Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Menghitung Hari Kita
YANG LAPAR DIKENYANGKAN-NYA DENGAN BENDA BAIK
Pernahkah Anda Menerima Panggilan Tuhan?
Menghitung Hari Kita
2016-11-04 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible: Mzm. 90:12; Ef. 5:16-17; Yoel 2:25

Dalam Mazmur, Musa berdoa kepada Tuhan, “Ajarlah kami menghitung hari kami / Agar kami beroleh hati yang arif.” Jika hari kita dihitung menurut kalendar, maka satu hari ialah satu hari dan satu tahun ialah satu tahun; ini mudah dihitung. Namun begitu, jika kita menghitung menurut pandangan Tuhan, maka sesetengah tahun dan hari akan diambil kira, manakala sesetengah tahun dan hari yang lain tidak akan diambil kira. Masa kita di bumi terhad. Bagaimanakah kita dapat diperkenan Tuhan dalam tahun dan hari yang begitu terhad? Bagaimanakah satu hari dapat dihitung sebagai satu hari dan satu tahun dapat dihitung sebagai satu tahun? Inilah subjek yang ingin kita perhatikan.

Sebenarnya, hari rohani kita dihitung mengikut keadaan kita di hadapan Tuhan. Apabila kita jauh daripada Tuhan dan mati dalam dosa, hari kita tidak dihitung di mata Tuhan. Akan tetapi, apabila kita bertaubat, berpaling kepada Tuhan, dan bersekutu dengan-Nya, hari rohani kita bermula.

Sesetengah daripada kita sudah lanjut usia; mungkin kita sudah berumur lima puluh tahun atau enam puluh tahun. Namun demikian, dari segi rohani, mungkin kita hanya berumur satu tahun atau satu bulan. Umur rohani kita mula dihitung pada hari kita dilahirukan dan diselamatkan. Hari kita menerima penyelamatan Tuan ialah hari permulaan sejarah rohani kita. Sebelum hari itu, tidak ada tahun rohani yang dihitung di hadapan Tuan. Malah selepas kita percaya kepada Tuan, satu tahun tidak semestinya dihitung sebagai satu tahun. Mungkin kita sudah menjadi seorang Kristian selama lima tahun, tetapi di mata Tuhan kamu tidak semestinya seorang Kristian yang berumur lima tahun. Dengan kata lain, selepas kita menjadi seorang Kristian, sesetengah hari dan tahun tidak diambil kira pada pandangan Tuhan. Kita dapat melihat daripada Bible bahawa sesetengah tahun dilangkaui kerana Tuhan menganggap masa itu sia-sia sahaja, iaitu tahun-tahun yang tidak boleh diambil kira.

Kita tidak harus berfikir bahawa hari yang telah kita hilang itu tidak banyak dan merupakan masa yang tidak penting. Jika kita mempertimbangkan perjalanan yang diambil orang Israel di gurun tandus, kita akan sedar betapa seriusnya hal membazirkan hari kita. Tiga bulan selepas orang Israel keluar dari Mesir, mereka tiba di Sinai (Kel. 19:1). Mereka tinggal di sana selama sepuluh bulan. Pada hari kedua puluh dalam bulan kedua pada tahun kedua, mereka meninggalkan Sinai dan menjelajah ke arah tanah yang dijanjikan Tuhan kepada mereka sebagai warisan mereka (Bil. 10:11-12). Ulangan 1:2 berkata, “Jauhnya sebelas hari perjalanan dari Horeb ke Kadesh-Barnea melalui jalan yang menuju ke Gunung Seir.” Kadesh-Barnea terletak di sempadan tanah Kanaan. Perjalanan dari Gunung Sinai ke Kanaan hanya mengambil masa sebelas hari. Namun setelah mereka tiba di Kadesh-Barnea, mereka tidak dapat masuk ke dalam Kanaan disebabkan ketidakpercayaan mereka. Selepas itu, mereka berkelana di gurun tandus selama tiga puluh lapan tahun sebelum keturunan mereka akhirnya masuk ke dalam Kanaan. Sesungguhnya, ini satu lencongan yang terlalu besar! Mereka bukan mengambil masa tiga atau lima tahun, tetapi tiga puluh lapan tahun. Mereka menghabiskan tiga puluh lapan tahun dalam perjalanan ke Kanaan yang hanya perlu mengambil masa dua tahun! Dalam perjalanan rohani kita, tidak terkira banyaknya hari yang terbazir. Sesetengah masalah dapat dibereskan dalam tiga hingga lima hari, namun masalah-masalah ini tetap tidak terselesai pada sesetengah orang selepas tiga hingga lima tahun. Mereka sama seperti orang Israel yang menjelajah berkeliling di gurun tandus dan membazirkan banyak masa. Ini kerugian yang besar. Kita tidak harus menganggapnya sebagai hal yang tidak penting.

YANG LAPAR DIKENYANGKAN-NYA DENGAN BENDA BAIK
Pernahkah Anda Menerima Panggilan Tuhan?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)