Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 11: Prinsip Hayat
Mesej 10: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (7)
Mesej 12 & 13: Tujuan Hayat
Mesej 11: Prinsip Hayat
2022-01-25 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Prinsip Hayat

Ayat-ayat Bible: Yoh. 2:1-11

Kajian-hayat: Mesej 6

Petikan Bacaan: 

PRINSIP HAYAT—MENUKAR MAUT MENJADI HAYAT 

Kisah Yesus menukar air menjadi wain bukan sekadar cerita, tetapi perkara yang disempurnakan Tuan Yesus untuk menetapkan prinsip hayat.  Prinsip hayat ialah menukar maut menjadi hayat.

Yesus Datang dalam Kebangkitan kepada Manusia yang Lemah dan Rapuh yang Berada dalam Kenikmatan Hidup Manusia

Tanda menukar air menjadi wain ini disempurnakan pada "hari ketiga"(2:1) yang melambangkan hari kebangkitan. Kana dalam bahasa Ibrani bermakna “tanah gelagah”. Dalam Bible, gelagah melambangkan manusia yang rapuh.Kedatangan Tuan ke Kana melambangkan kedatangan-Nya ke dalam dunia yang penuh dengan manusia yang lemah dan rapuh. Meskipun manusia di bumi ini lemah dan rapuh seperti gelagah, namun Tuan datang kepada mereka dalam kebangkitan. Majlis perkahwinan yang dihadiri Yesus dalam Yohanes 2 diadakan di Kana, Galilea, tempat yang dipandang hina (7:52). Sebagai tempat yang dipandang hina, Galilea melambangkan keadaan dunia yang hina dan rendah. 

Perkahwinan melambangkan kelanjutan hayat manusia. Jamuan perkahwinan melambangkan kenikmatan dan keseronokan hidup manusia. Wain pula melambangkan hayat. Justeru, kenikmatan manusia bergantung pada hayat manusia. Apabila hayat sampai ke penghujungnya, segala kenikmatan akan berakhir. 

Hayat Manusia Mereka sudah Habis dan Mereka Dipenuhi Maut 

Meskipun majlis perkahwinan ialah majlis yang meriangkan, namun keriangan tersebut hanya sementara. Inilah perkahwinan manusia, kenikmatan manusia. Wain yang menjadi pusat kenikmatan majlis perkahwinan sudah habis (2:3). Ini melambangkan bahawa apabila hayat manusia sudah habis, kenikmatan hidup manusia juga tamat. Tidak kira betapa banyak keseronokan yang kamu nikmati, apabila hayat manusia kamu tamat, segala kenikmatan hidup kamu juga tamat. Tidak kira bagaimana keadaan perkahwinan kamu, apabila hayat manusia kamu sudah habis, perkahwinan kamu juga akan tamat dan kenikmatan berakhir. Inilah apa yang berlaku pada hari tersebut di Kana, Galilea. 

Tuan Yesus sudah tahu sebelum masanya bahawa wain akan kehabisan, dan Dia pergi ke Kana untuk menetapkan prinsip hayat, iaitu menukar maut menjadi hayat. Dengan menghadiri jamuan perkahwinan itu, Dia datang untuk menangani dan menyembuhkan keadaan tersebut. Tuan menyembuhkan keadaan manusia yang mati dengan mengubahnya menjadi hayat. Apabila Tuan datang ke dunia, Dia mengunjungi manusia dalam keadaan mereka yang ada kenikmatan tetapi tidak bertahan lama. Dia mengunjungi manusia dalam hidup mereka yang dipenuhi maut yang menyebabkan segala kenikmatan mereka tamat. Dalam jamuan perkahwinan kita ada Tuan! Usahlah kita takut, kerana Dia dapat menukar air menjadi wain. 

Sebelum melakukan mukjizat, Tuan menyuruh orang mengisi tempayan-tempayan itu dengan air (2:6-7). Tempayan-tempayan air ini diperbuat daripada batu; terdapat enam buah kesemuanya. Angka enam mewakili manusia yang dicipta, kerana manusia dicipta pada hari keenam (Kej. 1:27, 31). Kita, iaitu tempayan”, berada di Kana, iaitu tanah gelagah yang penuh dengan manusia yang lemah dan rapuh. 

Yesus Menukar Maut Mereka Menjadi Hayat Abadi 

Tuan menyuruh orang di situ mengisi keenam-enam wadah itu dengan air. Hal ini menunjukkan bahawa manusia alamiah penuh dengan kematian. Air dalam buku Kejadian 1 dan air baptisan melambangkan maut. Dalam kes ini, air juga melambangkan maut. Tuan menukar air menjadi wain dengan keajaiban; ini melambangkan bahawa Dia menukar maut kita menjadi hayat. Air melambangkan maut, dan wain melambangkan hayat. Apabila Tuan menukar air kita menjadi wain, wain dalam jamuan perkahwinan kita tidak akan kehabisan. Memandangkan kita telah dilahirukan, maka hayat berserta kenikmatan rohaninya akan berkekalan buat selama-lamanya. Kita akan mempunyai jamuan perkahwinan yang abadi, yang tidak akan berakhir. Jamuan ini bukan dalam hayat kita yang asal, tetapi dalam hayat baru yang kita terima menerus! 

Hayat pertama, iaitu hayat manusia yang dicipta, adalah hayat yang rendah; hayat yang terbaik ialah hayat yang kedua, iaitu hayat yang divin dan berkekalan. Hayat ini hayat yang terbaik kerana hayat ini hayat Tuhan sendiri dalam Kristus. Dengan itu, keseronokan kita akan kekal buat selama-lamanya. Kita mempunyai kenikmatan yang berkekalan kerana Kristus telah memindahkan kita dari maut ke dalam hayat. Dia sebagai hayat kita yang berkekalan dan abadi ini dapat mengekalkan keseronokan dan kenikmatan kita buat selama-lamanya. Suatu jamuan perkahwinan yang baru telah bermula ketika kita diselamatkan, dan jamuan tersebut tidak akan berakhir. Dalam kita sentiasa ada keriangan dan sentiasa ada jamuan perkahwinan kerana kita mempunyai wain divin, iaitu hayat divin — Tuan sendiri. Kita semua mempunyai pengalaman sedemikian. Sebelum kita diselamatkan, kita merupakan tempayan yang dipenuhi air maut. Pada suatu hari, kita berkata, “Tuan Yesus,” lalu Dia datang menukar air maut kita menjadi hayat. Tidak kira kita berada dalam apa jua keadaan yang mati, jika kita menyerahkan kes kita kepada Tuan Yesus, Dia akan menukar maut tersebut menjadi hayat.


Mesej 10: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (7)
Mesej 12 & 13: Tujuan Hayat
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)