Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Menikmati Kekayaan Kristus Setiap Hari (2)
Menikmati Kekayaan Kristus Setiap Hari (1)
Lupakan Kemenangan Lampau: Contoh daripada Yerikho dan Ai
Menikmati Kekayaan Kristus Setiap Hari (2)
2018-05-23 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Dalam artikel lepas kita telah melihat aspek pertama kekayaan Kristus, iaitu segala apanya Kristus kepada kita, dan bagaimana kita dapat menikmati kekayaan-Nya.

Dalam artikel ini kita akan melihat dua lagi aspek kekayaan Kristus ini, iaitu segala yang dimiliki-Nya untuk kita dan segala yang telah disempurnakan, dicapai, dan diperoleh-Nya untuk kita, serta bagaimana kita dapat menghargai, mengalami, dan menikmatinya dalam kehidupan harian kita.

II.  Segala yang Dimiliki-Nya untuk Kita

Sebuah kidung menunjukkan bahawa dalam penyatuan kita dengan Kristus—disebabkan kini kita adalah satu roh dengan-Nya (1 Kor. 6:17)—kita memiliki segala apa-Nya Dia! Dengan kata lain, segala yang dimiliki-Nya adalah kepunyaan kita!

Rangkap 1 dalam Kidung, #359 berkata, “Satu dengan-Mu, Tuan Yesus, / Bersatu roh dengan-Mu; / S’gala-Mu hidup dalam ku, / Kini ku nikmati-Mu.” Bahagian korus menyimpulkan dengan mengatakan bahawa dalam penyatuan kita dengan Kristus, “Limpahan-Mu bekalan ku, / Diri-Mu segala ku.”

Kidung ini seterusnya menunjukkan kekayaan Kristus yang dapat kita berbahagian dalam apabila kita bersatu dengan-Nya. Misalnya:

Kekayaan Kristus termasuklah kepatuhan-Nya yang mutlak

Kematian Tuan di atas salib adalah kemuncak perendahan diri Kristus. Dia sama sekali patuh kepada kehendak Bapa. Menerusi kematian-Nya di atas salib, kita yang percaya kepada-Nya berbahagian dalam hayat insani Kristus, dan kepatuhan-Nya yang mutlak ini juga menjadi tersedia kepada kita.

Sebagai manusia yang jatuh dan berdosa, kita memberontak terhadap Tuhan dan manusia. Bahkan selepas kita diselamatkan, kita mendapati bahawa kita tetap hidup dengan sikap memberontak. Sikap sedemikian menghalang persekutuan kita dengan Tuhan dan merosakkan hubungan manusia kita seperti kehidupan perkahwinan dan kehidupan keluarga.

Akan tetapi, Tuan Yesus kita patuh kepada Tuhan, bahkan sehingga mati, malah mati di atas salib (Flp. 2:8). Apabila kita menghubungi Dia dalam roh kita, iaitu kita dibaurkan dengan Roh-Nya yang limpah lengkap, kita beroleh bekalan daripada kepatuhan-Nya yang mutlak, yang tidak kehabisan!

Kekayaan Kristus termasuklah kudrat kebangkitan-Nya

Kita juga berbahagian dalam kudrat kebangkitan Kristus. Efesus 1:19-20 berkata, “Apakah kehebatan kudrat-Nya yang melangkau terhadap kita yang percaya, menurut operasi keperkasaan daya-Nya yang dioperasikan Tuhan dalam Kristus bagi membangkitkan Dia daripada yang mati…”

Ini bukan kudrat yang ajaib tetapi operasi divin yang dioperasikan Tuhan dalam Kristus dengan membangkitkan Dia daripada yang mati. Kudrat kebangkitan yang sama ini kini beroperasi dalam kita dalam penyatuan kita dengan Kristus.

“Terhadap kita yang percaya” secara literal bermaksud “terhadap kita iaitu orang yang percaya”. Oleh itu, adakah kamu seorang yang percaya? Salah satu cara yang terbaik untuk menjadi “orang yang percaya” ialah membuka mulut. Dalam 2 Korintus 4:13 Paulus berkata, “Dan oleh sebab kami mempunyai roh iktikad yang sama menurut apa yang tertulis, ‘Aku percaya, maka aku berbicara,’ kami juga percaya, maka kami juga berbicara.” Kita berbicara, sama ada dengan menyeru nama Tuan, menyanyi kidung, mengucap syukur, atau memuji Tuan (Ef. 5:18-20), membuka “suis” kepercayaan kita secara berterusan. Dalam penyatuan sedemikian dengan Kristus, kita berterusan menerima kekayaan yang dimiliki Kristus untuk kita.

III. Segala yang telah Disempurnakan, Dicapai, dan Diperoleh-Nya untuk Kita

Mari kita lihat hal-hal yang menakjubkan, yang telah disempurnakan, dicapai, dan diperoleh-Nya untuk kita.

