Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Memberitakan Injil Matlamat Utama Pemberitaan Injil adalah untuk Memuaskan Tuan
Memberitakan Injil
Matlamat Utama Pemberitaan Injil adalah untuk Memuaskan Tuan
2016-08-17 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Markus 14:9: “Di mana sahaja injil itu diberitakan di seluruh dunia, apa yang telah dilakukan oleh perempuan ini juga harus dikisahkan sebagai kenangan terhadapnya.”

Mengapakah Tuan berkata demikian? Tuan berkata demikian kerana Injil seharusnya membuahkan hasil ini. Injil adalah untuk tujuan ini. Injil bukanlah untuk memuaskan pendosa semata-mata. Puji Tuan, pendosa-pendosa telah dipuaskan! Akan tetapi, kita harus tahu bahawa kepuasan pendosa hanyalah hasil sampingan yang berberkat daripada Injil, bukan matlamat utama Injil. Matlamat utama pemberitaan Injil adalah untuk memuaskan Tuan.

Saya takut bahawa semasa menginjil, kita terlalu menekankan manfaat yang diterima oleh pendosa tetapi tidak cukup mementingkan matlamat Tuan. Kita hanya memikirkan apa yang akan berlaku kepada pendosa sekiranya tidak ada Injil, tetapi ingatlah bahawa itu bukan matlamat utama Injil. Ya, puji Tuhan! Pendosa memang mempunyai bahagiannya dalam Injil. Tuhan memenuhi keperluan pendosa dan mencucurinya dengan berkat. Namun, itu bukan perkara yang paling penting dalam Injil. Perkara pertama dalam Injil ialah Anak Tuhan harus mendapat kepuasan dalam segala hal. Hanya apabila Dia mendapat kepuasan, barulah kita berasa puas dan pendosa juga berasa puas. Saya tidak pernah menemui seorang yang memuaskan Tuan tetapi dia sendiri tidak berasa puas. Mustahil. Bila-bila masa kita memuaskan-Nya terlebih dahulu, kita pasti turut berasa puas.

Dalam kes perempuan Samaria [Yohanes 4], kita melihat gambaran seorang pendosa yang haus dan juga Kristus yang haus dan lapar. Mereka berdua keletihan kerana kedua-duanya telah berjalan jauh untuk pergi ke perigi itu. Oleh sebab itu, Tuan Yesus dan perempuan itu amat bersimpati terhadap satu sama lain. Kedua-duanya haus dan penat, malah Tuan juga lapar. Tuan sudah lapar, maka Dia mengutus disipal-disipal-Nya untuk membeli makanan. Dia juga haus, maka Dia meminta air daripada perempuan itu. Apa yang pelik ialah mereka berdua tidak makan atau minum, namun mereka berdua dipuaskan. Pendosa yang diselamatkan itu dipuaskan oleh Penyelamat, dan Penyelamat dipuaskan oleh pendosa yang diselamatkan. Kita mengetahui hal ini melalui hakikat bahawa perempuan itu meninggalkan perigi dan bekas airnya lalu berlari ke kota untuk memberitahu orang berkenaan Kristus. Dia begitu puas sehinggakan orang datang untuk melihat sama ada ini Kristus atau bukan. Kita tahu bahawa Tuan Yesus dipuaskan kerana Dia memberitahu disipal-disipal (mereka baru kembali sambil membawa makanan dan menyuruh-Nya makan), “Aku mempunyai makanan untuk dimakan yang tidak kamu tahu” (4:32). Semasa disipal-disipal bertanya kepada satu sama lain sama ada sesiapa membawa makanan untuk dimakan-Nya, Dia berkata kepada mereka, “Makanan-Ku ialah melakukan kehendak Dia yang mengutus Aku dan menyiapkan kerja-Nya” (4:34). Makanan Tuan ialah melakukan kehendak Dia yang mengutus-Nya. Ini bererti bahawa makanan-Nya ialah menyelamatkan dan memuaskan pendosa. Kita pendosa ialah kepuasan Penyelamat. Kelaparan kamu menandakan bahawa Tuan lapar, dan kehausan kamu menandakan bahawa Tuan haus. Akan tetapi, setelah kamu dipuaskan, Tuan juga dipuaskan. Selagi adanya pendosa yang haus di bumi, Tuan juga haus di syurga. Apabila pendosa dipuaskan, barulah Penyelamat dipuaskan. Tuan datang ke Samaria dengan satu tujuan—mencari pendosa itu dan memuaskannya. Dengan berbuat demikian, Dia melakukan kehendak Tuhan. Melakukan kehendak Tuhan ialah makanan dan kepuasan-Nya.

Memberitakan Injil
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)