Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Mengalami Kristus Menerusi Perbekalan Limpah Lengkap Daripada Roh Yesus Kristus (2)
Mengalami Kristus Menerusi Perbekalan Limpah Lengkap Daripada Roh Yesus Kristus (1)
Penyelamatan Daripada Sungutan Dan Bantahan
Mengalami Kristus Menerusi Perbekalan Limpah Lengkap Daripada Roh Yesus Kristus (2)
2020-10-30 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Kita mungkin menghadapi pelbagai jenis situasi dalam kehidupan perkahwinan, kehidupan kerja, dan dalam hubungan kita dengan dikbang dan dikkak. Situasi ini mungkin menyebabkan kita ditewaskan. Satu-satunya cara tidak tertewas adalah melalui perbekalan limpah lengkap daripada Roh Yesus Kristus. 

Kamu mungkin menganggur. Sekiranya kamu berdoa untuk pekerjaan dan Tuan memberi kamu satu pekerjaan, kamu mungkin akan gembira dan mengatakan bahawa mendapat pekerjaan ialah penyelamatan kamu. Sebenarnya, ia bukan penyelamatan. Dari segi yang lain, andai kata kamu telah menganggur dan tidak dapat mencari pekerjaan, dan kamu terpaksa mencari selama dua atau tiga bulan. Sekiranya kamu mempunyai kekuatan untuk jayeng atas penderitaan menganggur supaya kamu berhidupkan dan memperbesar Kristus menerusi perbekalan limpah lengkap daripada Roh Yesus Kristus, inilah penyelamatan yang tertinggi.

Walaupun istilah Roh itu adalah pendek dan ringkas, namun istilah ini mengandungi makna yang serba merangkumi. Roh itu merupakan rahsia bagi kemenangan kita. Dalam kehidupan manusia, salah satu perkara yang paling susah ialah memaafkan orang. Mengingati kesilapan seseorang adalah mudah, tetapi memaafkan kesilapan seseorang adalah susah. Memaafkan bermakna melupakan. Memaafkan kesalahan sesiapa sahaja sehingga tahap melupakannya memerlukan perbekalan limpah lengkap daripada Roh Yesus Kristus. Melalui Roh ini, kamu mengambil Kristus sebagai hayat kamu untuk kehidupan kamu. Melalui Roh ini, kamu mengambil Kristus sebagai teladan kamu untuk ekspresi kamu. Melalui Roh ini, kamu mengambil Kristus sebagai matlamat kamu dan pengejaran kamu semasa mencari-Nya. Melalui Roh ini, kamu memang berupaya melakukan segala sesuatu dalam Dia yang memperkudratkan kamu, dan inilah rahsia kamu.


Mengalami Kristus Menerusi Perbekalan Limpah Lengkap Daripada Roh Yesus Kristus (1)
Penyelamatan Daripada Sungutan Dan Bantahan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)