Segala yang telah Disempurnakan Kristus     

Segala yang telah disempurnakan Kristus termasuklah inkarnasi-Nya, kehidupan insani-Nya yang sempurna, kematian-Nya yang serba merangkumi, kebangkitan-Nya yang unggul, dan kenaikan-Nya ke syurga yang serba melangkaui. Dalam Roh Kristus terdapat realiti bagi kesemua yang disempurnakan ini. Apabila kita minum Roh-Nya dengan menyeru nama-Nya (1 Kor. 12:13, 3), segala yang disempurnakan-Nya adalah kepunyaan kita.

Segala yang telah Dicapai Kristus

Pencapaian Kristus daripada kenaikan-Nya ke syurga “jauh mengatasi segala syurga” (Ef. 4:10). Apabila kita rasa bahawa kita berada di lubang yang dalam, kita perlu menyeru Tuan yang jauh mengatasi segala. Dengan menghubungi Tuan secara demikian, kita melangkaui segala masalah kita dalam-Nya.

Pencapaian Kristus juga merangkumi Dia dimahkotai kemuliaan dan kehormatan dalam kenaikan-Nya ke syurga (Ibr. 2:9). Apabila kita menghubungi Dia sebagai Tuan kita yang naik ke syurga, kita turut diinfusikan dengan kemuliaan dan kehormatan. Kemudian, sebagai duta-Nya, kita mengekspresikan kemuliaan dan kehormatan Kristus dalam pembicaraan kita kepada umat-Nya (2 Kor. 4:4).

Segala yang telah Diperoleh Kristus

Dalam kenaikan Kristus ke syurga, Dia beroleh kemaharajaan, ketuanan, dan kekepalaan serta segala kuasa. Dia juga beroleh ministri yang lebih unggul. Ibrani 8:6 berkata, “Tetapi kini Dia telah beroleh ministri yang lebih unggul sebagaimana Dia juga ialah Perantara waadah yang lebih baik; waadah ini telah digubal berdasarkan janji-janji yang lebih baik.”

Selepas menyempurnakan penebusan untuk kita dalam ministri-Nya di bumi, Kristus masuk ke dalam ministri-Nya di syurga dalam kenaikan-Nya ke syurga. Kini Dia sedang mengaplikasikan segala warisan daripada waadah baru yang digubal-Nya menerusi darah-Nya. Dia sedang meministerkan hayat syurgawi, kurnia, kuasa, dan kudrat kepada kita agar kita dapat menjalani kehidupan syurgawi di bumi. Betapa ajaibnya!

Kita perlu melihat bahawa semasa Kristus masuk ke dalam kita sebagai Roh beri-hayat (1 Kor. 15:45) kita menerima segala yang disempurnakan, diperoleh, dan dicpai-Nya. Betapa kayanya Kristus ini!

Belajar Menikmati Kekayaan Kristus dalam Kehidupan Harian

Kita harus melihat bahawa sebagai percayawan-Nya, kita ialah satu roh dengan Tuan (1 Kor. 6:17). Segala apanya Kristus serta segala kekayaan-Nya kini kepunyaan kita dan kini Dia hidup dalam kita! Dengan hidup satu roh dengan-Nya, kita berbahagian dengan kekayaan Kristus, termasuklah segala apanya Dia kepada kita, segala yang dimiliki-Nya untuk kita, dan segala yang telah disempurnakan, dicapai, dan diperoleh-Nya untuk kita. Kita hanya perlu memelihara diri kita agar sentiasa menghubungi Kristus dalam roh kita dengan menyeru nama-Nya, makan sabda-Nya, berbicara dengan-Nya sepanjang masa, dan menyanyi, mengucapkan syukur, serta memuji Dia. Dengan “membuka suistransmisi divin sedemikian, kita dapat mengaplikasikan tiga aspek kekayaan Kristus ini pada diri kita dalam kehidupan Kristian kita sehari-hari!

Mari kita respons kepada kata-kata ini dalam doa:

“Tuan Yesus, aku bersyukur kepada-Mu kerana menunjukkan kepadaku tiga aspek kekayaan-Mu yang tidak terduga untuk aku alami dan nikmati. Berilah aku tanggapan yang dalam bahawa kekayaan-Mu kini telah menjadi kepunyaanku dalam penyatuan bersama dengan-Mu dalam rohku. Tunjukkanlah kepadaku bahawa apa yang perlu aku lakukan ialah tinggal dalam penyatuan ini bersama dengan-Mu dengan percaya dan berbicara supaya Engkau dapat mengaplikasikan kekayaan-Mu padaku secara berterusan dalam kehidupan harianku.”

Menikmati Kekayaan Kristus Setiap Hari (1)
Lupakan Kemenangan Lampau: Contoh daripada Yerikho dan Ai
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)