumbuh, kerana pemuliaan ialah hasil daripada kematangan. Apabila kita matang, kematangan itu akan menghasilkan pemuliaan. Pemuliaan tidak akan datang secara kebetulan atau berlaku secara semalaman; pemuliaan merupakan hasil daripada pertumbuhan dalam hayat. Dikbang dan dikkak, kita perlu bertumbuh. Sebagai tanaman Tuhan, kita perlu menjadi matang, sehingga tibanya masa penuaian, iaitu masa transfigurasi dan pemuliaan kita.

Dikonform kepada Imej Yang Sulung Itu

Paulus memulakan ayat 28 dengan kata-kata, “Dan kita tahu bahawa segala sesuatu bekerja bersama demi kebaikan mereka yang mengasihi Tuhan, iaitu mereka yang dipanggil menurut tujuan-Nya." Apakah tujuan panggilan Tuan? Kita menjumpainya dalam ayat 29. “Kerana mereka yang dipraketahui-Nya juga dipratakdirkan-Nya agar dikonform kepada imej Anak-Nya, supaya Dia dapat menjadi Yang Sulung dalam kalangan dikbang yang banyak.” Paulus tidak mengatakan bahawa Tuhan mempraketahui dan mempratakdirkan kita pergi ke tempat yang menggembirakan atau mempunyai hayat yang dapat bertahan buat selama-lamanya. Ini bukan takdir kita. Tuhan mempratakdirkan kita agar dikonform kepada imej Anak-Nya. Takdir ini ditetapkan bahkan sebelum kita dicipta.

Sebelum dunia dicipta, Tuhan telah menetapkan takdir sedemikian untuk kita. Dengan itu, ia merupakan prapentakdiran. Anak sulung Tuhan ialah prototaip, dan kita pula ialah penghasilan secara besar-besaran. Kristus ialah model, acuan, dan teladan. Tuhan telah meletakkan kita semua ke dalam-Nya agar kita dapat dibentuk dalam acuan menjadi imej Anak sulung-Nya. Akhirnya kita semua harus dikonform kepada acuan itu. Kadang-kala semasa dikkak membuat roti, mereka meletakkan adunan ke dalam acuan. Adunan yang diletakkan ke dalam acuan mempunyai bentuk dan imej acuan. Selain itu, adunan itu juga harus dibakar supaya roti itu mempunyai bentuk acuan dan tidak akan berubah. Jika adunan itu dapat bercakap, mungkin ia akan berseru, "Dikkak, rahmatilah saya. Jangan tekan terlalu kuat. Saya tidak dapat menahannya. Sila lepaskan tangan." Akan tetapi,dikkak itu akan menjawab, "Jika saya melepaskan tangan, bagaimanakah kamu dapat menjadi bentuk acuan? Adunan yang dikasihi, selepas kamu diletakkan ke dalam acuan, kamu harus diletakkan ke dalam ketuhar. Kamu mungkin menganggap tekanan ini sudah cukup menderita bagi kamu; namun begitu, kamu juga memerlukan pembakaran. Selepas kamu mengalami tekanan dan haba yang tinggi, kamu akan mempunyai bentuk acuan yang kekal." Demikian juga, Kristus, Anak sulung Tuhan, ialah prototaip dan acuan, manakala kita ialah potongan adunan.

Kita semua telah diletakkan ke dalam acuan dan kini sedang diuli oleh tangan Tuhan, Kita telah dipratakdirkan agar dikonform kepada imej Anak Tuhan supaya Dia dapat menjadi yang pertama-lahir dalam kalangan dikbang yang banyak. Inilah tujuan Tuhan. Tujuan Tuhan ialah menghasilkan dikbang yang banyak bagi Anak sulung-Nya. Semasa Kristus ialah Anak tunggal, Dia adalah unik, namun Tuhan berhasrat untuk memperoleh anak yang banyak, yang akan menjadi dikbang yang banyak bagi Anak-Nya. Dengan cara ini, Anak tunggal Tuhan menjadi yang pertama-lahir dalam kalangan dikbang yang banyak. Dia ialah Anak sulung, dan kita pula ialah anak yang banyak. Apakah tujuan ini? Tujuannya adalah untuk kita mengekspresikan Tuhan secara korporat.

Soalan Kajian: 

Banyak orang Kristian berharap agar diangkat ke udara, yakni diraptur setelah mereka diselamatkan. Namun, harapan ini hanyalah angan-angan sekiranya kita tidak bertumbuh dalam hayat sehingga mencapai kematangan. Setelah membaca mesej ini, jelaskan kebenaran ini menurut cahaya dalam Roma Bab 8 berkenaan kerapturan atau pemuliaan sebagai hasil daripada kematangan. 


Mesej 19: Waris-waris Kemuliaan (2)
Mesej 21: Waris-waris Kemuliaan (4)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)