Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kidung Menghayati Kidung 311: Kedambaan untuk Bebas daripada Diri
Kidung 140
Kidung: Satu Perbuatan yang Luhur
Menghayati Kidung 311: Kedambaan untuk Bebas daripada Diri
2016-11-10 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Kidung #311

  1. O Tuan, pandang dan beri
    Ketulusan nan manis;
    Miskin roh, rendah hati,
    Kenal-Mu, lain tak cari.
  2. Lepas diri nan bongkak,
    Lepas sandaran harta,
    Lepas minat bermegah,
    Lepas nafsu dipuja.
  3. S’gala keangkuhan ku,
    Mohon kikiskan s’luruh;
    Tekad ku patuhi-Mu,
    Berhati rendah s’lalu.
  4. Bagai anak yang kecil,
    Hapus s’mua hikmat diri;
    Jalan dalam cah’ya-Mu,
    Gerak dengan daya-Mu.
  5. Sandar ribaan kasih,
    Rehat sukma yang letih;
    Damai manis rasai,
    S’luruh ku dipenuhi.
  6. Biar ku hidup begini,
    Tiap hari panjat puji;
    Tak ubah sampai mati,
    Datang-Mu aku nanti.

Kidung ini digubah oleh penulis kidung terkemuka Charles Wesley. Frasa “miskin roh” dalam rangkap 1 dipetik daripada kata-kata Tuan Yesus dalam Matius 5:3, iaitu permulaan ajaran Tuan di atas gunung. “Berberkatlah orang yang miskin dalam roh kerana kingdom syurga-syurga ialah milik mereka” (Mat. 5:3). Roh di sini bukan merujuk kepada Roh Tuhan tetapi kepada roh manusia, iaitu bahagian manusia yang terdalam. Roh manusia merupakan organ yang digunakan manusia untuk menghubungi Tuhan dan memahami hal-hal rohani.

Miskin dalam roh bukannya bererti roh yang miskin. Roh kita sama sekali tidak harus miskin. Miskin dalam roh bererti roh kita dikosongkan sepenuhnya, dan tidak berpegang pada hal-hal yang lama, sebaliknya memunggah semua benda yang lama supaya kita dapat menerima hal-hal yang baru kepunyaan kingdom syurga-syurga.

Apabila Tuan Yesus berbicara, “Bertaubatlah, kerana kingdom syurga-syurga sudah dekat” (Mat. 4:17), malangnya sedikit sahaja orang yang dapat menerima kata-kata-Nya, kerana roh mereka sudah penuh dengan hal-hal yang lain. Umpama Tuan menghidangkan minuman yang terbaik kepada mereka, tetapi disebabkan wadah mereka tidak kosong, maka mereka tidak dahaga. Sekiranya roh kita tidak dikosongkan, kita tidak dapat mengisikan kekayaan yang ingin diberikan Tuan. Oleh itu, apabila Tuan berbicara kepada disipal di atas gunung, Dia bermula dengan mengatakan bahawa kita perlu miskin dalam roh, iaitu roh kita perlu dikosongkan.

Rangkap-rangkap seterusnya dalam kidung ini menyenaraikan beberapa perkara yang harus dikosongkan, ditanggulangi dan diketepikan, supaya kita dapat dipenuhi Tuan. Kebongkakan kita, sandaran kita kepada harta, minat kita yang bercanggahan dengan kepentingan Tuan, nafsu tubuh daging, malah kepandaian yang alamiah semuanya boleh menjadi halangan yang menyebabkan kita tidak dapat menerima hal baru, wahi baru, pengalaman baru daripada Tuan.

Kita perlu memberi perhatian kepada kata-kata ini dan berdoa, “Tuan, punggahlah benda-benda yang sudah ada dalam aku; kosongkanlah roh aku. Aku tidak mahu apa-apa dalam roh aku yang menghalang Engkau masuk. Tuan, aku menghendaki Engkau menggunakan semua ruang dalam roh aku.”

Kidung 140
Kidung: Satu Perbuatan yang Luhur
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)