Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 19: Keperluan Orang Yang Hampir Mati- Disembuhkan Hayat
Mesej 18: Keperluan Orang Yang Tidak Bermoral- Dipuaskan Hayat (2)
Mesej 20: Keperluan Orang Yang Tidak Terdaya- Dihidupkan Hayat
Mesej 19: Keperluan Orang Yang Hampir Mati- Disembuhkan Hayat
2022-02-22 | 1 Komen
A- A+ Simpan

KEPERLUAN ORANG YANG HAMPIR MATI- DISEMBUHKAN HAYAT

Ayat-ayat Bible: Yoh. 4: 43-54

Kajian-hayat: Mesej 13

Bacaan Bible

Yohanes  4:50 Yesus berkata kepadanya, Pergilah, anakmu sudah hidup. Orang itu mempercayai kata yang dibicarakan Yesus kepadanya lalu pergi dari situ. 

Petikan Bacaan:  

KEPERLUAN ORANG YANG HAMPIR MATI — DISEMBUHKAN HAYAT 

ORANG LEMAH DAN RAPUH YANG HAMPIR MATI 

    Kes ini, iaitu kes yang ketiga antara sembilan kes, mewahikan bahawa orang yang hampir mati memerlukan penyembuhan. Kes ini berkenaan dengan anak seorang pegawai diraja yang hampir mati. Pertama-tamanya manusia sejagat memerlukan kelahiruan, kedua kepuasan, dan ketiga penyembuhan. Kita semua memerlukan penyembuhan tertentu. Dari satu segi, kita hidup; dari segi yang lain, kita semua sedang mati.

    Kita telah dilahirukan; hari demi hari, kita boleh menghubungi Tuan, iaitu Roh yang hidup, untuk kepuasan kita. Di samping itu, kita memerlukan penyembuhan. Kita semua merupakan orang yang sakit dan yang sedang mati. Kita adalah orang yang jatuh, lemah dan rapuh; kita sedang mati dan memerlukan penyembuhan daripada Tuan. Jika kamu menerima penyembuhan daripada Tuan Yesus, kematian kamu akan menjadi hidup. 

    Roma 8:11 berkata, jika kita membenarkan Roh yang huni secara dalaman berumah dalam diri kita, maka Roh yang huni secara dalaman ini akan menepui tubuh kita yang akan mati, yang sedang mati itu dengan hayat kebangkitan. Tubuh kita yang akan mati itu akan dihidupkan, dirangsang, dan disembuhkan dengan hayat divin. Roma 8 mewahikan bahawa ketiga-tiga bahagian kita, roh, sukma, dan tubuh, boleh menerima hayat divin. Apabila kita percaya kepada Tuan Yesus, Dia sebagai Roh beri-hayat memasuki roh kita. Disebabkan Dia ialah Roh beri-hayat, maka Roh ini digelar Roh hayat dalam Roma 8:2; ini bermaksud bahawa Roh divin ialah hayat. Apabila kita menyeru nama Tuan Yesus, Roh divin yang merupakan hayat masuk ke dalam roh kita dan menghidupkannya. Oleh yang demikian, roh kita ialah hayat (Roma 8:10). Apabila kita meletakkan minda sukma kita pada roh, minda kita juga menjadi hayat (Roma 8:6). Jika kita memberi ruang kepada Roh yang huni secara dalaman, Roh itu akan menyebarluaskan diri-Nya dari dalam roh kita melalui sukma kita ke dalam tubuh kita, menjadikan tubuh kita yang akan mati itu tubuh yang penuh dengan hayat. Akhirnya, hayat divin ini menjadi hayat empat kali ganda: hayat dalam Roh divin, hayat yang memenuhi roh kita, hayat yang menepui sukma kita, dan hayat yang meresapi tubuh kita. Seluruh diri kita —roh, sukma, dan tubuh —akan dipenuhi, ditepui, dan diresapi dengan hayat divin. Inilah penyembuhan. Setiap kali hayat divin masuk ke dalam satu bahagian daripada diri kita, hayat ini menyembuhkan bahagian tersebut. Ini bermaksud bahawa hayat divin menukar maut dalam bahagian kita itu menjadi hayat. Maut ditelan oleh hayat —inilah penyembuhan. 

MELAKUKAN PENYEMBUHAN MELALUI KATA YANG MEMBERI HAYAT DAN MENERUSI KEPERCAYAAN

    Walaupun pegawai diraja itu meminta agar Tuan turun dan menyembuhkan anaknya (4:47, 49), Tuan berbicara sahaja dan budak Itu pun disembuhkan. “Yesus berkata kepadanya, Pergilah, anakmu sudah hidup. Orang itu mempercayai kata yang dibicarakan Yesus kepadanya lalu pergi dari situ” (4:50). Pegawai diraja itu mempercayai kata yang keluar dari mulut Tuan. Apabila dia mendapat tahu daripada abdi-abdinya bahawa budak 1tu sudah hidup, dia dan seisi rumahnya percaya (4:51-53). Haleluya demi kata yang memberi hayat! Kita suka akan kata yang memberi hayat, bukan kata dalam huruf-huruf mati, tetapi kata yang merupakan Roh. Tuan hanya membicarakan kata yang memberi hayat, dan budak yang hampir mati itu pun disembuhkan. Hari ini Tuan masih membicarakan kata-kata-Nya yang menyembuh. Apabila orang yang hampir mati menerima kata im menerusi kepercayaan, mereka disembuhkan melalui hayat. Sebaik sahaja kata yang memberi hayat itu ditransfuskan ke dalam kita, sama ada kita sedar atau tidak, kita tidak mungkin akan sama lagi. Kata yang memberi hayat membawa kepada kita perubahan yang sebenar dalam hayat. 

    Apabila orang yang hampir mati menerima kata menerusi kepercayaan dan disembuhkan melalui hayat, menurut prinsip, hal ini merupakan penukaran maut menjadi hayat. Maut, iaitu kekuatan yang menyebabkan orang mati, telah diatasi hayat. Puji Tuan untuk hayat-Nya yang menyembuh dan untuk kata yang memberi hayat yang menyembuhkan semua penyakit kata! Sumber maut ialah pohon pengetahuan, dan sumber hayat ialah pohon hayat. Kita telah dilahirkan ke dalam penyakit maut. Kata hayat Tuan menyembuhkan kematian kita. Yang kita perlukan hanyalah menerima dan percaya kepada kata-Nya yang memberi hayat dan menyembuh. 

    Kes anak pegawai diraja itu disembuhkan menandakan bahawa kita tidak perlu menghubungi Tuan secara jasmaniah; asalkan kita mempunyai kata-kata Tuan, itu sudah mencukupi. Walaupun kita tidak ada hadirat Tuan yang jasmaniah, asalkan kita ada kata-kata-Nya dan kerja-Nya, itu sudah cukup baik; selain itu, kita tidak memerlukan apa-apa lagi. Apabila kita mempunyai kata-kata Tuan, kita akan diselamatkan dan dipenuhi Tuan. Kata-kata-Nya sahaja sudah cukup untuk menyembuhkan dan menyelamatkan kita.

Mesej 18: Keperluan Orang Yang Tidak Bermoral- Dipuaskan Hayat (2)
Mesej 20: Keperluan Orang Yang Tidak Terdaya- Dihidupkan Hayat
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
Kong Mu Feng pada 2022-03-05
Begitu ajaibnya-hayat divin ini akan menjadi hayat empat kali ganda: hayat dalam Roh divin, hayat yang memenuhi roh kita, hayat yang menepui sukma kita, dan hayat yang meresapi tubuh kita.