Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kristian Mengapakah Orang Kristian Menderita?
Apa itu Kurnia?
MERAYAKAN HARI KRISMAS (1)—Adakah ini Perintah Tuhan?
Mengapakah Orang Kristian Menderita?
2016-10-21 | 1 Komen
A- A+ Simpan

Mengapakah orang Kristian, yang percaya kepada Tuhan dan sepatutnya dijaga-Nya, masih mengalami penderitaan di dunia ini?

Tuhan yang dipercayai orang Kristian bukan Tuhan yang dibayangkan dalam agama, tetapi Tuhan yang diwahikan dalam Bible. Secara umum, agama menganggap Tuhan sebagai Tuhan yang menjaga kebajikan manusia, memberi damai sejahtera, kemakmuran dan kesenangan hidup. Inilah sebab utama manusia menyembah dan memuja dewa dewi serta pelbagai berhala. Namun begitu, Tuhan orang Kristian bukan Tuhan sedemikian. Bible mewahikan Tuhan yang mempunyai kehendak, tujuan, rancangan, dan ekonomi. Dia mempunyai kehendak-Nya pada setiap percayawan-Nya. Dalam proses ini, Dia mengizinkan sesetengah sekitaran malah penderitaan menimpa anak-anak-Nya supaya Dia dapat menyempurnakan kehendak-Nya yang baik pada mereka.

Misalnya, seorang raja ingin menyempurnakan dan melatih anaknya untuk menjadi raja yang layak menggantikannya. Sudah tentu dia perlu mengizinkan anaknya melalui kesusahan tertentu. Kadang-kadang dia mungkin mengatur sekitaran tertentu supaya anaknya menghadapi masalah dan menempuh penderitaan supaya akhirnya dia mendapat manfaat dan disempurnakan. Tujuannya supaya anaknya layak dan berkeupayaan untuk mewarisi takhtanya. Demikian juga Tuhan kita. Walaupun Dia membenarkan kita melalui sekitaran tertentu, namun di sebalik semua pengalaman ini terdapatnya tangan-Nya yang maha penentu dan penuh kasih, dan tangan-Nya yang menjaga dan memelihara.

Sebenarnya, penderitaan yang dialami orang Kristian mempunyai beberapa aspek:

  1. Kita ialah manusia yang dicipta namun telah jatuh dan berdosa. Sungguhpun kita telah ditebus dan dilahirukan menjadi anak-anak Tuhan, namun kita masih hidup di dunia yang berada di bawah laknat dan kutukan Tuhan. Oleh itu, sebagaimana orang yang tidak percaya mengalami bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kemarau, dan sebagainya, orang yang percaya turut akan mengalami hal yang sama. Kita tidak akan terkecuali daripada kemalangan ini hanya kerana kita telah percaya kepada Tuhan.
  2. Memandangkan kita masih hidup dalam dunia fizikal, maka jika kita melanggar hukum penciptaan Tuhan, hukum lumrah manusia, dan hukum masyarakat, kita juga akan menderita. Contohnya kita sakit selesema kerana tidak berbaju tebal pada hari sejuk; kita dipecat disebabkan malas bekerja; dan kita dipenjarakan kerana mencuri. Semua ini penderitaan, namun penderitaan ini bukan untuk Tuhan, tetapi merupakan akibat daripada kesalahan sendiri.
  3. Penderitaan dari segi positif. Satu Petrus 2:19-20 berkata, “Kerana inilah kurnia, jika seseorang, disebabkan perasaan terhadap Tuhan, menanggung kesedihan dengan menderita secara tidak adil. Kerana kemuliaan apakah itu jika kamu bersabar-tahan semasa berbuat dosa dan dihentam? Tetapi jika kamu bersabar-tahan semasa berbuat baik dan menderita, bagi Tuhan, inilah kurnia.” Sebagai orang Kristian, kita perlu menginjil dan bersaksi demi Tuan. Akan tetapi semasa kita menginjil, kita akan ditindas. Selain itu, dalam proses menggembala pekudus, kita juga akan mengalami penderitaan membesarkan anak-anak rohani, seperti yang dikatakan Paulus, “Anak-anakku, untukmu, aku sekali lagi menderitai sakit bersalin, hingga Kristus terbentuk dalam kamu.”

Roma 8:28-29a berkata, “Kita tahu bahawa segala sesuatu bekerja bersama demi kebaikan mereka yang mengasihi Tuhan, iaitu mereka yang dipanggil menurut tujuan-Nya. Kerana mereka yang dipraketahui-Nya juga dipratakdirkan-Nya agar dikonform kepada imej Anak-Nya.” Segala sesuatu di sini termasuk semua orang, semua perkara, dan semua benda, termasuk yang positif dan juga yang negatif. Kebaikan di sini pula tidak berkaitan dengan orang, perkara, atau benda yang fizikal, tetapi merujuk kepada kita memperoleh lebih banyak Kristus yang digarapkan ke dalam diri kita, agar kita dapat ditransform dan akhirnya dikonform kepada imej-Nya, imej Anak Tuhan.

Kita perlu memohon rahmat daripada Tuhan, agar kita tidak menderita disebabkan kesalahan diri sendiri, sebaliknya kita perlu bersikap positif untuk menghadapi penderitaan demi Tuhan, demi injil, dan demi pembinaan Tubuh Kristus. Penderitaan sebegini adalah bernilai di hadapan Tuhan dan diingati Tuhan.

Kidung #526

Tuhan tak pernah menjanjikan:
S’panjang hidup mu—langit biru,
Tiada gemawan, cerah ’tiasa,
Tiada derita, aman saja.

Tapi Dia janji beri kudrat,
Pancaran cah’ya, istirahat,
Kurnia dan bantuan bila ujian,
Simpati, kasih tak terbatas.

Apa itu Kurnia?
MERAYAKAN HARI KRISMAS (1)—Adakah ini Perintah Tuhan?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
Abigail pada 2016-11-21
Puji Tuan! Walaupun Dia membenarkan kita melalui penderitaan tertentu, namun di sebalik semua pengalaman ini terdapatnya tangan-Nya yang maha penentu dan penuh kasih, dan tangan-Nya yang menjaga dan memelihara. “Tuan, rahmatilah kami agar kami tidak menderita disebabkan kesalahan diri sendiri, sebaliknya bersikap positif untuk menghadapi penderitaan demi Tuhan, demi injil, dan demi pembinaan Tubuh Kristus. Amen”