Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Pelayanan Melayan Tuan
Apa Maksudnya Tuhan ialah Bapa
Apakah Maksud Melayan Tuhan?
Melayan Tuan
2016-09-22 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Keinginan seseorang untuk melayan Tuhan bukan berasaskan galakan atau paksaan orang tetapi berasal daripada motif dalaman, iaitu kasihnya terhadap Tuan. Keluaran 21:5 mengisahkan seorang abdi dalam Wasiat Lama yang tidak mahu keluar bebas setelah tamat tempoh pengabdiannya kerana dia mengasihi tuannya. Ini melambangkan bahawa percayawan dalam Wasiat Baru juga harus mengasihi dan melayan Tuan dengan sedemikian. Dalam Roma 12:1, Paulus menasihati kita agar mempersembahkan tubuh kita sebagai satu korban hidup untuk melayan Tuhan. Paulus menasihati kita menerusi belas kasihan Tuhan; ini membuktikan bahawa belas kasihan Tuhan yang berasal daripada kasih Tuhan seharusnya menjadi motif kita melayan Tuhan dan merangsang kita agar mengasihi Tuhan dan melayan-Nya.

Bagaimana Melayan Tuan

  1. Melayan dengan seluruh diri (Roma 12:1, 2, 11). Ini bermaksud roh, sukma, dan tubuh kita berbahagian dalam pelayanan. Kita harus mempersembahkan tubuh kita kepada Tuan; minda kita harus diperbarui dan ditransform untuk melayan menurut minda Tuan; dan roh kita harus membara-bara. Ketiga-tiga bahagian ini sama-sama melayan Tuan.
  2. Mengikut Tuan (Yoh. 12:26). Melayan Tuan menuntut kita mengikut Tuan. Jalan yang ditempuh Tuan juga harus ditempuh oleh orang yang melayan Tuan. Kita perlu mengikut Tuan ke mana sahaja Dia pergi dan melakukan apa yang dilakukan-Nya. Tuan telah memilih salib, mati terhadap diri dan segala-gala, dan rela menempuh jalan salib, maka kita sebagai orang yang mengikut Tuan juga harus berbuat demikian untuk melayan-Nya.
  3. Perlu ada telinga yang dapat dengar (Kel. 21:6). Dalam Wasiat Lama, abdi yang hendak melayan tuan perlu ditusuk telinganya oleh tuan; ini melambangkan bahawa telinganya ditanggulangi agar dia dapat menurut perintah dan patuh. Hari ini, jika kita hendak melayan Tuan, kita juga perlu ditanggulangi Tuan agar kita memiliki telinga yang dapat mendengar dan menjadi seorang yang menurut perintah dan patuh kepada Tuan.
  4. Mendekati Tuan, berdiri melayan di hadapan Tuan (Yeh. 44:15). Bagaimanakah hentar dalam Wasiat Lama melayan Tuhan? Mereka mendekati Tuhan dan berdiri melayan di hadapan Tuhan. Ini juga perkara yang harus kita lakukan pada hari ini jika kita hendak melayan Tuan. Setelah kita memiliki telinga yang dapat mendengar, kita masih perlu mendekati Tuan dan berdiri melayan di hadapan Tuan agar kita dapat mengetahui apa yang dikehendaki Tuan dan dengan itu melayan Tuan menurut maksud-Nya.
  5. Setia dan bijaksana (Mat. 24:45). Sebagai abdi Tuan, kita perlu melayan-Nya dengan setia dan bijaksana. Setia bermaksud tidak malas, tidak bersahaja; bijaksana pula bermaksud merebut peluang untuk menyempurnakan hal yang diamanatkan Tuan dengan tepat menurut maksud Tuan. Inilah yang harus kita lakukan jika kita ingin melayan Tuan, menggirangkan hati-Nya dan menerima ganjaran pada perkembalian-Nya.
  6. Mengikat pinggang, menyala pelita, dan menunggu kedatangan Tuan (Luk. 12:35-36). Sebagai abdi yang melayan Tuan, kita perlu mengikat pinggang, menyala pelita, dan menunggu perkembalian-Nya. Mengikat pinggang bermaksud tidak semberono, menyala pelita bermaksud hidup dalam cahaya, dan menunggu kedatangan Tuan bermaksud berjaga-jaga. Semua ini ialah syarat yang harus kita miliki untuk melayan Tuan.
  7. Berkoordinasi dalam Tubuh (1 Kor. 12:14-21). Sebagai anggota dalam Tubuh Kristus, kita harus melayan Tuan dalam Tubuh Kristus, iaitu dalam gereja, dan melayan secara berkoordinasi dengan semua pekudus serta tidak bertindak bersendirian. Ini satu lagi syarat melayan Tuan.
Apa Maksudnya Tuhan ialah Bapa
Apakah Maksud Melayan Tuhan?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)