Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kristian MERAYAKAN HARI KRISMAS (3)—Keadaan Sebenar Perayaan Krismas
MERAYAKAN HARI KRISMAS (2)—Dari Manakah Asal Krismas?
Makna Rohani bagi Tahun Baru (1)—Tahun, Bulan, dan Hari ialah Peluang yang Disediakan Tuhan
MERAYAKAN HARI KRISMAS (3)—Keadaan Sebenar Perayaan Krismas
2016-12-05 | 1 Komen
A- A+ Simpan

(Rencana berikut dipetik daripada tulisan Watchman Nee dalam Majalah Kristian Terbitan No. 11, pada November 1926 berkenaan perayaan Krismas yang begitu popular dalam kalangan orang Kristian malah juga diraikan sedunia pada zaman sekarang. Marilah kita merenungkan kata-kata ini dengan waras dan penuh takwa kepada Tuhan. Semoga Tuhan memberkati setiap hati yang ingin mencari kebenaran-Nya.)

Mengapakah manusia merayakan hari Krismas? Saya takut bahawa pada hakikinya, perbuatan tubuh daging lebih banyak daripada peringatan dari segi rohani! Gurau senda, gelak ketawa, hiburan, dan banyak lagi perbuatan mengikut nafsu yang mengganggu ketenteraman roh, bukan sahaja merosakkan tubuh, tetapi juga memberi luka parah kepada roh sampai membawa maut. Selepas saya diselamatkan, saya pernah menghadiri beberapa majlis Krismas ini. Akan tetapi, selepas saya pulang ke rumah, saya tidak berasa gembira. Sebaliknya, saya perlu mengaku dosa-dosa saya di hadapan Tuan kerana berbahagian dalam perhimpunan ini. Secara terus terang, majlis atau parti Krismas ini, dalam erti kata yang paling teruk, hanyalah memberi kesempatan untuk tubuh daging, dan dalam erti kata yang paling baik, merupakan sesuatu yang merangsang sukma dan menimbulkan kekeliruan. Perkara yang paling bermanfaat pada roh ialah mematuhi Sabda Tuan, iaitu hanya memperingati kematian Tuan, selain itu tidak ada apa-apa lagi. Oleh itu, untuk menerima manfaat yang terbesar, kita tidak harus merayakan hari Krismas.

Saya tidak tahu sampai bila baru anak-anak Tuhan akan mengasingkan hal-hal duniawi daripada hal-hal rohani, hal-hal manusia daripada hal-hal Tuhan. Sekiranya pada suatu hari, dikbang dan dikkak kita secara sukarela mengasingkan diri daripada kelab-kelab sastera, konsert muzik, parti sambutan, kelab hiburan, dan majlis sosial, dengan itu melukiskan garis pemisah yang jelas dengan dunia, maka mereka akan menerima kudrat untuk menjadi saksi-saksi Tuhan. Hai, gurau senda merupakan pemusnah terbesar kepada kehidupan yang salih! Pesta pora merupakan ulat berenga dalam kehidupan rohani! Perayaan dan majlis sosial merupakan senjata yang mengepung hayat dan kudrat kudus percayawan! Dikbang dan dikkak yang muda terutamanya harus berhati-hati terhadap hal-hal ini!

MERAYAKAN HARI KRISMAS (2)—Dari Manakah Asal Krismas?
Makna Rohani bagi Tahun Baru (1)—Tahun, Bulan, dan Hari ialah Peluang yang Disediakan Tuhan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
Elwin Yap pada 2016-12-16
Puji Tuan demi sabda-Nya yang begitu jelas.