Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kristian Makna Rohani bagi Tahun Baru (4)—Prinsip Kematian Dan Kebangkitan
Makna Rohani bagi Tahun Baru (3)—Peredaran Tahun, Bulan, dan Hari Bergantung pada Pencahaya
Apakah yang Kamu Peroleh dengan serta-merta pada Saat Kamu Percaya kepada Yesus? (1)
Makna Rohani bagi Tahun Baru (4)—Prinsip Kematian Dan Kebangkitan
2016-12-31 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PRINSIP KEDUA BERKENAAN TAHUN, BULAN, DAN HARI

Rencana ini membicarakan prinsip kedua berkenaan tahun, bulan, dan hari. Sesetengah dikbang dan dikkak mempunyai amalan tertentu. Menjelang tahun baru, terutamanya pada malam terakhir setahun, mereka akan berpuasa dan berdoa sepanjang malam. Mereka pergi ke hadapan Tuhan dengan membawa seluruh kehidupan, kerja, keadaan rohani mereka dalam tahun yang lalu kepada-Nya, berdoa dan mempertimbangkan butir demi butir di hadapan Tuhan untuk menerima cahaya-Nya. Sekiranya Tuhan mencahayai mereka berkenaan kekurangan, kegagalan, kelemahan, dan kesalahan tertentu, mereka akan mengaku perkara itu di hadapan Tuhan lalu menerima pengampunan dan pembasuhan-Nya. Melalui pengakuan sedemikian, mereka juga dibekali dan dipenuhi Tuhan. Pada masa sebegini, mereka menerima kurnia yang baru, cahaya yang baru, kudrat yang segar, dan janji-janji yang segar daripada Tuhan. Dengan itu mereka mempunyai permulaan yang baru di hadapan Tuhan. Hal-hal lampau sudah berakhir, dan bermulalah lembaran baru. Ini menunjukkan prinsip kedua berkenaan tahun, bulan, dan hari, iaitu prinsip kematian dan kebangkitan.

Perjalanan rohani kita sentiasa melibatkan kitaran pengalaman mati dan bangkit. Pengalaman mati dan bangkit disusuli dengan pengalaman mati dan bangkit yang satu lagi. Suatu pengakhiran dan permulaan disusuli dengan pengakhiran dan permulaan yang satu lagi. Hal ini sepadan dengan kata-kata Paulus dalam Filipi 3:13, yang berkata, “Melupakan hal-hal yang ada di belakang dan merentangkan diri ke arah hal-hal yang ada di hadapan.Melupakan hal-hal yang ada di belakang merujuk kepada pengakhiran, dan merentangkan diri ke arah hal-hal yang ada di hadapan merujuk kepada permulaan yang baru.

Pada hari pertama tahun yang baru, kita harus menyedari bahawa tahun yang lalu sudah berada di belakang kita dan tahun yang baru, iaitu permulaan yang baru, berada di hadapan kita. Segala-gala yang lampau telah pun berlalu, dan semua hal harus mempunyai permulaan baharu. Segala kelemahan, kegagalan, dan kesalahan pada tahun lepas harus ditamatkan, dan tidak usah dibawa ke dalam tahun ini. Dengan adanya tahun yang baru, kita dapat mempunyai permulaan yang baru, permulaan yang baik, permulaan dalam kebangkitan. Kita tidak harus masih berlengah-lengah dalam pengalaman lama kita, sama ada perkara itu baik atau buruk. Yang buruk dan juga yang baik perlu ditamatkan, barulah kita dapat mempunyai permulaan yang baru.

Pengalaman sedemikian juga digelar sebagai hukum kepulihbangkitan. Kepulihbangkitan merupakan satu hukum hayat rohani, iaitu suatu prinsip yang akan beroperasi asalkan kita memenuhi syaratnya. Dalam pengalaman rohani kita, terdapat satu permulaan, satu proses, dan satu kesudahan; selepas itu kita mengalami satu lagi permulaan dengan satu lagi proses dan satu lagi kesudahan. Kitaran ini berulang sendiri, dan setiap pengulangan itu seperti putaran roda yang membawa kita maju ke depan.

Pertumbuhan rohani yang sejati bergantung pada pembaruan hayat dalaman. Pembaruan hayat ini ialah kepulihbangkitan. Apabila kita mengalami suatu kepulihbangkitan, kita akan mengetahui dan menerima lebih banyak hal-hal rohani. Selepas suatu jangka masa, apa yang kita ketahui dan yang telah kita terima akan menjadi lama, dan kita akan berasa tidak puas dan lemah. Keadaan ini bermaksud bahawa inilah masanya untuk kita dipulihbangkitkan semula untuk melihat sesuatu yang baru dan memperoleh sesuatu yang baru. Dengan itu elemen rohani dalam kita akan bertambah dan statur rohani kita juga bertumbuh. Elemen rohani baru menyingkirkan dan menelan sebahagian daripada elemen lama dalam kita. Hasilnya, semakin kita dipulihbangkitkan, semakin banyak elemen rohani akan ditambah ke dalam kita, dan semakin banyak elemen alamiah kita akan ditelan. Elemen diri disingkirkan, dan elemen Tuhan ditambah ke dalam kita; kita berkurang, dan Tuan bertambah. Hanya menerusi kitaran kepulihbangkitan yang sedemikian barulah kita dapat bertumbuh.

Makna Rohani bagi Tahun Baru (3)—Peredaran Tahun, Bulan, dan Hari Bergantung pada Pencahaya
Apakah yang Kamu Peroleh dengan serta-merta pada Saat Kamu Percaya kepada Yesus? (1)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)