Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kristian MERAYAKAN HARI KRISMAS (1)—Adakah ini Perintah Tuhan?
Mengapakah Orang Kristian Menderita?
MERAYAKAN HARI KRISMAS (2)—Dari Manakah Asal Krismas?
MERAYAKAN HARI KRISMAS (1)—Adakah ini Perintah Tuhan?
2016-12-03 | 0 Komen
A- A+ Simpan

(Rencana berikut dipetik daripada tulisan Watchman Nee dalam Majalah Kristian Terbitan No. 11, pada November 1926, berkenaan perayaan Krismas yang begitu popular dalam kalangan orang Kristian malah juga diraikan sedunia pada zaman sekarang. Marilah kita merenungkan kata-kata ini dengan waras dan penuh takwa kepada Tuhan. Semoga Tuhan memberkati setiap hati yang ingin mencari kebenaran-Nya.)

Bulan Disember sudah tiba, dan sekali lagi orang dalam pelbagai denominasi merayakan hari Krismas. Pada pendapat banyak percayawan, merayakan hari Krismas dan mengasingkan satu hari dalam setahun untuk memperingati kelahiran Penyelamat merupakan sesuatu yang baik. Saya memang tidak berani memandang hina pendapat anak-anak Tuhan. Akan tetapi, selain pendapat manusia, masih terdapat satu standard yang tunggal dan tertinggi—Sabda Tuhan, Bible. Soalan kita dan apa yang kita pentingkan bukan apa yang dikatakan manusia, tetapi apa yang dikatakan Tuhan. “Beginilah bersabdanya Tuan” merupakan mahkamah tertinggi bagi segala hal.

Adakah terdapatnya satu perintah dalam Bible yang mengarahkan kita memperingati kelahiran Tuan Yesus? Sekiranya anak-anak Tuhan sudi bertanyakan soalan ini, mereka akan disinari dengan cahaya Tuhan. Akan tetapi, alangkah menyedihkan kerana banyak orang telah lupa bertanyakan soalan ini. Menurut Bible, Tuan hanya memerintahkan kita agar memperingati kematian-Nya sewaktu jamuan makan malam-Nya. Dia tidak memerintahkan kita merayakan hari Krismas atau mematuhi hari Easter! Seseorang yang mempercayai Bible dengan sepenuhnya pasti akan bersetuju bahawa apa yang tidak diperintahkan Tuhan adalah sama penting dengan apa yang telah diperintahkan-Nya; kedua-dua mempunyai maksudnya. Sesetengah orang akan berkata, “Tuhan tidak melarang kita merayakan hari Krismas.” Tetapi adakah Tuhan memerintahkan kita merayakannya? Satu perkara yang sangat dikesali hari ini ialah percayawan akan cuba menyelidiki Kitab untuk mencari alasan yang dapat menjustifikasikan dosa mereka dan nafsu mereka. “Memandangkan Bible tidak melarang perkara ini, mengapakah kita tidak boleh melakukannya?” Oh, saya begitu mengharapkan anak-anak Tuhan tidak akan mengucapkan kata-kata begini! Semoga Tuhan memperkuat kita untuk berkata, “Jika Tuhan tidak memberi perintah ini, masakan saya berani melakukannya?”

Oh, pada zaman yang penuh murtad ini, anak-anak Tuhan haruslah amat berhati-hati. Standard gerak-hidup kita bukanlah sama ada Tuhan melarang sesuatu atau tidak, tetapi sama ada Tuhan memberi perintah atau tidak. Kita bukan sahaja tidak harus membuat perkara-perkara yang dilarang Tuhan, tetapi kita juga tidak harus membuat sesuatu yang tidak diperintah Tuhan. Jikalau anak-anak Tuhan benar-benar sudi mematuhi sabda Tuhan dengan cara ini, masakan ada lagi ruang untuk tradisi dan sistem manusia? Akan tetapi, sedih sekali! Manusia sentiasa cuba mengelakkan mata pedang Roh itu yang tajam. Asalkan sesuatu itu tidak dilarang, biarpun tidak ada perintah daripada Tuhan, dan biarpun perkara tersebut sama sekali bertentangan dengan semangat salib Tuan Yesus, orang menyangka bahawa tidak ada larangan secara terang-terang berertinya mereka dapat bertindak menurut tubuh daging! Betapa lemahnya hati ini dalam mematuhi sabda Tuhan!

Mengapakah Orang Kristian Menderita?
MERAYAKAN HARI KRISMAS (2)—Dari Manakah Asal Krismas?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)