Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Bible Matius 1:23
Kekayaan Sabda Tuhan (Yeremia 15:16)
Yeremia 31:33
Matius 1:23
2020-10-07 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Matius 1:23 "Lihatlah, seorang perawan akan mengandung dan melahirkan anak lelaki, dan orang akan memanggil nama-Nya Imanuel" (yang diterjemahkan sebagai Tuhan bersama dengan kita).

Nota kaki bagi "Imanuel"

Yesus ialah nama yang diberikan Tuhan, manakala Imanuel yang bermakna Tuhan besama dengan kita ialah nama yang dipanggil orang. Yesus Penyelamat itu ialah Tuhan bersama dengan kita. Dia ialah Tuhan dan Dia juga Tuhan yang berinkarnasi untuk tinggal dalam kalangan kita (Yoh. 1:14). Dia bukan sahaja Tuhan tetapi juga Tuhan bersama dengan kita. 

Nota kaki bagi "bersama"

Kristus sebagai Imanuel bukan sahaja bersama dengan kita semasa Dia di bumi, tetapi juga bersama dengan kita selepas kenaikan-Nya ke syurga, setiap kali kita dihimpunkan ke dalam nama-Nya (18:20). Tambahan pula, Dia akan bersama dengan kita setiap hari hingga kesudahan zaman (28:20). 

(Holy Bible versi Pemulihan dengan nota rujukan)

Kekayaan Sabda Tuhan (Yeremia 15:16)
Yeremia 31:33
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)