Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Langkah Pertama untuk Jayeng: Melihat bahawa Kita Tidak Mampu
Masih Kurang Seperkara Lagi
Betulkah kamu tidak mampu?
Langkah Pertama untuk Jayeng: Melihat bahawa Kita Tidak Mampu
2021-06-12 | 0 Komen
A- A+ Simpan

e-Roti Hayat

12 Jun 2021

Langkah Pertama untuk Jayeng: Melihat bahawa Kita Tidak Mampu


Bacaan Bible:  

Roma 7:24  Aku manusia yang sengsara! Siapakah yang akan menyelamatkan aku daripada tubuh kepunyaan maut ini?


 

Petikan Bacaan:  

Banyak orang Kristian tidak jayeng kerana mereka tidak gagal dengan secukupnya. Banyak orang Kristian tidak berbuat dosa dengan secukupnya. Oleh itu mereka tidak jayeng. Berbuat dosa dengan lebih banyak akan membuat seseorang lebih mudah jayeng. Jika seseorang benar-benar melihat kekorupan tubuh daging, dia lebih mudah jayeng. Orang dalam Roma 7 itu akhirnya kebuntuan dan terpaksa mengeluh dan berkata, “Siapakah yang akan menyelamatkan aku daripada tubuh kepunyaan maut ini?” Dia melihat bahawa dia tidak mampu, dan dia bertanyakan siapa yang dapat menyelamatkannya daripada tubuh kepunyaan maut ini. Pada saat dia menyedari ini perihal “siapa”, dia telah jayeng. Pada saat dia menyedari ini perihal “siapa”, dengan serta-merta akan ada seorang yang menyelamatkan dia. Oleh yang demikian, dikbang dan dikkak, perkara pertama yang harus kita lihat petang ini ialah menurut [70] pandangan Tuhan, kita langsung tidak berguna. Tuhan melihat kita ini langsung tidak berguna. Kita juga perlu melihat diri kita ini tidak mampu. Jika kamu tidak melihat bahawa kamu tidak mampu, kamu tidak dapat menerima penilaian salib. Kamu tidak akan dapat mengatakan bahawa kamu telah disalibkan bersama dengan Kristus, dan bukan lagi kamu yang hidup. Jikalau kamu masih menganggap diri kamu ada harapan, ertinya kamu berasa diri kamu masih berguna, dan kamu tidak akan berkata bukan lagi kamu.

(Bacaan bagi sabda ministri dipetik daripada buku "Hayat yang Jayeng", m.s. 69-70 terbitan Gospel Book Centre. Sila layari pautan www.gbc.my)

Masih Kurang Seperkara Lagi
Betulkah kamu tidak mampu?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)