Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 12: Pembelengguan Hukum Dalam Tubuh Daging Kita (1)
Mesej 11: Persepaduan Dengan Kristus
Mesej 13: Pembelengguan Hukum Dalam Tubuh Daging Kita (2)
Mesej 12: Pembelengguan Hukum Dalam Tubuh Daging Kita (1)
2021-04-20 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PEMBELENGGUAN HUKUM DALAM TUBUH DAGING KITA 

Ayat-ayat Bible: Roma 7:1-6

Kajian-hayat: Mesej 12

Bacaan Bible:

Roma 7:4 Dengan demikian, dikbang-dikbangku, kamu juga telah dimatikan terhadap hukum menerusi tubuh Kristus supaya kamu dapat disatukan kepada yang lain, kepada Dia yang telah dibangkitkan daripada yang mati, agar kita dapat berbuah bagi Tuhan.

Petikan Bacaan: 

 Roma 7 mendedahkan pembelengguan hukum dalam tubuh daging kita. Walaupun kita telah disepadukan dengan Kristus menerusi baptisan, namun hukum Tuhan di luar kita dan tubuh daging di dalam kita masih wujud. Dalam Roma 5 dan 6, Paulus menghuraikan dengan jelas bahawa sekarang kita berada di bawah kurnia, bukan di bawah hukum. Walau bagaimanapun, dia belum lagi menghuraikan bagaimana kita boleh tidak berada di bawah hukum. Bagaimanakah kita dibebaskan daripada hukum? Jawapan untuk soalan-soalan ini ditemui dalam Roma 7, terutamanya dalam enam ayat yang pertama. Sekiranya kita ingin memahami bagaimana kita telah dibebaskan daripada hukum, kita harus mengenali dua suami dalam Roma 7.

DUA SUAMI

Siapakah suami pertama dalam Roma 7? Dalam penciptaan Tuhan, kedudukan asal manusia ialah kedudukan seorang isteri. Yesaya 54:5 mengatakan bahawa Tuhan Pencipta kita ialah suami kita. Oleh itu, menurut penciptaan Tuhan, manusia mempunyai kedudukan seorang isteri. Sebagai isteri kepada Tuhan, kita harus bergantung pada-Nya dan mengambil-Nya sebagai kepala kita. Inilah kedudukan asal kita. Namun, manusia telah jatuh. Manusia yang jatuh telah dengan sendiri mengambil kedudukan suami. Manusia yang dicipta Tuhan ialah seorang isteri; manusia yang jatuh telah menjadi suami. Manusia yang jatuh yang mengambil kedudukan suami telah merdeka daripada Tuhan dan menjadikan dirinya sebagai kepala, sebagai suami.

Memandangkan manusia yang jatuh mahu menjadi suami, maka Tuhan memberinya hukum. Hukum bukan ditujukan kepada isteri tetapi kepada suami yang jatuh. Oleh itu, hukum ini menjadi hukum manusia lama, hukum suami (7:2). Walau bagaimanapun, Tuhan tidak berniat agar manusia lama mematuhi hukum kerana manusia lama tidak dapat mematuhinya. Hukum diberikan supaya manusia lama didedahkan. Pemikiran ini adalah menurut Bible, Roma 8:20 berkata, "Kerana menerusi hukum, orang mempunyai pengetahuan yang jelas berkenaan dosa." Hukum memberi kita pengetahuan tentang dosa. Selain itu, Roma 5:30 berkata, "Dan hukum masuk dari sisi agar kesalahan bertambah banyak." Hukum tidak masuk agar kesalahan dapat dikurangkan atau dihadkan. Itu konsep dan pemikiran alamiah kita. Paulus berkata bahawa hukum masuk supaya kesalahan bertambah banyak, ini bermaksud bahawa kesalahan mungkin bertambah dengan banyak. Oleh itu, Bible menunjukkan bahawa hukum diberi kepada kita bukan untuk dipatuhi, tetapi untuk dilanggar.

