Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Kisah Injil Mencari Peluang untuk Mengasihi Tuan Kita
Cubaan daripada Ahli Hukum
Mencari Peluang untuk Berbuat Baik
Mencari Peluang untuk Mengasihi Tuan Kita
2019-11-29 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Dikbang dan dikkak sekalian, adakah kamu ingat akan perempuan dalam Markus 14 yang mencurahkan minyak urapan dari bekas narwastu ke atas kepala Tuan? Berkenaan peristiwa ini, Tuan berbicara baik tentangnya dengan begini, “Dan sesungguhnya Aku berkata kepada kamu, Di mana sahaja injil itu diberitakan di seluruh dunia, apa yang telah dilakukan oleh perempuan ini juga harus dikisahkan sebagai kenangan terhadapnya” (ay. 9). Mengapakah dia berbuat demikian? Tuan berkata, “Perempuan ini telah melakukan apa yang dia mampu; dia mengurapi tubuh-Ku terlebih dahulu untuk penguburan” (ay. 8). Oh, sesetengah disipal berfikir bahawa Maria terlalu bodoh. Mengapa begitu membazir? Mengapa tidak menggunakan tiga ratus dinar atau lebih dinar untuk diberikan kepada orang miskin? Apakah yang dikatakan oleh Tuan? Dia berkata, “Kerana kamu selalu ada orang miskin bersama denganmu, dan pada bila-bila sahaja yang kamu ingini, kamu boleh berbuat baik terhadap mereka. Tetapi kamu tidak selalu ada Aku” (ay. 7). Tuan bermaksud bahawa seseorang mempunyai peluang untuk menolong orang miskin setiap hari tetapi tidak selalu ada peluang untuk mengurapi-Nya kerana Dia sudah hendak mati. Sebaik sahaja peluang hari ini terlepas, maka tidak ada lagi peluang pada hari ini. Tahun depan tidak akan sama dengan tahun ini. Hari ini ialah hari ini; esok bukan hari ini. Hari ini akan berlalu. Tuan akan kembali tidak lama lagi! Segala apa yang dapat kamu lakukan pada hari ini harus kamu lakukan sempena masih ada hari ini. Apabila sampai masa kamu pergi ke hadapan Tuan dan bersemuka dengan-Nya, masa itu sudah terlewat bagi kamu berpaling untuk melakukan apa-apa. Siapakah yang dapat mengatakan bahawa Tuan Yesus tidak akan datang tahun ini? Siapakah yang dapat mengatakan bahawa Tuan Yesus tidak akan datang hari ini? Mungkin Tuan akan datang hari ini. Mungkin hari ini ialah peluang terakhir. Oleh itu, kita harus mempersembahkan diri kepada Tuan hari ini. Hanya ada hari ini. Pada hari itu, ketika kamu bertemu dengan Tuan, sekalipun kamu mempunyai seribu hati, kamu pasti akan memberikan kesemuanya kepada Tuan. Sekalipun ada sepuluh ribu dunia, kamu akan meninggalkan kesemuanya dengan gembira. Namun itu sudah terlewat, kerana kamu telah terlepas peluang kamu. Kamu harus melayan Tuan semasa kamu masih mempunyai peluang.

Ada seorang percayawan memberi risalah injil kepada seorang yang tidak percaya di taman. Selepas orang itu membacanya, dia mengatakan bahawa risalah itu sesuatu tentang Kristianiti dan karut-karut belaka. Percayawan ini memberitahu dia, “Walaupun hari ini kamu tidak mempercayainya, namun suatu hari nanti kamu pasti akan percaya bahawa hal ini benar. Pada masa kamu masuk ke neraka, kamu akan percaya. Setiap orang di neraka itu percaya, tetapi kepercayaan itu sudah terlalu lewat.” Apa yang dikatakannya itu benar. Selain itu, hal ini juga benar bagi orang Kristian. Bukannya sesuatu perkara itu tidak dilakukan, tetapi perkara itu terlalu lewat dilakukan. Seseorang yang tidak percaya mungkin kehilangan peluangnya, tetapi seseorang percayawan mungkin juga kehilangan peluangnya.

Saya teringat akan satu kisah seperti ini. Ada seseorang pemuda yang baru mula bekerja untuk Tuan. Dia berdoa agar Tuhan memberi dia visi supaya dia tahu bagaimana berjerih. Dia bermimpikan suatu mimpi; dalam mimpi itu dia sudah berusia dan dihakimi di hadapan Tuhan. Tuhan mengatakan bahawa pada hari tertentu, pada masa tertentu, dia sepatutnya mendapatkan banyak orang namun dia telah membiarkan peluang terlepas dan tidak banyak orang yang diselamatkan; pada hari yang lain, pada masa yang lain, dia sepatutnya menginjil kepada orang tertentu namun dia membiarkan peluang terlepas dan tidak menginjil. Tuhan seterusnya mengatakan bahawa pada hari ketiga yang tertentu pada masa tertentu lagi, dia sepatutnya berbuat baik kepada orang tertentu namun dia membiarkan peluang terlepas lagi dan tidak berbuat demikian. Dalam setiap kes, pada hari tertentu dan pada masa tertentu, sesuatu perkara sepatutnya dilakukan namun peluang terlepas. Maka percayawan itu meminta Tuhan memberi dia satu lagi peluang untuk menggantikannya. Pada saat ini dia terjaga. Dia berada lega kerana itu hanya satu mimpi dan segala-galanya belum berlalu.

Oh, jika ada apa-apa penyesalan di syurga, satu-satunya penyesalan ialah kehilangan peluang! Jika ada apa-apa penyesalan di neraka, satu-satunya penyesalan juga ialah kehilangan peluang! Oh, apabila seseorang pendosa terlepas peluang, dia tidak akan diselamatkan! Apabila seorang percayawan terlepas peluang, dia tidak dapat melayan Tuan dengan sepenuhnya! Hanya seminggu telah berlalu pada tahun ini. Sungguh bertuah, kita masih ada lagi lima puluh satu minggu yang tinggal. Semoga kita semua tidak terlepas peluang.

Di Itali ada satu adat: Apabila seseorang gadis berkahwin, dia akan menerima satu kantung. Setiap tahun pada hari pertama bulan pertama, dia perlu memetik bunga ros dan meletakkannya ke dalam kantung ini. Apabila dia mati, kantung yang penuh dengan bunga ros ini akan menjadi bantalnya di dalam keranda. Bau harum bunga ros dikumpulkan sepanjang hidup itu dipercayai akan kekal harum untuk dia sampai selama-lamanya. Semasa kita menempuh hidup kita hari demi hari, kita harus juga memetik bunga ros kita supaya bau harumnya akan kekal untuk kita buat selama-lamanya. Kita harus menebus masa kita dan tidak kehilangan peluang kita. Jika kamu bukan orang Kristian dan kamu membiarkan hari-hari kamu berlalu satu hari demi satu hari, maka suatu hari nanti kamu pasti akan menyesal kerana kamu belum diselamatkan. Jika kamu seorang Kristian dan membiarkan hari-hari kamu berlalu satu hari demi satu hari, maka suatu hari nanti kamu pasti akan menyesal kerana kamu belum melayan Tuan dengan sepenuhnya.

Cubaan daripada Ahli Hukum
Mencari Peluang untuk Berbuat Baik
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)