Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kurniaan, Bukan Ganjaran
Segala-galanya Telah Selesai!
Penyelamatan Penuh untuk Kamu
Kurniaan, Bukan Ganjaran
2021-04-17 | 0 Komen
A- A+ Simpan

e-Roti Hayat

17 April 2021

Kurniaan, Bukan Ganjaran

Bacaab Bible: 

1 Korintus 15:57 Tetapi syukur kepada Tuhan yang memberi kita kemenangan menerusi Tuan kita Yesus Kristus.

Petikan Bacaan: 

    Sila ingat akan satu perkara, iaitu kemenangan itu kurniaan, bukan ganjaran. Apakah kurniaan? Kurniaan ialah hadiah, sesuatu yang diberikan secara percuma. Ganjaran pula ialah sesuatu yang kamu peroleh hasil daripada kerja kamu. Kurniaan ialah sesuatu yang kamu terima secara percuma tanpa apa-apa usaha kamu. Yang satu diberi secara percuma, yang langsung tidak melibatkan kerja kamu dan tidak menggunakan usaha kamu. Yang satu lagi diperoleh melalui kerja kamu dan usaha kamu. Hayat jayeng yang kami bicarakan ini tidak memerlukan usaha kamu. Kita boleh membaca 1 Korintus 15:57, yang berkata, “Tetapi syukur kepada Tuhan yang memberi kita kemenangan menerusi Tuan kita Yesus Kristus.” Oh, kemenangan ialah sesuatu yang disediakan Tuhan untuk diberikan kepada kita. Kemenangan kita diterima secara percuma, bukan diperoleh melalui usaha sendiri.

    Dikbang dan dikkak, kita silap kalau kita memikirkan bahawa penyelamatan itu diterima secara percuma tetapi kemenangan itu perlu diperoleh melalui usaha kita sendiri. Kita tahu bahawa kita tidak dapat bergantung pada usaha dan kelakuan sendiri untuk diselamatkan. Kita hanya perlu datang kepada salib dan menerima Tuan Yesus sebagai Penyelamat untuk diselamatkan. Inilah injil!...Biar saya beritahu kamu, kamu tidak dapat jayeng dengan berbuat baik, sebagaimana kamu juga tidak dapat diselamatkan dengan berbuat baik. Kristus mati untuk kamu di atas salib, dan Dia juga hidup untuk kamu dalam kamu. Yang kepunyaan tubuh daging tetap tubuh daging; apa jua yang kepunyaan tubuh daging ditolak Tuhan....Haleluya! Kita tidak dapat berbuat baik. Syukur dan puji kepada Tuhan! Kemenangan dikurniakan-Nya kepada kita; kemenangan diberikan-Nya kepada kita secara percuma!

(Bacaan bagi sabda ministri dipetik daripada buku "Hayat yang Jayeng", m.s. 40-41 terbitan Gospel Book Centre. Sila layari pautan www.gbc.my)

Segala-galanya Telah Selesai!
Penyelamatan Penuh untuk Kamu
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)