Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Memberitakan Injil Memberitakan Injil
Matlamat Utama Pemberitaan Injil adalah untuk Memuaskan Tuan
Injil ialah Satu-satunya Amanat dan Pekerjaan Gereja
Memberitakan Injil
2016-10-08 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Roma 10:15 Betapa indahnya kaki orang yang mengkhabarkan berita berkenaan hal-hal baik!

Memberitakan injil merupakan sesuatu yang harus dilakukan dan juga rela dilakukan oleh setiap orang yang percaya kepada Tuan dan diselamatkan. Hayat Tuhan yang kita peroleh di dalam ialah hayat yang sedemikian. Semakin kita menginjil, semakin hayat ini akan dibebaskan dan semakin kita akan bertumbuh dalam hayat.

Injil ialah berita baik, khabar gembira yang disampaikan oleh hamba Tuhan kepada orang (Yes. 52:7; Roma 10:15), manakala isi kandungan penting injil ialah Anak Tuhan, Yesus Kristus (Yoh. 20:31). Dia ialah Tuhan dan manusia (Roma 1:1-4) yang telah menjadi Penyelamat pendosa (Mat. 1:21). Selain itu, kematian Kristus yang menanggung dosa kita, serta pengebumian dan kebangkitan-Nya juga merupakan isi kandungan penting injil (1 Kor. 15:1-4). Ringkasnya, segala apanya Kristus (persona-Nya yang merupakan Tuhan dan manusia), dan segala apa yang dilakukan Kristus (kerja penebusan-Nya) membentuk isi kandungan injil.

Suruhan Tuan

Selepas Tuan Yesus menyempurnakan penebusan yang dirancang Tuhan untuk orang yang dipilih Tuhan menerusi kematian dan kebangkitan-Nya, ketika Dia meninggalkan dunia untuk naik ke syurga, Dia menyuruh disipal-disipal-Nya agar pergi ke seluruh dunia dan memberitakan injil-Nya kepada segala ciptaan (Mrk. 16:15) demi mendisipalkan semua bangsa dan membaptis mereka ke dalam nama Tuhan Tritunggal (Mat. 28:19). Suruhan ini tegas dan bukan hanya ditujukan kepada disipal-disipal di hadapan Tuan pada masa itu, tetapi juga ditujukan kepada semua orang yang telah percaya kepada Tuan dan diselamatkan Tuan dalam semua zaman. Oleh itu, kita harus menerima suruhan ini dengan serius dan menyebarkan injil Tuan.

Roh penginjilan—Menyatakan sikap terhadap penginjilan

  1. Membara dalam roh—“Membara dalam roh, dia membicarakan dan mengajar hal-hal berkenaan Yesus secara tepat” (Kis. 18:25).
  2. Roh diberangsangkan—“Roh dari dalamnya diberangsangkan apabila dia melihat kota itu penuh dengan berhala” (Kis. 17:16).
  3. Tidak berasa malu—“Kerana aku tidak berasa malu akan injil; sesungguhnya injil ini kudrat Tuhan untuk menyelamatkan setiap orang…” (Roma 1:16).
  4. Sanggup mengorbankan status sendiri—“Kerana meskipun aku bebas daripada semua orang, tetapi aku telah memperabdikan diri kepada semua orang agar aku dapat memperoleh lebih banyak orang.…Kepada yang lemah, aku menjadi lemah agar aku dapat memperoleh yang lemah. Kepada semua orang, aku menjadi segala sesuatu agar aku dapat menyelamatkan sesetengah orang walau dengan apa cara pun. Dan aku melakukan segala sesuatu demi injil agar aku dapat menjadi rakan senikmat injil ini” (1 Kor. 9:19-23).
  5. Suka menghabiskan diri dan dihabiskan—“Aku amat sukacita menghabiskan dan dihabiskan dengan sepenuhnya bagi sukma-sukmamu” (2 Kor. 12:15).
  6. Tidak takut akan kesusahan—“Deritailah kesusahan bersama injil menurut kudrat Tuhan” (2 Tim. 1:8).
  7. Meninggalkan segala—“Orang yang sudah meninggalkan rumah, saudara lelaki, saudara perempuan, ibu, bapa, anak-anak atau ladang kerana Aku dan kerana injil” (Mrk. 10:29).

Contoh ayat di atas menunjukkan sikap yang harus kita ada terhadap penginjilan. Semoga Tuan mengurniai kita agar kita dapat mengikut contoh-contoh ulung daripada pekudus-pekudus sebelum kita.

Matlamat Utama Pemberitaan Injil adalah untuk Memuaskan Tuan
Injil ialah Satu-satunya Amanat dan Pekerjaan Gereja
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)