Hukum telah diberi kepada manusia lama, tetapi manusia lama, suami lama, sudah mati. Memandangkan suami lama saya sudah mati, saya sebagai isterinya, telah dilepaskan daripada hukumnya. Paulus mengatakan bahawa hukum suami mengawal isteri selagi suaminya hidup. Namun, apabila suami mati, isteri adalah bebas. Suami lama kita ialah manusia lama kita. Sekarang kita ialah manusia baru yang dilahirukan. Oleh sebab hukum itu diberi kepada suami lama dan memandangkan dia sudah mati di atas salib, maka kita bebas daripada hukumnya. Inilah sebabnya kita tidak lagi berada di bawah hukum.

Sekarang kita telah dikahwinkan kepada Kristus, suami baru kita. Kita telah melihat Roma 7:4 yang mengatakan bahawa kita telah dikahwinkan kepada Kristus, "kepada Dia yang telah dibangkitkan daripada yang mati". Kristus ialah suami baru kita. Orang yang dilahirukan, tidak kira percayawan lelaki atau perempuan merupakan sebahagian daripada isteri. Oleh sebab Kristus ialah suami kita, kita harus bergantung pada-Nya dan mengambil Dia sebagai Kepala kita (Ef. 5:23). Jika kita melakukan ini, kita akan menghasilkan buah dalam kebangkitan bagi Tuhan (7:4) dan melayan Tuan dalam kebaruan roh (7:6). Kita bukan lagi dalam tubuh daging, tetapi dalam kebaruan roh.

Pemikiran yang dalam di sini sepadan dengan kedalaman justifikasi Tuhan yang dilihat dalam contoh Abraham. Dalam justifikasi Tuhan, Dia memanggil umat pilihan-Nya keluar daripada segala-gala yang selain Tuhan untuk kembali kepada-Nya. Dia memanggil mereka keluar daripada status mereka yang jatuh untuk kembali kepada-Nya, supaya umat yang dipanggil dan dipilih-Nya tidak bergantung pada diri sendiri untuk kehidupan mereka, sebaliknya bergantung pada Tuhan untuk segala-galanya. Ini bererti apabila mereka kembali kepada Tuhan, mereka menjadikan Dia suami mereka. Menjadikan Tuhan sebagai suami kita bererti menamatkan segala apanya kita, segala milik kita, dan segala yang kita lakukan serta menaruh kepercayaan kepada Tuhan untuk segala-galanya. Menjadikan Kristus sebagai suami kita juga bererti kita percaya kepada Kristus. Kita bukan lagi hidup melalui diri sendiri tetapi hidup melalui Kristus. Kristus ialah suami kita, kepala kita, persona kita, dan hayat kita. Kita telah ditamatkan dan bukan lagi siapa-siapa. Kristus hidup dalam kita dan untuk kita. Dengan itu, saya berada di bawah kurnia sepenuhnya, sama sekali tidak lagi berada di bawah hukum. Hukum tidak ada apa-apa kaitan dengan saya, dan saya tidak ada apa-apa kaitan dengan hukum. "Kerana menerusi hukum aku telah mati terhadap hukum" (Gal. 2:19). Sekarang dalam kurnia saya ini hidup terhadap Tuhan.

Soalan-soalan Kajian: 

1. Wahi divin berkenaan pemberian hukum oleh Tuhan kepada manusia sama sekali bercanggah dengan konsep manusia. Jelaskan pernyataan ini dan mengapakah Tuhan memberi manusia hukum?

2. Kita yang dilahirukan, tidak kira percayawan lelaki atau perempuan, ialah sebahagian daripada isteri Tuhan. Bagaimanakah kita memahami ungkapan bahasa divin ini?


Mesej 11: Persepaduan Dengan Kristus
Mesej 13: Pembelengguan Hukum Dalam Tubuh Daging Kita (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)