Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 10: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (7)
Mesej 9: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (6)
Mesej 11: Prinsip Hayat
Mesej 10: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (7)
2022-01-21 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PENGENALAN KEPADA HAYAT DAN PEMBINAAN (7) 

Ayat-ayat Bible: Yoh. 1:19-51

Kajian-hayat: Mesej 5

Petikan Bacaan: 

Jambatan Masa

Yohanes Bab 1 mewahikan dua bahagian keabadian. Bagaimanakah Tuhan yang tidak ada keinsanan dalam keabadian lampau mempunyai keinsanan dalam keabadian akan datang sebagai tempat huni-Nya? Hal ini tidak berlaku dengan sekelip mata. Antara dua bahagian keabadian ini terdapat jambatan masa. Dalam keabadian lampau, Tuhan merancang dan menetapkan tujuan, tetapi Dia tidak membuat apa-apa. Dalam keabadian akan datang, Tuhan tidak akan membuat apa-apa kerana pada masa itu, segala sesuatu telah disempurnakan. Dalam keabadian akan datang, Dia hanya akan menikmati kerja-Nya yang sudah selesai. Dalam keabadian lampau, Dia merancang manakala dalam keabadian akan datang, Dia memperoleh kenikmatan. Segala sesuatu yang perlu disempurnakan Tuhan telah disempurnakan-Nya dalam jambatan masa. Dalam jambatan masa ini, Tuhan telah menyempurnakan lima perkara, dan kita perlu mempertimbangkan setiap perkara satu per satu. Mari kita mula mempertimbangkan penciptaan. 

1. Penciptaan

Tujuan penciptaan ialah menghasilkan wadah untuk menerima Tuhan sebagai hayat. Pertimbangkanlah butir-butir dalam penciptaan: langit, bumi, berjuta-juta benda fizikal, dan manusia. Tidak ada butir lain yang lebih penting daripada manusia. Menurut Bible, langit adalah untuk bumi, dan bumi adalah untuk manusia (Za. 12:1). Segala sesuatu adalah untuk manusia. Segala sesuatu adalah untuk manusia, dan manusia ini adalah untuk Tuhan, menerima Tuhan dan menyempurnakan tujuan-Nya. Dalam manusia terdapat roh yang merupakan satu-satunya penerima untuk menerima Tuhan. Melalui penciptaan-Nya, Tuhan menghasilkan langit untuk bumi, bumi untuk manusia, dan manusia yang mempunyai roh sebagai penerima untuk menerima Tuhan sebagai hayatnya.  

2. Inkarnasi

Butir kedua ialah inkarnasi. Tanpa penciptaan, Tuhan tidak ada jalan untuk menjadi manusia. Penciptaan menyediakan jalan dan memberi Dia sarana untuk menjadi manusia. Dengan demikian, di bumi ini terdapat seorang manusia yang kecil, iaitu Yesus, yang ada Tuhan di dalam-Nya. Tuhan dibawa ke dalam manusia. Itulah perkara yang paling ajaib. Melalui inkarnasi, Tuhan dibawa ke dalam manusia sejagat dan menjadi satu dengan manusia. Kedivinan dan keinsanan menjadi satu unit.   

3. Penebusan

Butir ketiga yang ada dalam jambatan masa ialah penebusan. Setelah hidup di bumi selama tiga puluh tiga tahun setengah, Tuan sebagai Anak Domba Tuhan pergi ke salib. Anak Domba Tuhan adalah untuk penebusan. Melalui penebusan, Tuhan bukan sahaja menghapuskan dosa, tetapi juga menamatkan seluruh ciptaan lama. 

4. Pengurapan

Pengurapan menyusuli penebusan. Pengurapan diberi melalui burung merpati, yakni Roh itu yang merupakan lanjutan bagi Anak Domba. Anak Domba telah menghapuskan dosa dan menamatkan ciptaan lama, dan burung merpati, yakni Roh itu, datang untuk melahirukan, menyalurkan hayat, mentransform, menyatupadukan, dan membina. Burung merpati, yakni Roh itu, melahirukan manusia yang dicipta, mentransform manusia alamiah, dan menyatukan manusia yang ditransform. 

Saya mempunyai keyakinan penuh bahawa semua orang kepunyaan Tuan akhirnya akan ditransform. Lambat-laun, kita semua akan ditransform. Transformasi bukan bergantung pada kita, tetapi bergantung pada-Nya. Kita telah dipilih dan ditetapkan-Nya, maka kita tidak dapat melepaskan diri daripada-Nya. Apabila kita masuk ke dalam Yerusalem Baru, kita akan melihat bahawa setiap orang menjadi yaspis, batu berharga (Wahi 21:11). 

5. Pembinaan

Selepas penciptaan, inkarnasi, penebusan, dan pengurapan, terdapat pembinaan. Tuan memerlukan bangsa Israel yang sudah bersiap sedia dan gereja yang terbina untuk kembali. Lihatlah Israel: dia hampir siap sedia. Walaupun Israel hampir bersiap sedia, namun gereja belum bersiap sedia lagi. Tuan tidak mementingkan berapa bilangan orang. Asalkan terdapat sebilangan kecil orang yang terproses, ditepui, ditransform, dan dibina dengan sepenuhnya oleh-Nya dan melalui-Nya, itu sudah mencukupi. 

Setelah mengalami kelima-lima butir ini, kita akan masuk bersama dengan Tuan ke dalam keabadian yang akan datang. Pada masa itu, Dia ialah Anak Tuhan dan juga Anak Manusia. Sebagai Anak Tuhan, Dia menjadi hayat kita, dan sebagai Anak Manusia, Dia menjadi tempat huni Tuhan. Kita akan digabungkan kepada-Nya, bahkan berbaur dengan-Nya, dan kita akan menikmati keabadian bersama dengan-Nya buat selama-lamanya. 


Mesej 9: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (6)
Mesej 11: Prinsip Hayat
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)