Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kristian Makna Rohani bagi Tahun Baru (3)—Peredaran Tahun, Bulan, dan Hari Bergantung pada Pencahaya
“…dan Petrus”
Makna Rohani bagi Tahun Baru (4)—Prinsip Kematian Dan Kebangkitan
Makna Rohani bagi Tahun Baru (3)—Peredaran Tahun, Bulan, dan Hari Bergantung pada Pencahaya
2016-12-28 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PRINSIP PERTAMA BERKENAAN TAHUN, BULAN, DAN HARI

Terdapat dua prinsip yang amat penting berkenaan tahun, bulan, dan hari. Pertama sekali, kita tahu bahawa tahun, bulan, dan baru berkait rapat dengan pencahaya-pencahaya, iaitu matahari dan bulan. Satu hari ialah masa yang diambil oleh bumi untuk melengkapkan satu putaran pada paksinya, manakala satu tahun merupakan masa yang diambil oleh bumi untuk beredar mengelilingi matahari sekali. Setiap dua puluh empat jam, terdapat satu kali kemunculan matahari. Selain itu, setiap tiga ratus enam puluh lima hari, bumi melengkapkan satu peredaran mengelilingi matahari. Satu hari melibatkan putaran yang kecil, tetapi satu tahun melibatkan putaran yang besar. Peredaran hari dan peredaran tahun berkaitan dengan matahari. Peredaran bulan pula berkaitan dengan peredaran bulan mengelilingi bumi. Matahari dan bulan ialah pencahaya. Setiap peredaran hari, bulan, dan tahun berkaitan dengan pencahaya. Oleh sebab terdapatnya pencahaya, maka terdapatnya hari, bulan, dan tahun.

Setiap peredaran dalam pengalaman rohani kita berkaitan dengan cahaya, tidak kira peredaran besar seperti tahun baru, peredaran yang sederhana seperti bulan, atau peredaran yang kecil seperti hari. Setiap kali kita bertemu dengan cahaya, memang akan ada satu perubahan. Apabila kita bertemu dengan Tuhan yang merupakan cahaya (1 Yoh. 1:5), kita pasti akan mengalami perubahan. Apabila kita bertemu dengan Kristus yang merupakan Tuhan dan yang juga cahaya (Yoh. 8:12; 9:5; 12:46), kita pasti akan mengalami perubahan. Tuhan dalam Kristus ialah pencahaya kita. Tanpa matahari, tidak akan adanya hari-hari dan tahun-tahun; tanpa bulan, tidak akan adanya bulan-bulan. Begitu juga, jika seseorang itu tidak bertemu dengan Tuhan dalam Kristus, maka tidak akan adanya perubahan rohani, baik besar mahupun kecil. Setiap perubahan rohani kita bergantung pada kita bertemu dengan Tuhan.

Untuk mempunyai tahun rohani yang baru, kita perlu mencari muka Tuhan secara khusus dan bertemu dengan-Nya. Kita harus membawa keadaan kita, yang dahulu atau yang sekarang, ke hadapan-Nya dan membentangkannya di hadapan-Nya untuk menerima penyinaran-Nya. Dia sedang menghadap kita, menunggu kita, dan Dia adalah terbuka kepada kita. Kita tidak harus menyangka bahawa kitalah yang mencari Tuhan; sebenarnya, Dialah yang sedang mencari kita dan menunggu kita. Kita harus membuka diri kita kepada-Nya. Janganlah tutup kepada-Nya, janganlah biarkan hari-hari kita berlalu begitu sahaja. Apabila menjelangnya tahun yang baru, kita harus datang kepada Tuhan dan membuka diri kita kepada cahaya-Nya, bukan hanya berkenaan hal-ehwal kita di bumi tetapi juga keadaan hayat rohani kita. Kita perlu meluangkan sedikit masa dalam hadirat Tuhan, mempersembahkan keadaan kita pada masa lampau dan sekarang kepada-Nya dan membenarkan Dia menyinari kita. Dia akan mengunjungi kita; Roh itu akan datang kepada kita, dan bersama dengan Roh-Nya, cahaya akan datang dan menyinari perkara-perkara yang kita bentangkan di hadapan-Nya. Apabila kita bertemu dengan Tuhan dalam Kristus sebagai Roh datang kepada kita sebagai cahaya, kita akan mempunyai permulaan yang baru. Apabila cahaya datang, Tuhan yang merupakan pencahaya juga datang; dengan demikian berlakulah peredaran hari, bulan, dan tahun. Jika kita mahu mempunyai perubahan, dari perubahan kecil hingga perubahan besar, kita harus bertemu dengan Tuhan.

“…dan Petrus”
Makna Rohani bagi Tahun Baru (4)—Prinsip Kematian Dan Kebangkitan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)