Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Tuhan Mari Mengenali Gelaran Tuhan (3)—Yehova
Mari Mengenali Gelaran Tuhan (2)—El dan Eloah
Perbezaan antara Tuhan yang hidup dengan Tuhan kebangkitan
Mari Mengenali Gelaran Tuhan (3)—Yehova
2017-01-12 | 1 Komen
A- A+ Simpan

YEHOVA

Nama Tuhan yang paling kerap muncul dalam Wasiat Lama ialah Yehova. Dalam bahasa Ibrani, nama ini terdiri daripada tiga perkataan: Ye mewakili satu kata, ho mewakili satu kata, dan va juga mewakili satu kata. Ye bermakna “kini ialah”, ho bermakna “dahulu ialah”, dan va bermakna “akan ialah”. Oleh itu, apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia, Yehova menjadi “Dia yang sekarang ialah, yang dahulu ialah, dan yang sentiasa ialah”. Kata ialah ini juga boleh diterjemahkan sebagai “hadir”; oleh itu, Wahi 1:8 diterjemahkan sebagai “Dia yang sekarang dan yang dahulu dan yang akan datang”. Maka Yehova bermakna bahawa Tuhan sekarang hadir, dahulu hadir, dan akan hadir buat selama-lamanya, dan juga bahawa Dia kini ialah, dahulu ialah, dan akan ialah buat selama-lamanya. Tambahan pula, perkataan ini juga bermakna “swawujud dan kekal wujud, tanpa permulaan atau pengakhiran, selama-lamanya kekal dan tidak pernah berhenti wujud”, serta “tidak berubah selama-lamanya”. Dalam Keluaran 3:14-15, “AKULAH AKU ADALAH” ialah makna Yehova.

Dalam Wasiat Baru, Tuan Yesus sering menggelar diri-Nya sebagai Aku Adalah. Ini dapat dilihat dalam Yohanes 8:24, 28, and 58. Aku Adalah dalam Wasiat Baru ialah Yehova dalam Wasiat Lama. Nama ini bermakna bahawa Tuhan ialah segala-galanya. Nama ini disebut lebih daripada tujuh ribu kali dalam Wasiat Lama dan pertama kali digunakan dalam Kejadian 2:4. Daripada gelaran Yehova yang asas ini, terbitnya sepuluh nama majmuk dan satu nama singkatan.

Yehova-Hoshienu

Gelaran ini bermakna “Yehova yang menjadikan kita,” digunakan dalam Mazmur 95:6.

Yehova-Yireh

Gelaran ini bermakna “Yehova akan menyediakan,” digunakan dalam Kejadian 22:14.

Yehova Rofeka

Gelaran ini bermakna “Yehova yang menyembuhkan engkau,” digunakan dalam Keluaran 15:26.

Yehova-Nisi

Nama ini bermakna “Yehova ialah panjiku”. Yehova ialah panji kita untuk pergi berperang; Dia berperang untuk kita. Nama ini digunakan dalam Keluaran 17:15.

Yehova-Mekaddishkem

Nama ini bermakna “Yehova yang menguduskan kamu,” digunakan dalam Keluaran 31:13 dan Imamat 20:8.

Yehova-Shalom

Nama ini bermakna “Yehova ialah damai sejahtera,” digunakan dalam Hakim-hakim 6:24.

Yehova-Ra’ah

Nama ini bermakna “Yehova ialah Gembalaku,” digunakan dalam Mazmur 23:1.

Yehova-Tsidkenu

Nama ini bermakna “Yehova keadilbenaran kita,” digunakan dalam Yeremia 23:6.

Yehova-Shammah

Nama ini bermakna “Yehova Hadir Di Situ,” digunakan dalam Yehezkiel 48:35.

Yehova-Sabaoth

Gelaran ini bermakna “Yehova ribuan tentera,” digunakan dalam 1 Samuel 1:3 dan Yeremia 2:19.

Kesemua sepuluh nama majmuk ini mewahikan Yehova sebagai sesuatu kepada kita; oleh itu, kita tahu bahawa Yehova merupakan satu nama khusus yang berkaitan dengan Tuhan datang untuk mempunyai hubungan dengan manusia. Dalam bab 1 buku Kejadian, yang ada hanyalah nama Elohim. Nama Yehova disebut bermula daripada bab 2, semasa berbicara tentang hubungan antara Tuhan dengan manusia. Nama ini menunjukkan kepada kita bahawa Tuhan ialah segala-gala yang diperlukan manusia, sebagaimana Tuan menggelar diri-Nya sebagai Aku Adalah dalam Wasiat Baru.

YAH

Perkataan ini ialah singkatan bagi Yehova, yang mula-mula digunakan dalam Keluaran 15:2. Dalam buku Mazmur, Yah digabungkan dengan halelu untuk membentuk kata haleluya, bermakna “puji Yehova”. Nama ini juga digunakan dalam buku Yesaya. Ia digunakan sebanyak empat puluh sembilan kali dalam tiga buku ini.

Mari Mengenali Gelaran Tuhan (2)—El dan Eloah
Perbezaan antara Tuhan yang hidup dengan Tuhan kebangkitan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
Rut pada 2017-03-05
Yehova ialah AKULAH AKU ADALAH. Tuhan ialah segala-galanya!