Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Menebus Masa
Bergerak-hidup dalam Kearifan—Merebut Setiap Peluang untuk Menebus Masa Kita
Hati ialah pintu masuk dan pintu keluar bagi hayat
Menebus Masa
2020-02-21 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Dalam Efesus 5:16, Paulus berkata, “Tebuslah masa, kerana hari adalah jahat.” Menebus masa bererti merebut setiap peluang yang ada. Ini adalah menjadi arif dalam gerak-hidup kita.

Kita harus menebus masa kerana hari adalah jahat. Pada zaman jahat ini (Gal. 1:4), setiap hari ialah hari jahat yang penuh dengan hal-hal jahat, yang membinasakan, merosakkan, dan membazirkan masa kita. Oleh itu, kita harus bergerak-hidup dengan arif supaya kita dapat menebus masa, merebut setiap peluang yang ada. Jika kita tidak merebut setiap peluang, masa kita akan dibazirkan. Banyak hal jahat akan masuk untuk mengganggu kita dan menghalang kita. Kita mungkin terganggu oleh panggilan telefon, surat, atau pelawat. Kita mungkin sedang menikmati hadirat Tuan dan tiba-tiba diserang menerusi panggilan telefon yang negatif. Oleh sebab hari adalah jahat, maka kita harus berwas-was untuk mengambil setiap peluang.

Ayat 17 seterusnya berkata, “Oleh itu, jangan menjadi jahil; sebaliknya, fahami apa itu kehendak Tuan.” Memahami kehendak Tuan ialah cara terbaik untuk menebus masa. Tidak memahami kehendak Tuan merupakan sebab utama masa kita dibazirkan. (Life-study of Ephesians, mesej 51)

Masa amat berharga. Jika masa bukannya berharga, maka ia tidak berbaloi ditebus. Apa-apa yang tidak bernilai itu tidak berbaloi ditebus. Oleh sebab masa begitu berharga, maka kita harus menebusnya dengan merebut setiap peluang yang ada. Kita harus menghargai masa yang kita ada, dan merebut setiap peluang yang ada untuk melayan Tuan….Untuk menebus masa, kita harus arif untuk membuang hal-hal zaman jahat, yang membinasakan, merosakkan, dan membazirkan masa kita. (The Excelling Gift for the Building Up of the Church, bab 6)

Bergerak-hidup dalam Kearifan—Merebut Setiap Peluang untuk Menebus Masa Kita
Hati ialah pintu masuk dan pintu keluar bagi hayat
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)